Khamis, 26 Julai 2018

Akta Pembangunan Petroleum 1974 Sebut Royalti Hasil Keuntungan Dan Bukannya Hasil Pengeluaran, AJK Amanah Jawab YB PAS.

Ahli Parlimen PAS, Rantau Panjang, Siti Zailah menyifatkan tindakan kerajaan yang mahu memberikan 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak berdasarkan keuntungan bersih sebagai 'memperdayakan rakyat'.

"Rakyat terpedaya rupanya. Tawaran 20% bayaran royalti kepada negeri pengeluaran minyak adalah dikira dari keuntungan selepas cukai bukan dari jumlah hasil pengeluaran sebagaimana yang termaktub dalam akta pembangunan petroleum 1974," tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook sambil berkongsikan petikan jawapan Menteri di Parlimen.







Bagaimanapun menurut AJK Amanah Nasional, Aiman Athirah, untuk memberikan royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak, satu pindaan ke atas Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu dilakukan terlebih dahulu.


Ini kerana berdasarkan akta sedia ada, pemberian royalti sememangnya dikira berdasarkan hasil keuntungan dan bukannya hasil pengeluaran.

"Bagaimana Seorang Ahli Parlimen Senior Yang Kini Telah Masuk Penggal Ke4 Dan Senator Selama 2 Penggal Tak Memahami Perkara Ini.

▪ Pelaksanaan manifesto pemberian 20% royalti petroleum kepada negeri pengeluar minyak memerlukan kepada Pindaan ke atas Akta Pembangunan Petroleum 1974.

▪ Berdasarkan akta sedia ada, pemberian 20% royalti minyak itu adalah bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 tersebut, kerana pengiraan dibuat berdasarkan keuntungan kasar, bukannya keuntungan bersih,"
tulisnya. 


Isu mengenai pemberian 20% royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak menjadi sensasi selepas Mahathir memberitahu kiraan akan dibuat berdasarkan hasil keuntungan dan bukannya berdasarkan hasil pengeluaran. - 26 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...