Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Januari 2019

Berkempen Guna Aset Kerajaan, Ini Penjelasan Muhammad Sabu..

LAPORAN |Halaman rasmi Facebook Menteri Pertahanan hari ini menjawab dakwaan viral kononnya Muhammad Sabu berkempen politik di Cameron Highlands dengan menggunakan aset kerajaan.

Gambar viral
BACA : PH Dikritik Guna Aset Kerajaan Ketika Berkempen..

"Menteri-menteri yang tidak berkaitan secara lansung dengan masyarakat orang asli seperti Dr Mujahid Yusof Rawa, Kula Segaran, Mohamad Sabu dan ramai lagi telah turun ke Cameron Highland dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dan helikopter atas alas "kerja kementerian" untuk berjumpa dengan pengundi.

Kereta-kereta rasmi kerajaan beserta kenderaan pengiring telah digunakan untuk memasuki kawasan-kawasan orang asli secara aktif sejak dua minggu lepas.

Bayangkan jika tiada PRK Cameron Highland, adakah menteri-menteri ini akan turun? Jawapanya sudah pasti tidak, mereka hanya turun untuk kepentingan kempen pilihan raya kecil,"
kata Gerakan Pengundi Sedar yang mempertikaikan perkara itu.


Pentadbir halaman Muhammad Sabu kemudiannya tampil menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata lawatan Menteri Pertahanan ke Cameron Highlands sebenarnya adalah sebahagian dari rangka lawatan kerja Kementerian itu yang telah dirancang semenjak tahun lepas.

Penjelasan turut diberikan dengan memaklumkan Kem Tentera yang terdapat di Brinchang, Cameron Highland sebenarnya mengundi di Parlimen Sungai Petani.

"KENYATAAN BERHUBUNG DAKWAAN MENTERI PERTAHANAN MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN DI CAMERON HIGHLANDS.

Jadual lawatan Menteri Pertahanan YB Mohamad Bin Sabu ke kem-kem di seluruh negara sudah dirancang sejak tahun lalu.

9 Januari 2019 lalu, seperti yang sudah dirancang, Menteri Pertahanan meluangkan masa untuk melawat Kompeni Bravo Batalion 165 Risik Tentera Darat, Kem Slim Brinchang Cameron Highland dan Kem 8 RAMD di Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai makluman, anggota-anggota di Kompeni Bravo Batalion 165 Risik Tentera Darat, Kem Slim Brinchang Cameron Highland mengundi di kerusi Parlimen Sungai Petani.

Manakala anggota-anggota tentera di Kem 8 RAMD Kuala Lipis mengundi di kerusi Parlimen Kuala Lipis,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 12 Januari 2018.

Jumaat, 11 Januari 2019

"Kalau Dia Cabar Sekarang Juga Aku Berhenti", Tok Batin Kepada Senator Bob.

MALAYSIAKINI | Beberapa tok batin Orang Asli membidas seorang senator PKR berhubung amarannya bahawa mereka mungkin kehilangan gaji dan jawatan jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil 26 Jan ini.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas sesi dialog dengan tok batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai, ketua Kampung Tanjung Belida, Batin Apam Pak Adui berkata senator Bob Manolan Mohd telah memperlekehkan mereka serta tidak layak menjadi pemimpin.




“Tak sedap! Seolah-olah macam itu nak jadi pemimpin, tak boleh.

“(Ini) bermakna (dia) menjatuhkan (maruah) seorang batin itu. Kalau dia cabar depan aku berhenti, aku berhenti hari ini juga. Letak jawatan, tak pergi mengundi.

“Sedangkan aku ada kebun, aku boleh hidup juga. Aku tak minta sedekah dari mana-mana,”
kata Apam dengan nada berang.

Senator Bob Manolan Mohd semasa sesi dialog dengan Tok Batin dari 18 kampung Semai di Pos Betau, pagi tadi juga mengingatkan mereka supaya menyokong kerajaan pusat dan menyokong calon Pakatan Harapan.

Sementara itu, Ketua Kampung Chekai, Batin Karim Andung juga membidas pemimpin dari PKR itu.

“Kalau mengikut batin-batin memang ada menyinggung perasaan (kami) lah. Sebab mereka mengaku batin-batin yang tidak menyokong PH bahawa elaun kami akan potong dan jawatan dibuang.

“Jadi kami tak risau sangat, sekarang jika mereka nak buang, buang. Kita tak ada masalah, kalau betul nak sokong masyarat Orang Asli, jangan cakap macam itu,”
katanya.

Malah menurut Karim, kerajaan persekutuan yang memerlukan bantuan tok batin dan sokongan masyarakat Orang Asli.

“Mereka bagi (jawatan dan gaji), kita ambil. Mereka tak bagi, tak ada masalah.

“Tapi kalau tak ada batin, tak ada penghulu, kerajaan mana boleh tuju kalau dia nak panggil orang macam dia nak buat program. Mereka pun tak kenal (Orang Asli),”
katanya.




Seperti Apam, Karim berkata beliau juga mempunyai tanaman sendiri seperti pisang, getah dan kelapa sawit jika gaji dan jawatan mereka dilucutkan.

Bagi Ketua Kampung Jelengok, Batin Rangan Pak Chongkel, adalah hak mereka untuk mengundi calon pilihan masing.

“(Majlis) anjuran kerajaan negeri kita hadir dengar, kerajaan pusat kita hadir dengar

“Sebab kita orang dari segi elaun memang kerajaan pusat bayar, salur ke Jakoa.

