Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Julai 2018

Ini Bukti Maszlee Hanya Keluarkan Kenyataan Mandarin Sahaja Untuk Ulas Isu Dana Ke Sekolah Persendirian Cina.

Kenyataan Media

Oleh : Wee Ka Siong

Kenapa “kenyataan media” Menteri Pendidikan hanya dalam Bahasa Cina? Bukankah Bahasa Kebangsaan perlu dimartabatkan?



Kenyataan Media Maszlee Malek

Menurut rakan-rakan media, Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee hanya mengeluarkan kenyataan media yang menyentuh isu “peruntukan kerajaan untuk sekolan persendirian Cina” dalam Bahasa Cina sahaja, sebagai tambahan kepada jawapan bertulis pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat. Keadaan ini sangat menakjubkan!

Sebagai seorang Menteri, Dr. Maszlee tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina sahaja memandangkan ianya bersangkut-paut dengan urusan parlimen. Kenapa perlu berbuat demikian? Ini adalah perkara serius yang merupakan penjelasan kepada jawapan asal di Parlimen di mana penjelasannya membawa maksud yang bercanggah dengan jawapan asal yang dibentangkan. Tindakan sebegini tidak selaras dengan polisi untuk memartabatkan Bahasa Kebangsanan, malahan ianya juga disifatkan sebagai tidak menghormati Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kerajaan. Yang peliknya kenapa YB Menteri Pendidikan tidak berani membuat kenyataan rasmi dalam Bahasa Malaysia atau memperbetulkan jawapan di parlimen melalui kaedah terbaik iaitu mengemukakan Pernyataan Menteri “Minister’s Statement” dalam Bahasa Malaysia di Dewan Rakyat?

Maszlee harus faham bahawa Sekolah Persendirian Cina tidak terhad kepada pelajar kaum Cina sahaja. Ini menunjukkan beliau berfikiran sempit perkauman. Selain itu, sebagai Menteri Pedidikan, beliau sepatutnya mengamalkan sikap terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan tidak mengamalkan favouritisme dalam menangani isu-isu pendidikan.

Sehubungan itu, tindakan Maszlee yang hanya mengeluarkan kenyataan media dalam Bahasa Cina berhubung isu “peruntukan kerajaan untuk sekolan persendirian Cina” juga amat mencurigakan, memandangkan kandungan kenyataan media tersebut adalah jawapan tambahan kepada pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat. Maka, sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam Bahasa Malaysia supaya ia turut dapat memberi pencerahan kepada semua rakyat berbilang kaum.

Pendek kata, Maszlee tidak patut mengeluarkan kenyataan yang sedap didengar masyarakat Cina tetapi bercakap lain di masyarakat kaum bukan Cina. Sekiranya beliau ikhlas dalam mempertingkatkan mutu sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini, termasuklah pendidikan aliran Cina, beliau perlu bersikap terbuka dan telus dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Menteri Pendidikan yang mewakili semua rakyat Malaysia.

(Dikemaskini. Terima kasih atas cadangan pembetulan yang dikemukakan oleh media)

** Gambar yang dilampirkan di atas ialah kenyataan media atas nama Menteri Pendidikan Dr Maszlee yang diedarkan kepada Wartawan Cina melalui WhatsApp.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...