Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Mac 2011

Aktress Miera Liyana mohon maaf!

Pelakon yang pakai seksi tue dah minta maaf. Dia minta maaf dalam suratkhabar. Berikut ialah permohonan maaf artis tersebut ;




Miera ada cakap dia sedia terima teguran tentang pakaian yang dia pakai kat atas neh. Dia cakap dia bersedia terima teguran dengan terbuka. Okeylah tue. So aku ada benda sket nak tegur kat miera liyana neh.

1. Miera minta maaf. 

Tujuan dia minta maaf tue sebab apa? Sebab di kritik ataupun sebab dia tahu benda tue berdosa? Kalau sebab di kritik, maka miera usah susah-susah minta maaf. Sebab miera tak sikit salah pun pada aku dan pada orang lain. Memang betul tindakan miera tue mendorong umpatan terhadap diri dia. Tetapi ble aku mengumpat miera, aku amek risiko aku sendiri untuk dapat dosa. So miera, kalau ko baca neh, ko maafkan lah aku ya.

So miera, ko tak buat salah pada sapa-sapa pun. Ko buat salah pada Allah swt dan ko kena pohon keampunan dari Allah swt, bukan pada aku ataupun pada mana-mana individu di dunia ini. Isu aurat neh bukan aku yang tentukan ko kena tutup aurat macam tue sekian-sekian. Sebaliknya ianya ditentukan oleh Allah swt. Maka layaklah kepada DIA ko mohon keampunan. Bukan nya kami.

Kalau pun ko minta maaf pada kami, apa je yang kami boleh buat? Bukan kami boleh hapuskan dosa ko. So tak berbaloi lhar miera. 

2. Miera juga cakap dia tak sempat test pakaian neh sebab dihantar lewat. Dia taknak pakai tiub sebab nanti nampak tak cantik apatah lagi pakaian neh terdedah di bahagian belakang.

Wahai miera artis yang comel, dedah depan ataupun dedah belakang, hukum dia sama sahaja. Takpelah mungkin sejak miera pakai baju tue dia tak jumpa waima satu pun ahli keluarga dia, tak terserempak pun pengurus dia dan orang yang bawa kereta pun mungkin tak berani nak tegur dia sehinggakan dia boleh lepas sampai ke majlis makan malam rafflesia tue. Mungkin miera takde cermin besar yang boleh lihat sampai ke bahagian dada. Kita kena sangka baik. Apa pun diharapkan miera tidak mengulangi perbuatan ini lagi.

3. Miera juga mengatakan ada yang datang kepadanya dan menegur mengenai pakaian nya. Ada juga manusia yang melihat dia dengan pandangan yang pelik.

Kesian miera. Patutnya mereka tolong miera cari jalan untuk tutupkan bahagian tue. Ini tidak mereka tengok dengan pandangan yang pelik pula. Patutnya mereka beritahu miera dengan ikhlas apa sebenarnya yang berlaku. Bagitau miera "hey awak punya **** terkeluar.." at least mungkin miera sempatlah nak fikirkan idea untuk cover pakaian dia. Mungkin juga "mereka" yang tengok miera dengan pandangan yang pelik, berpakaian pun seksi macam miera kot? Kalau ya, maka miera usah fikir sangat. Mereka tue lagi pelik. Sendiri pun pakai seksi ada ahti nak tenung orang lain yang seksi. Bodoh ke apa. 

Apa pun miera, pandangan aku sendiri mengenai isu neh, ko harus di hukum. Jangan melatah ye miera. Aku bukan nak dengki kat ko. Tapi kena bersikap adil. Jadikan ia pengajaran. Rais yatim patut ambil tindakan terhadap ko. Banning ko dari muncul di tv untuk beberapa ketika. Seperti rosnah mat aris. Seperti faizal tahir. Walaupun rosnah mat aris menghina isteri Nabi saw melalui mulut, miera pun sebenarnya telah lakukan hal yang lebih kurang sama. Iaitu menghina orang islam. Memang benar miera tak sengaja [ikut cakap dia okey] tapi tak bermaksud miera boleh dilepaskan dari sebarang tindakan undang-undang. Sebab itulah aku nak rais yatim kenakan tindakan tatatertib ke atas miera. Hidup biar adil.

Tapi andai rais yatim tak amek tindakan terhadap ko, dun worry. Aku takan kecam ko. Sebab aku rasa ko neh mungkin tidak terdidik dengan nilai-nilai islam sedari kecil..macam terabai pun ada juga berdasarkan kepada jawapan balas ko terhadap wartawan kan.. [bukan nak salahkan mak bapak ko yer]. Sebaliknya rais yatim je aku kutuk. Pasal dia tidak adil. Heh.

Ameno : Miera budak lagi tue.. alahaii.. sapa2 pergi lhar ngorat miera dan tarbiah budak tue.. usaha murni tue.. budak tue pun comel..

Share this

21 Responses to " Aktress Miera Liyana mohon maaf! "

  1. mmg patut pun dia minta maaf kat kita juga..
    sebab tgk dia pakai mcm tu dh kita pun sama2 berdosa tgk aurat yang dia dedahkan tu..