“Tunjuk muka saja, ini (hati) orang tak nampak. Rahsia itu undi yang penting muka kena dedahlah,”
katanya.

Masyarakat Orang Asli membentuk kira-kira 20 peratus daripada pengundi Cameron Highlands.

Harapan akan mempertaruhkan M Manogaran dari DAP, yang tewas kepada calon MIC, C Sivarraajh dengan kurang daripada 600 undi pada pilihan raya umum lalu manakala BN mempertaruhkan seorang bekas pegawai polis kanan Orang Asli tempatan, Polis, Ramli Mohd Noor. - 11 Januari 2019.

PH Dikritik Guna Jentera Kerajaan Berkempen Di Cameron Highlands.

SOSMED | Warganet hari ini menyelar tindakan pemimpin negara yang menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di PRK Cameron Highlands.

Ia mula dikritik oleh halaman Gerakan Pengundi Sedar sebelum menjadi tular di sosial media.

Rata-rata netizens menyuarakan ketidakpuasan hati kerana kerajaan hari ini membudayakan perangai lama BN ketika berkempen. 


Gerakan Pengundi Sedar | GUNA JENTERA KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN

"Jentera kementerian telah digunakan untuk turun berkempen di Cameron Highland semenjak dua minggu lepas.

Menteri-menteri yang tidak berkaitan secara lansung dengan masyarakat orang asli seperti Dr Mujahid Yusof Rawa, Kula Segaran, Mohamad Sabu dan ramai lagi telah turun ke Cameron Highland dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dan helikopter atas alas "kerja kementerian" untuk berjumpa dengan pengundi.

Kereta-kereta rasmi kerajaan beserta kenderaan pengiring telah digunakan untuk memasuki kawasan-kawasan orang asli secara aktif sejak dua minggu lepas.

Bayangkan jika tiada PRK Cameron Highland, adakah menteri-menteri ini akan turun? Jawapanya sudah pasti tidak, mereka hanya turun untuk kepentingan kempen pilihan raya kecil.

Jika kita meneliti ucapan Menteri-menteri sekarang sebelum mereka menjadi menteri, mereka lantang membongkar salah guna kemudahan kerajaan untuk tujuan kempen politik. Tetapi setelah mereka berkuasa, mereka tidak segan silu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk tujuan yang sama.

Adakah ini maksud reformasi kerajaan?,"
kata pentadbir halaman itu dalam satu kenyataan. 



Semasa Pakatan Harapan masih lagi sebagai pembangkang, mereka sering mengkritik kepimpinan Barisan Nasional yang mengerahkan segala jentera dan aset kerajaan bagi tujuan berkempen politik.


Perkara itu dianggap salah dan bercanggahan dengan peraturan memandangkan wang pembayar cukai digunakan bagi membiayai segala operasi semasa aset dan jentera kerajaan digunakan secara politik itu. 

Setakat ini Muhammad Sabu dan kerajaan belum lagi memberikan apa-apa maklum balas mengenai dakwaan viral itu. - 11 Januari 2019.

Tak Undi PH Di Cameron Highlands, Tok Batin Tak Bergaji, Ini Penjelasan Senator PKR.

Kenyataan Media | Kenyataan Media Senator Manolan bin Mohamad pada 11hb Januari 2019 (Jumaat) di Cameron Highlands, Pahang:

Saya merujuk kepada laporan oleh Malaysiakini yang bertarikh 11 Januari 2019 (Jumaat) yang bertajuk “No salaries, posts if you don’t vote Harapan, senator warns Orang Asli chiefs”.



Laporan akhbar tersebut melaporkan bahawasanya saya telah menyatakan bahawa Tok Batin di Cameron Highlands akan kehilangan gaji dan jawatan mereka sekiranya mereka tidak mengundi Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Januari 2019.

Merujuk kepada dialog tersebut, kenyataan sebenar saya adalah merujuk kepada peranan Tok Batin yang tidak seharusnya memegang jawatan Tok Batin dan pada masa yang sama mengambil jawatan di dalam parti UMNO.

Tok Batin yang menjalankan aktiviti politik dan partisan UMNO dan pada masa yang sama menerima elaun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai Tok Batin merupakan satu percanggahan kepentingan atau conflict of interest.

Di dalam keseluruhan kenyataan saya, tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun “no vote, no pay”.

Pada sesi dialog tersebut, soalan yang dikemukakan oleh peserta kepada saya adalah: Siapakah yang membayar gaji / elaun Tok-tok batin?. Jawapan saya adalah Kerajaan Persekutuan yang membayar oleh itu kepada tok-tok batin yang masih sayang jawatan mereka sebagai Ketua Cawangan UMNO letak jawatan sebagai Tok Batin.

Untuk makluman, Tok-tok Batin yang dilantik oleh Menteri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berperanan untuk membawa suara orang-orang asli dari kawasan masing-masing. Adalah logik dan rasional untuk mereka untuk sealiran dengan aspirasi dan dasar Kerajaan Pakatan Harapan, yang ingin membawa perkhidmatan sebaiknya dan perhatian khususnya isu masyarakat orang asli melalui agensi-agensi terbabit terutamanya JAKOA.

