Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Julai 2018

UEC, Kenapa Perlu Iktirafkan Kedegilan Dong Zong Menerima Sistem Pendidikan Kebangsaan?

Oleh : Arif Atan / Wartawan Malaysiadateline

Penderhaka yang tidak tahu apa disokong

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pun dulu masuk Sekolah Menengah Cina, Batu Pahat. Tak hairanlah Ahli Parlimen Kulai berusia 37 tahun itu berkeras mahu sijil UEC diiktiraf.

Bahkan siap sebut terang-terang lagi rasa lebih tenang apabila tahu tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut pengiktirafan UEC selepas menerima kunjungan Dong Zong di pejabatnya, 13 Julai lalu. Dia Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia atau Timbalan Menteri Pendidikan Cina?

 
Hairannya, pemimpin dan penyokong tegar PH yang sepatah haram cakap Mandarin pun tak tahu menyokong pula sistem pendidikan yang berkiblatkan Tanah Besar China dan Taiwan itu. Hairan bin ajaib, orang dulu-dulu selalu sebut.

Hujah mereka sebagai jurucakap tidak rasmi kumpulan pendesak perkauman Dong Zong nyata sungguh 'malas' dan simplistik: jangan politikkan pendidikan dan lebih lucu - jangan rasis.

Pulak dah? Tahu tak sejarah panjang puluhan tahun Dong Zong yang menolak sistem pendidikan kebangsaan hinggakan nak kongsi padang, kantin pun mereka tak layan?

Penyokong UEC yang mungkin tahu sedikit-sedikit kata carut maki dalam Kantonis atau Hokkien bukannya Mandarin yang jadi bahasa pengantar sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) tu, tak tahukah bahawa Dong Zong sebenarnya yang mempolitikkan pendidikan Cina.

Dah kerajaan beri peluang untuk sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan (SRJK/SMJKC) beroperasi, Dong Zong terus menyalak pada parti pemerintah sebelum ini (MCA, Gerakan) dan parti pembangkang (DAP).

Dua-dua pihak Dong Zong himpit. Bahkan bagi penyokong tegar PH yang suka kitar semula ayat: "manifesto BN pun ada dimasukkan mahu iktiraf UEC", patutnya kena naik tarafkan dulu cara fikir mereka.

Tidakkah kalian sedar lagi insaf bahawa Dong Zong sebenarnya yang terbukti oportunis? Mesti tak baca pun buku kajian PhD oleh Sia Keng Yek terbitan 2005, 'kan?

Keng Yek dah rumuskan pun bahawa penentangan Dong Zong terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan di SRJK Cina jadi antara penghalang kepada usaha kerajaan untuk merealisasikan integrasi nasional di bawah satu bumbung persekolahan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Itu baru bab SRJKC yang masih berada dalam aliran pendidikan kebangsaan. Belum lagi UEC yang merupakan produk sistem pendidikan 'bebas' Cina yang angkuh sombong menolak sistem pendidikan negara.

Prof Dr Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sejak zaman BN masih lagi kerajaan menegur tentang pengukuhan bahasa Melayu pun sudah mengingatkan murid Cina aliran kebangsaan akan terjejas jika UEC diiktiraf.

Tiba-tiba kalian yang tiada seorang pun kawan rapat Cina boleh pula sokong UEC atas sebab profil FB pun letak lambang PH? Bukankah sokongan tanpa tahu apa yang disokong itu juga hanya didorong sentimen politik ketika kalian sibuk mengingatkan orang lain supaya tidak mempolitikkan isu UEC?

Bahkan kalau nak cakap dari segi politik juga, sikap Dong Zong itu pun boleh dibaca sebagai khianat kepada PH sebab boleh pula sebelum ini selamba bekerjasama dengan BN supaya pengiktirafan UEC dimasukkan dalam manifesto BN.

Tentang larangan 'jangan rasis' sebagai sikap untuk menghalalkan UEC, tidakkah kita sedar bahawa sikap perkauman melampau juga ada pada mana-mana kaum di dunia ini? Tidakkah sikap ekstrem memaksa negara mengiktiraf sistem pendidikan berteraskan sistem nilai bangsa itu sah-sah rasis sifatnya?

Bahkan, tanggapan kononnya bantahan terhadap UEC kerana mengikut "kerangka fahaman perkauman" juga satu hukuman melampau bahkan tidak faham takrifan perkauman itu sendiri.

Menolak UEC kerana mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan bukannya didorong sentimen perkauman. Menyokong UEC itulah sebenarnya terperdaya dengan kerangka fahaman perkauman bertopengkan hujah falasi konon mahu inklusif dan demi perpaduan!

Lebih tragis, kalau yang menyokong UEC adalah mereka yang dulunya 11 atau 12 tahun belajar di sekolah kebangsaan. Layaklah kalian dipanggil 'penderhaka' negara!

Sebabnya menyokong desakan cauvinis yang selama ini membelakangi tuntutan negara supaya bersekolah di aliran kebangsaan.

Sebenarnya, mereka yang menyokong UEC tidak tahu apa yang disokong bahkan tidak pernah lihat secara terperinci pun butiran kurikulum yang diajar di SMPC yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar itu.

UEC tidak harus diangkat setaraf dengan SPM dan STPM. UEC bukan sekadar lulus cukup makan mata pelajaran Bahasa Melayu untuk masuk universiti awam dan diterima berkhidmat dalam kerajaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...