Rabu, 25 Julai 2018

Baru Seminggu Jer Bersidang, Dewan Rakyat Dah Kosong.

Oleh : Prof Muhammad Agus

BAHARU SEMINGGU BERSIDANG, DEWAN SUDAH KOSONG?
1. Rakyat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sikap MP yang lebih bertanggungjawab dalam sidang Dewan kali ini. Namun, harapan itu hancur. Baharu seminggu bersidang, daripada 222 MP yang ada, untuk mendapatkan kuorum seramai 26 orang pun tidak mencukupi.

2. Biarpun selama lima minit sahaja, itu sudah cukup untuk menunjukkan sikap dan disiplin MP kita. Malulah dengan sikap sebegini. Apakah MP ini menganggap parlimen semacam padang permainan, boleh datang bila masa sahaja tanpa mengikut waktu yang ditetapkan?

3. Kelmarin PM dan Ketua Pembangkang telah mengingatkan MP tentang hal ini. Baharu sahaja ingatan diberi, hari ini peringatan dan nasihat tersebut entah ke mana. Jikalah kejadian begini berlaku di kelas saya, tahulah “hadiah istimewa” untuk mahasiswa saya. Mujurnya mahasiswa saya lebih berdisplin dan lebih tahu tanggungjawab mereka daripada MP ini.

4. Harapnya menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini. Harap juga MP dapat lebih bertanggungjawab kepada tugas mereka. Ini parlimen Malaysia, bukannya parlimen di negara Afrika.

5. Semoganya reformasi parlimen yang dijanjikan dapat dilakukan secepat mungkin. Saya sudah tidak sabar untuk melihat Malaysia baharu yang lebih maju.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...