Dalam usaha memartabatkan demokrasi, Pakatan Harapan mengambil langkah untuk memastikan Pilihanraya Kecil Cameron Highlands ini dapat dijalankan tanpa sebarang campur tangan Kerajaan Persekutuan, tidak kira dalam sebarang bentuk yang mungkin mempengaruhi pengundi di Cameron Highlands.

Ia juga harus diingatkan bahawa punca berlakunya Pilihanraya Kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan ini adalah disebabkan oleh penyelewengan dan kegiatan rasuah oleh calon Barisan Nasional yang memenangkan kerusi Parlimen ini pada Pilihanraya Umum Ke-14.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan bahawa dengan kenyataan media ini, ia dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang ditimbul. - 11 Januari 2019.

Khamis, 10 Januari 2019

Sabarlah Abang Mat Sabu...

Ustaz Ridhuan Tee (ISMAWEB) | SAYA turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu @ Abang Mat, yang ditahan polis kerana positif ganja.



Dalam laporan media empat hari lepas, anak Abang Mat ditahan dalam pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 pagi. Anak Abang Mat disyaki positif dadah jenis ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Insiden ini turut mendapat simpati Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang melahirkan rasa simpati terhadap Abang Mat.

Guan Eng berkata: “Saya amat simpati kepada beliau kerana walaupun sukar untuk menjadi menteri, tetapi kadang kala ia lebih sukar untuk menjadi seorang bapa”.

Sebelum ini, pada November 2017, anak lelaki Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20 gram.

Mengikut pertuduhan, anak beliau didakwa memiliki dadah itu di sebuah rumah di Lot 409, Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Jelutong di sini pada jam 3.30 petang, 18 November 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Untuk makluman, kedua-dua mereka adalah bekas pimpinan PAS.

Kejadian ini mengingatkan saya kata-kata hikmah seorang ahli falsafah Cina, Konfucius yang berkata:

“If you want to rule the state, first put your house in order, to put your house in order, first cultivate yourself morally, to cultivate yourself morally, first put your heart right, to put your heart right, you must be sincere.“

Bermaksud, jika kita mahu menjadi seorang pemimpin, pertamanya, pastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik.

Bagi memastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik, pertamanya, diri sendiri hendaklah mempunyai akhlak yang baik.

Bagi memastikan diri mempunyai akhlak yang baik, pastikan hati dapat dijaga dengan baik.

Bagi memastikan hati menjadi baik, ia bermula dengan sifat ikhlas.

Memanglah, bukan salah ibu mengandung, jika sesuatu perkara buruk dilakukan oleh anak kita. Ibu bapa tidak wajar dipersalahkan, jika anak tidak menjadi.

Tetapi, apapun, kita sebagai ibu bapa tetap akan dipertanggungjawabkan. Persepsi masyarakat tetap melihat kita sebagai ibu dan bapanya seperti kata-kata hikmah Konfucius.

Saya amat berharap Abang Mat cekal dalam menghadapi semua ujian ini. Buatlah muhasabah terhadap diri. Kenapa Allah ﷻ turun ujian keluarga sebegini perit? Mesti ada hikmahnya.

Muhasabah yang boleh saya kongsikan adalah, pertama, ikhlaskan diri kita dalam semua perkara. Paling penting, menjaga amanah dalam kementerian yang dipegang. Jagalah kementerian yang menjadi nadi pertahanan dan keselamatan negara ini dengan baik.

Percayalah, jika kita tolong Allah, pasti Allah akan menolong kita. Allah ﷻ berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad ayat 7)

Kedua, elakkanlah daripada melakukan kritikan dan kecaman terhadap rakan-rakan sesama saudara dalam PAS, parti yang dianggotai oleh Abang Mat sebelum ini. Bersangka baiklah dengan PAS dan UMNO. Janganlah ‘menembak’ kedua-dua parti ini lagi.

Sebaliknya, mohonlah supaya pemimpin dan ahli PAS dan UMNO mendoakan kesejahteraan keluarga Abang Mat.

Inilah masanya untuk Abang Mat mengurus perbezaan yang wujud sesama umat Islam melalui ujian yang diturunkan ini. Jika tidak dapat pun mencari titik persamaan dengan parti yang tidak sebulu dengan kita, sekurang-kurangnya kita dapat menguruskan perbezaan ini dengan rasa ikhlas.

Yakinlah, sifat ikhlas dalam segala perkara yang kita lakukan kerana Allah ﷻ akan datangkan kebaikan yang kita tidak ketahui.

Ketiga, ingat Abang Mat, kadang-kala mereka yang kita anggap musuh itu, itulah kawan yang sebenar. Sebaliknya, mereka yang kita anggap kawan, belum tentu menjadi kawan yang sebenarnya. Justeru, berhati-hatilah dalam berpolitik. Jaga hati kawan-kawan.

Akhirnya, Abang Mat berdoalah banyak-banyak kepada Allah ﷻ mohon taufik dan hidayatNya untuk memelihara keluarga Abang Mat. Percayalah, setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah di sebalik yang kita tidak tahu.

Muhasabah ini bukan sahaja untuk Abang Mat, tetapi untuk kita semua yang menjadi pemimpin.

Seperti yang dikatakan oleh Konfucius, dan saya yakin kata-kata ini langsung tidak bertentangan dengan nilai agama lain, untuk menjadi pemimpin hebat, pastikan keluarga dapat dijaga dengan baik.