    BalasPadam
  2. Haish....ngape tak amik je shawl katup tang terdedah tu.At least,tak nampak la tepi ... tu.Alasan je kot sumer tu :)

    BalasPadam
  3. jawapan tipikal..baru pagi td nak jahit baju hehehehehe. ni kes xcukup jahit la ni

    BalasPadam
  4. pereka fesyen pun sama dapat saham.
    x sempat test? masa sarung baju tu depan orang ramai ke?sempat lagi nak adjust kat dlm bilik tu.cakap ajelah sengaja ataupun ko mangsa pereka fesyen ni.
    x cantik pakai tube? jd terkeluar cmtu cntiklah ye..
    x munasabah betul alasan.apepun terima kasih kerana minta maaf. tp bukan setakat minta maaf.kene insaf dr dalam diri.

    BalasPadam
  5. boss,
    yg tang pegi ngorat tu cam baguih je..comelnyeee he2..
    ko sruh rais anak yatim hkum plak apehal..rais tu pndai bkar jmbtan je..nanti trbakar bdak tu..ishhh jngan woi..

    BalasPadam
  6. sejuk kalau pakai camtu... tapi org yg tgk berpeluh2

    BalasPadam
  7. bila da masuk bidang hiburan..nk tarbiah pon da susah...huhu...

    BalasPadam
  8. SAPE MIERA NIH??? HEKHEK..

    BalasPadam
  9. agaknye kalo dia duduk lgi nampak la ye

    BalasPadam
  10. aku yang xsuka artis221 Mac 2011 2:44 PTG

    bajet famaus lak artis ntah2 xde peminat langsung ... tu la orng blaja xtnggi tp nak glamer lbh cam ni otak udang pnya orang

    BalasPadam
  11. yang reka pakaian 2 la tggung dosa plg besar..wan huzaini..bertaubatlah

    BalasPadam
  12. ingat cantik sgtlaa tu..bajet jee..
    kat akhirat nanti tawla ko terbakar!!!!
    taubatlah prmpuan..klu xcakap miera liyana ni artis..aku pn xtaw dia ni artis..nama xfamous lgsng..sbb tu dia pkai cam2 bru nak famous..huhu
    artis cap ayam ni..kuikuikuiiiii
    so..taubatla beb

    BalasPadam
  13. dyer ikut trend barat,kort..
    sampai x persan bnde yg dyer
    buat terlihat org...
    pereka dress dyer tu mesti
    gembira yg dia x pakai tiub,
    pasal ape i ckp cam tu supaya
    laris jualanya....
    laris ape bnde dosakan org adela
    dan org dipergunakan tu pon x
    berfikiran kort,nak glamour katakan...
    choiiiiiiiii

    BalasPadam
  14. Saya stuju 100% dengan apa yg anda tulis.
    Especially yg no2.
    Tak nak tutup sbb ngan tube sbb xcantik?Mungkin dia rasa cantik ble tgk org lain pandang dia mcm mna dia pakai.
    HARAM tetap HARAM bila dedah sana dedah sini (aurat) dan kuranglah KEBERKATAN (tidak keterlaluan jika sy katakan ianya boleh menjadi HARAM) jgk duit hasil kerja dia yg 'menyeksikan' diri kerana hal ini boleh menjurus kpd maksiat. Sy hnya menulis dr pandangan sy. Sy doakan dia mendapat petunjuk utk ke jalan yg benar.

    BalasPadam
  15. pereka fesyen plak npe design dress cm tuh klu da tau y pkai tu arg islam...

    BalasPadam
  16. Itu bukan salah saper2, tapi salah didikan ibubapanya. Ibubapanya lah yang akan tanggung nanti. Kesian umat akhir zaman ni.

    ...ganasnyer...

    BalasPadam
  17. tgk design baju jer dh tau saiz utk tutup kopek utk kopek dak 7 thn yg xcukup umur..xkn la die xreti nk bajet kopek die sebesar mane...kesian aku tgk dak ni..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum tuan blogger..

    Maaf nak menyelit memberi pandangan peribadi..

    dlm tuan dok mendedahkan keaiban dan kebodohan org lain secara tak langsungnya tuan juge memdedahkan kebodohan diri tuan sendiri...tuan nyatakan pandangan lagaknya seperti tuan serba alim, serba pandai dan serba serbi tuan tahu, tp bodohnya tuan ini tuan sendiri yg dedahkan...

    tuan sedar ke yg tuan ni jd seorg ejen yg menyebarkan gambar aurat org utk tontonan oleh org lain? yg mana bole dtgkan dosa kpd yg melihatnya...btul x?

    sy tahu niat asal tuan tu baik tp perlu ke tuan sebarkan gamba spt itu? klau perlu, maknanya tuan pun same spt mangga gak la...mangga yg tuan dok kutuk tygkan gamba bogel tu kan?..jdnye tuan kutuk mangga secara x langsungnya tuan telah kutuk diri tuan sendiri...kan?

    maaf jika teguran dan pandangan sy ni buat tuan sakit hati...hanya sekadar mengingatkan bg yg telupa..harap xperlu lg la lps ni tuan sebarkan ape2 yg bole dtgkan dose pd org lain...

    BalasPadam
  19. yang reka pakaian 2 la tggung dosa plg besar..wan huzaini..bertaubatlah

    BalasPadam
  20. aku yang xsuka artis26 Mei 2011 10:21 PTG

    bajet famaus lak artis ntah2 xde peminat langsung ... tu la orng blaja xtnggi tp nak glamer lbh cam ni otak udang pnya orang

    BalasPadam
  21. mmg patut pun dia minta maaf kat kita juga..
    sebab tgk dia pakai mcm tu dh kita pun sama2 berdosa tgk aurat yang dia dedahkan tu..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...