Begitu juga diri kita hendaklah baik. Diri yang baik bermula dengan hati yang baik. Hati yang baik bermula dengan sifat ikhlas. Ikhlas adalah ibu kepada segala kebijaksanaan. Ikhlas juga adalah asas sama ada ke syurgakah kita atau ke nerakakah kita?

Tanyalah kepada diri bermula sekarang, ikhlaskah kita dalam berjuang? Tepuk dada, tanya iman.

Rabu, 9 Januari 2019

Tarif Air Penang Naik 20%, Najib Sindir Pentadbiran DAP.

NAJIB RAZAK | Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini.

Kali ke-empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana.

Tak apa. Cecah 20 peratus sahaja kali ini.


Kerana Menteri PH sudahpun maklum pagi ini bahawa kenaikan tarif air tidak membebankan rakyat.

Sebelum rakyat memberi kuasa kepada DAP untuk memerintah dan menguasai kerajaan pusat pada PRU14 , rakyat sepatutnya menilai prestasi DAP dengan lebih mendalam selepas mereka memerintah di Pulau Pinang pada tahun 2008 dan tidak senang terperangkap oleh propaganda-propaganda licik mengenai "kejayaan" mereka.

Kebenaran disebalik propaganda DAP untuk Pulau Pinang ialah:

- tarif air naik 3 kali dalam masa 9 tahun berbanding tidak sekali pun untuk 18 tahun sebelum itu;

- Cukai tanah untuk rakyat dinaikkan sementara pelbagai cukai-cukai pembangunan dperkenalkan atau dinaikkan berganda-ganda sehingga rumah-rumah di sana hanya mampu tengok sahaja

- Perbelanjaan tahunan operasi negeri meningkat 500% pada tempoh 9 tahun DAP memerintah;


Baru dilaporkan bahawa defisit Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tahun 2017 pun naik 70 kali ganda;

- Beribu-ribu hektar tanah dan hak tanah kerajaan sudah dijual atau digadaikan;

- Projek-projek negeri yang luar biasa mahalnya seperti projek lebuhraya Pan-Island Link 1 sepanjang 19.5km bernilai RM9 bilion (RM461 juta setiap km).

Kos laporan projek terowong pun RM305 juta. Dan masih tidak siap selepas 6 tahun.

- Pertumbuhan KDNK negeri jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada tempoh 9 tahun itu;

- Penurunan 90% hutang negeri akibat pertolongan kerajaan pusat pun mereka curi kredit sebagai "kejayaan" mereka.

Apa yang mereka buat di Pulau Pinang pada masa itu boleh bertahan untuk jangkamasa pendek dan sederhana tetapi jelas ini bukan langkah yang betul bagi jangkamasa panjang dan masa depan sesebuah negeri atau negara.

Tidak mustahil DAP akan menjalankan di peringkat negara apa yang mereka pernah buat di Pulau Pinang dahulu kerana mereka telah menguasai kerajaan pusat.

Harga akan naik berkali-kali dan semua aset-aset negara akan dijual - seperti di Pulau Pinang dahulu. - 9 Januari 2019.

Lesen Motorsikal Percuma Untuk Belia Di Terengganu Mulai 1 Februari 2019.

Teganukita | Kerajaan negeri akan merealisasikan pemberian lesen motosikal secara percuma kepada golongan belia bermula Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mensasarkan 25,000 belia dan beliawanis yang berumur antara 16 hingga 40 tahun akan mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.

Katanya, permohonan melalui dalam talian dan secara manual akan mula dibuka 1 Februari hingga 1 Mac depan bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar.

“Mulai 1 Februari 2019, kita akan mulakan proses pendaftaran semua mereka yang layak untuk menyertai program lesen percuma ini di mana pendaftaran dibuka selama sebulan.

“Pada bulan ini juga kita akan mengadakan mesyuarat akhir dengan semua agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini dan mengiklankan melalui web, online dan juga mengedarkan borang secara manual kepada seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

“Semua peserta boleh hantar borang yang diisi secara manual dan online kepada MPKK, Pejabat DUN dan i-MiTS berdekatan,”
ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), di Wisma Darul Iman, hari ini.

Wan Sukairi berkata, setelah selesai urusan permohonanan, pendaftaran dan lain-lain, pihaknya menjangkakan peserta yang layak akan diberikan baucer pada 15 April ini untuk dibawa ke Institut Memandu yang akan mendaftarkan mereka sebagai pelatih bagi menduduki peperiksaan dan menjalani latihan sehinggalah mereka lulus dan mendapat lesen motosikal B2.

Katanya, peserta LMTS juga akan dilindungi takaful selama setahun setelah berjaya memiliki lesen motosikal masing-masing.

Menurut beliau, menerusi pembentangan Bajet 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal untuk golongan belia. - 9 Januari 2019.

Post Merepek-Merepek Di Sosmed, Bolehkah Anda Dibuang Kerja? Ini Jawapan Peguam.

JUMPA DI MAHKAMAH | Boleh ke majikan pecat anda jika anda posting yang bukan-bukan di media sosial?

Baru-baru ini banyak syarikat yang buang pekerja mereka sebab pekerja mereka post yang bukan-bukan di Facebook dan Twitter.




Bermula dengan kes Edi Rejang, pekerja Honda, yang terkini Eric Liew yang bekerja di CISCO dan yang lagi terbaru kes pekerja TNB pula.



 
Inilah kuasa dunia viral. Jadi, hati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan di media sosial. Okay, jadi berbalik kepada isunya, boleh atau tidak majikan anda pecat anda jika anda buat kenyataan perkauman, hasutan, hinaan dan lain-lain di media sosial?

Jawapannya boleh. Kerana kebiasaannya dalam kontrak pekerjaan ada klausa yang menyatakan majikan boleh memberhentikan pekerja jika pekerja melakukan sesuatu yang oleh mencemar nama dan reputasi syarikat.

Bagaimana pula jika tiada dinyatakan dalam kontrak klausa sedemikian? Jawapannya majikan masih boleh memecat anda. Kerana?

Kerana dalam Akta Kerja 1955, Seksyen 14 menyatakan majikan boleh menamatkan pekerja mereka atas sebab ‘khas’ jika pekerja mereka melakukan salahlaku.

Namun satu proses inkuiri dalaman mesti dijalankan terlebih dahulu sebelum pemberhentian dilakukan. Majikan tidak boleh pecat terus pekerja mereka tanpa melakukan inkuiri atau siasatan dalaman. - 9 Januari 2019.

SU Politik Lim Kit Siang Pertikaikan Polis Guna Akta Hasutan Tahan 3 Individu Hina Sultan.

KENYATAAN MEDIA | Berkenaan dengan penahanan 3 individu di bawah Akta Hasutan

1. Kami merujuk kepada kenyataan media Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bertarikh 09 Januari 2019, berkenaan dengan penahanan 3 individu yang dikatakan telah memuatnaik komen-komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan dengan isu perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

2. Kami menegaskan di sini bahawa kami mengecam kenyataan individu-individu yang mengeluarkan ekspresi yang dianggap menghina terhadap baginda Sultan Muhammad V. Kami menyeru supaya rakyat Malaysia menghormati sistem raja berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Pada masa yang sama, kami membantah penahanan ke atas 3 individu tersebut di bawah Akta Hasutan. Kami mengambil pendirian bahawa walaupun apa yang didakwa telah dimuatnaik oleh mereka adalah menjelikkan dan tidak dapat diterima masyarakat secara amnya, mereka tidak wajar ditahan di bawah Akta Hasutan.

4. Akta Hasutan adalah Akta peninggalan penjajah yang zalim dan menekan, serta merupakan suatu sekatan tidak munasabah dan tidak berkadar ke atas kebebasan asasi yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Harapan di dalam manifesto juga telah berjanji untuk menghapuskan Akta tersebut di dalam Janji 27.

5. Kami sedar bahawa berikutan daripada rusuhan-rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield tahun lepas, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menarik balik moratorium ke atas beberapa akta termasuk Akta Hasutan, tetapi ianya hanya terhad kepada kes-kes luar biasa, yang melibatkan keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam dan hubungan di antara kaum. Kami tidak melihat ekspresi-ekspresi ketiga-tiga individu tersebut sebagai tergolong dalam kategori yang disebutkan itu, walaupun ekspresi tersebut wajar dikecam.

6. Keputusan pihak polis untuk menahan mereka di bawah Akta Hasutan adalah bertentangan dengan dasar Kerajaan Persekutuan, dan melanggar moratorium yang telah dikenakan, dan kami menggesa supaya mereka dilepaskan dengan segera.

7. Kami juga ingin mencadangkan kepada pihak polis, sekiranya perlu untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada selain Akta Hasutan bagi menyiasat ketiga-tiga individu tersebut, walaupun kami tidak lihat keperluan untuk menahan mereka melebihi 24 jam.

8. Kami juga menggesa pihak Kerajaan untuk mempercepatkan usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Harapan.

Dikeluarkan bersama oleh :

1. Farhan Haziq Mohamed, Ketua DAPSY Subang & Ahli Majlis MBPJ 


2. Syahredzan Johan, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Nama Bekas Pegawai Tinggi Tourism Malaysia Ditahan SPRM Didedahkan..

LAPORAN | Seorang bekas pegawai tinggi Tourism Malaysia dan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan selama empat hari bermula hari ini.

Penahanan itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes agensi kerajaan itu yang membabitkan satu kontrak bernilai lebih RM99 juta.



Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dua individu terbabit.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 64 serta 32 tahun telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Menurut sumber, bekas pegawai agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai pengerusi, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus.

Katanya, ini dilakukan dalam projek Kempen Pengiklanan Digital bagi Pasaran China bagi tempoh 2018-2020 yang dianggarkan berjumlah lebih RM99 juta yang menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Dalam perkembangan berkaitan, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mendedahkan nama individu yang ditahan.


Menurutnya, dua individu berkenaan ialah Dato' Siew Ka Wei dan Elizabeth Ken. Beliau turut mempersoalkan kredibliti Malay Mail yang tidak melaporkan berita penahanan tersebut. Sepertinya cuba membayangkan Malay Mail ada kaitan dengan siasatan berkenaan. - 9 Januari 2019.

DAP Tentukan Siapa Akan Jadi PM, Ini Penjelasan Pejabat Perdana Menteri.

UTUSAN | TAJUK berita 'Dr. M akui peranan penting DAP' yang disiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada 8 Januari 2019 dirujuk. Perenggan "DAP tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang daripada DAP" adalah tidak tepat.


 
Rakaman video ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ibu pejabat Bersatu negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam tidak ada menyebut “DAP tentukan siapa pemimpin...”. Ini merupakan satu kesilapan laporan yang amat jelas.

Di dalam artikel yang sama terdapat juga perenggan yang berbunyi “Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagitahu bahawa yang tentukan saya akan jadi Pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jika menang dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu adalah DAP”.

Apa yang sebenarnya diucapkan oleh beliau adalah - “Saya tahu ada orang yang berpendapat bahawa parti DAP ini parti musuh, musuh orang Melayu. Semua orang Melayu dibagitahu oleh UMNO bahawa parti DAP ini adalah musuh.

Tapi saya nak bagitahu yang cadang saya jadi Pengerusi dan saya jadi bakal Perdana Menteri kalau menang adalah DAP”.


Pejabat Perdana Menteri berpendapat bahawa Utusan Malaysia tidak melaporkan berdasarkan fakta dan isi kandungan ucapan Perdana Menteri. - 9 Januari 2019.

Selasa, 8 Januari 2019

Isteri Sultan Muhammad V, Oksana Voevodina Dilaporkan Hamil Anak Sulung.

LAPORAN | Dailymail melaporkan kehamilan sulung Oksana Voevodina dengan memetik sumber dari surat khabar Moscow.



 
Portal itu melaporkan isteri kepada Sultan Muhammad V itu dikhabarkan hamil selepas bekas Agong itu meletakkan jawatannya dua hari lepas.

"Berita gembira. Oksana Voevodina kini disahkan hamil selepas Sultan Muhammad V dilaporkan meletakkan jawatannya dua hari lepas secara tiba-tiba.

Tiada sebarang alasan diberikan kenapa bekas Agong itu meletakkan jawatannya dan memendekkan tempoh penggalnya dari lima ke dua tahun",
kata laporan itu.

Oksana yang berusia 25 tahun dilaporkan berkahwin dengan Sultan Muhammad V yang berusia 49 tahun ketika itu dalam satu majlis persandingan yang gilang gemilang pada November lepas.

Portal itu turut melaporkan, "pasangan itu menantikan kehadiran anak sulung mereka dengan sepenuh perhatian. Perkahwinan Sultan dengan bekas ratu cantik Rusia telah mendatangkan pelbagai persoalan dan itu mungkin menjadi punca kenapa Sultan Muhammad V meletakkan jawatannya sebagai Agong.

Mereka mempertikaikan apakah perkahwinan dengan ratu cantik Rusia akan memberikan kesan dan impak ke atas institusi monarki,"
tulis portal itu.

Portal itu turut melaporkan kenyataan bapa Oksana, Andrey Gorbatenko, seorang doktor pakar tulang yang juga bapa mertua kepada Sultan Muhammad V.

Ketika diminta mengulas mengenai perletakkan jawatan oleh menantunya, Andrey berkata, "mereka (pasangan itu) mempunyai kehidupan sendiri dan saya juga mempunyai kehidupan sendiri.

Tapi saya boleh katakan sesuatu sebagai seorang doktor.

Pertama kali bertemu dengannya (baginda) saya merasa lega di sudut hati.

Dengan cepatnya saya berasa Oksana pasti akan bahagia dengan dia (Sultan Muhammad V), itulah deria saya sebagai ayah memberitahu.

Dan apabila anak saya memeluk Islam, saya fikir saya perlu meneliti agama itu. Saya pergi ke kawan-kawan muslim saya. Saya ingin nyatakan disini, Islam itu agama yang menakjubkan.

Dan Oksana telah melakukan hal yang betul, seorang isteri perlu mengikuti suaminya.

Saya juga melihat Sultan Muhammad V tidak mempunyai ciri-ciri yang selalu digambarkan ke atas seorang raja (angkuh, riak, sombong, bermewahan, boros).

Dia adalah manusia yang menarik, kami bercakap inggeris di antara satu sama lain. Saya dapat merasakan dia ialah manusia yang bijak, sopan dan berpendidikan. Jadi saya benar-benar gembira untuk Oksana,"
lapor portal itu lagi.

Jika berita kehamilan itu benar, maka Oksana dan Sultan Muhammad V dijangka akan menerima kehadiran anak sulung mereka pada akhir tahun ini. - 8 Januari 2019.

Dituduh Macam-Macam Oleh WSJ, Ini Penjelasan Najib.

NAJIB RAZAK | Saya ambil maklum tuduhan-tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta:

Tuduhan #1: rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia.

Malaysia ialah negara berkecuali dan kapal tentera dari mana-mana negara berhak dan sering berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Ini ialah satu polisi yang sudah dilaksanakan selama berpuluh tahun.

Ini termasuk kapal-kapal perang dari Amerika Syarikat dan Rusia yang pernah berlabuh di Malaysia.

Sebagai contoh, kapal perang USS America berlabuh di Sepanggar, Sabah pada bulan Ogos 2017.

Pada 2004, Kapal USS Blue Ridge turut berlabuh di Pelabuhan Klang.




Tuduhan #2: China menawarkan untuk mengintip rumah dan pejabat wartawan yang menyiasat 1MDB di Hong Kong.

Seperti dilaporkan oleh WSJ ini juga tidak pernah berlaku.

Tuduhan #3: China menawarkan untuk menyelamat (bail-out) 1MDB.

Seperti dilaporkan oleh WSJ dan diketahui ramai, ini juga tidak pernah berlaku. Malaysia terus berusaha dan berjanji menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk memastikan bahawa semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan sebelum 31 Disember 2020.

Tuduhan #4: China menawarkan untuk menggunakan pengaruh mereka bagi memastikan Amerika Syarikat dan negara lain menggugurkan siasatan terhadap 1MDB.

Seperti dilaporkan oleh WSJ juga, semua negara termasuk Amerika Syarikat tidak menghentikan siasatan mereka masing-masing di sebalik dakwaan itu.

Tuduhan #5: Projek-projek saluran paip gas adalah dianugerah kepada China dengan harga atas nilai pasaran.

Selama ini, tidak pernah ada tuduhan bahawa projek saluran paip gas adalah luar biasa tinggi harganya.

Projek saluran gas Trans-Sabah Pipeline yang dianugerahkan kepada syarikat China pada tahun 2016 yang panjangnya 662km bernilai RM4.06 bilion.

Sebagai perbandingan, projek Sabah–Sarawak Gas Pipeline yang panjangnya 500km yang dianugerah kepada konsortium dari India pada tahun 2008 telah disiapkan dengan kos RM4.6 bilion.

Tuduhan #6: Projek ECRL dianugerahkan kepada syarikat China pada harga RM55 bilion adalah luar biasa tinggi.

Projek ECRL dicadangkan oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) sejak tahun 2007.

Pada tahun 2012 dan 2013, media tempatan melaporkan kos untuk projek ECRL sudah dianggar antara RM50 bilion kepada RM70 bilion.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) sering menuduh kos projek ECRL ialah di atas harga pasaran, dan ada yang mendakwa harga ECRL sebenar hanyalah RM30 bilion, mereka tidak pernah memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Saya pernah bertanya PH berulang kali untuk mendedahkan mana-mana laporan yang menyebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab.

Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.

Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat serta rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.

Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan Ringgit yang lemah. Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.

Sebagai bandingan, apabila kerajaan Pakatan Harapan tegas untuk membuat projek mega seperti projek lebuhraya Pan-Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km yang dulunya dianggarkan menelan kos RM7.5 bilion (RM385 juta bagi setiap km) dan kini kos dikatakan sudah meningkat ke RM9 bilion (RM461 juta setiap km) walaupun penduduk-penduduk Pulau Pinang membantah projek ini kerana ia melibatkan kos terlalu tinggi dan tidak diperlukan.

Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.

1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.

2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.

3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.


Perlu diingat bahawa perniagaan adalah dua hala. Selepas projek-projek ECRL dan saluran paip dianugerah pada akhir tahun 2016, eksport sawit dan getah kepada negara China telah melonjak naik dengan tinggi.

Pada tahun 2017, negara China naik menjadi negara pengimport minyak sawit kedua terbesar dari Malaysia berbanding tempat ke-4 untuk tahun sebelumnya.

Untuk tahun 2017 juga, negara China menjadi negara pengimport getah tertinggi dari Malaysia dan jauh berbeza juga dari tempat ke-4 terbesar untuk tahun 2016.

Pada pendapat saya, Malaysia perlu berhati-hati untuk mengelakkan negara terlibat di dalam hal-ehwal geopolitik antara dua kuasa besar hanya berdasarkan laporan dari media dan jangan mudah untuk menuduh negara lain kerana ianya akan merugikan untuk negara. - 8 Januari 2019.

Gambar-Gambar Sekolah Cina Swasta Mewah Diberikan Bantuan Kerajaan Tersebar, Netizens Luahkan Kemarahan..

LAPORAN |Semula ini bermula dengan babak pertama apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menjadi sasaran kritikan netizens berikutan mengutamakan bahasa cina berbanding bahasa kebangsaan ketika membuat kemaskini di akaun sosial medianya.

Semakan mendapati kemaskini itu sebenarnya dibuat oleh admin halaman Teo Nie Ching yang menggunakan alias Admin K dan bukannya dibuat oleh Timbalan Menteri itu sendiri bagaimanapun netizens tetap mengkritik Timbalan Menteri itu kerana dianggap tidak peka.

Bahkan ia menjadi semakin tak terkawal apabila post itu telah diedit sebanyak beberapa kali.

Pandangan oleh Julang Pertiwi : Mula mula dia tulis cina. Bila ramai yg kecam dan komen : kenapa buat status tidak dalam bahasa kebangsaan sesuai dengan jawatan Timbalan Menteri Pendidikan, dia tambah status tersebut dalam Bahasa Melayu..

Masalahnya yang ditulis Melayu dengan Cina tak sama!!!.. Bahasa Mandarin akan memberikan terjemahan seperti berikut;

"Melalui dana khas pada 2019, kami akan memulakan urusan pengedaran RM12 juta geran kpd Sekolah sek Men Persendirian Cina (SMPC). Geran pembangunan ini akan digunakan untuk tujuan infrastruktur dan penyelenggaraan sekolah.

Pejabat saya telah menghubungi sekolah sekolah dan mula mengumpul maklumat untuk proses pemindahan dana ini. Kami juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk memindahkan dana tersebut ke sekolah sekolah yang terlibat dalam masa yang terdekat untuk memudahkan proses tersebut.

Pada 11 Januari, Kementerian Kewangan juga akan menyerahkan cek berjumlah RM2 juta kepada Kolej Universiti New Era. Ia juga kali pertama kerajaan pusat memperuntukkan dana kepada tiga kolej dan universiti.

Pemberian geran daripada kerajaan samada dana kepada sekolah sekolah persendirian Cina ataupun pengiktirafan kepada Universiti Swasta Cina, ini membuktikan keikhlasan kerajaan baru kepada masyarakat Cina, yang mana merupakan satu detik penting dalam pendidikan Cina di Malaysia."


Aneh? Salah translate? Bohong?

Kepada yang tak boleh baca Mandarin, dia kata : Pengagihan Dana Khas kepada SPMC sedang dalam proses, transaksi digital mengelakkan sogokan...


Kepada yang boleh baca : Pengagihan sedang berlaku, berkerjasama dengan MOF, RM2 juta juga akan diberikan kepada Kolej New Era? bla bla bla....

Simpang Siur dah.... Apa kata kita?,"
tulisnya di ruangan komen.


Seorang lagi individu yang dikenali sebagai Arif Atan juga mempertikaikan hal yang sama.

Tulisnya, "Bahasa Cina di atas bahasa Melayu.

Status FB Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan eh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia untuk 5 Januari lepas akhirnya sudah diedit ditambah dengan versi "bahasa Malaysia".

Itu pun selepas masyarakat awam mempersoalkan dia selepas guna terjemahan di Google yang menulis nasib baik jadi "orang Cina".

Tujuh jam lepas, dia tulis terjemahan penuh bagi perenggan yang sebelum itu HANYA ditulis dalam bahasa Cina. Itulah pentingnya suara lantang masyarakat sivil!

Tapi kalau kita siasat di edit history, mulanya versi bahasa Melayu berada di atas.

Tapi sejam selepas itu ditukar kedudukannya di bawah bahasa Cina!

Mengapa?

Mahu menonjolkan diri sebagai hero Cina?

Adakah itu simbolik kepada "ketuanan Cina" ketika kepimpinan Pakatan Harapan (PH) masih apologetik untuk MEREFORMASI SISTEM PENDIDIKAN DENGAN MENGHAPUSKAN SEKOLAH BERORIENTASIKAN KAUM YANG TERBUKTI SEJAK LEBIH 60 TAHUN MENGHALANG INTEGRASI NASIONAL?

Malah disalurkan lagi peruntukan kerajaan RATUSAN JUTA RINGGIT lagi kepada sekolah yang berkiblatkan Tanah Besar China.

Sikap mengutamakan kepentingan kaum ini jelas bercanggah dengan kepentingan nasional.

Banyak lagi SEKOLAH KEBANGSAAN termasuk di Sabah, Sarawak masih dalam keadaan daif. Peruntukan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak patut diluluskan sebab tidak adil kepada Sekolah Kebangsaan yang mematuhi sistem pendidikan negara.

Peruntukan kerajaan sebanyak RM1.2 juta kepada New Era University College (NEUC) di Kajang juga tidak adil sedangkan dana kerajaan patut ditumpukan pada pembinaan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam untuk semua anak Malaysia yang semakin bertambah.

Mengapa peruntukan kerajaan dibazirkan untuk institusi pendidikan yang berdegil menolak sistem pendidikan kebangsaan dan sudah sedia kaya didanai banyak golongan korporat Cina?

Peringatan buat semua rakyat Malaysia terutama apabila kamu bergelar Menteri atau Timbalan Menteri dalam menulis kenyataan termasuk di FB kamu:

UTAMAKAN BAHASA KEBANGSAAN.

LETAK DI ATAS, BAHASA-BAHASA LAIN DI BAWAH.

INI MALAYSIA BUKAN TAIWAN.

MOHON SEDAR DIRI,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Bagaimanapun penggunaan bahasa hanyalah salah satu dari isu yang menjadi kemarahan netizens.

Sesetengah netizens yang lain mempersoalkan keperluan kerajaan membantu sekolah cina swasta yang sangat mewah.

Misalnya Zee Zaeya yang mempertikaikan kenapa tiadanya bantuan untuk SK Pekan Telupid sepertimana cepatnya sekolah swasta cina menerima dana.


Fateh Abddullah pula beranggapan tindakan Nie Ching itu telah mengkhianati masyarakat cina yang setia pada dasar kebangsaan, iaitu merujuk kepada sekumpulan masyarakat cina yang mementingkan semangat keMalaysiaan berbanding semangat kecinaan.


Manakala Rohaya Yakin menyindir kononnya kerajaan terdahulu dituduh sebagai rasis tetapi sekolah cina swasta boleh beroperasi selama hampir 100 tahun.


Gambar-gambar Sekolah Persendirian Cina Chong Hwa seperti yang disebarkan oleh Ahli Parlimen Kulai di Facebooknya sejak isnin;





Nampak mewah dan gah sebagai sebuah sekolah berprestij tinggi.


Untuk rekod, sebelum ini kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengumumkan bantuan untuk pendidikan berasaskan aliran sekolah seperti berikut;

👉 Sekolah Kebangsaan RM250j.

👉 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC dan SJKT) masing-masing menerima 50j.
 
👉 Sekolah pondok agama (wajib berdaftar dengan kerajaan) RM25j.

👉 Sekolah mubaligh RM50j.

👉 Sekolah tahfiz jenis Maahad/Madrasah RM50j.

👉 Sekolah berasrama penuh RM50j.

👉 Sekolah MARA RM50j.

👉 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SAR) RM50j.

👉 Sekolah Menengah Cina (aliran kebangsaan/kawalan kerajaan) RM15j.

👉 Sekolah Persendirian Menengah Cina Swasta RM12j.

Isnin, 7 Januari 2019

Sekali Lagi Anwar Tegaskan Tak Bergaduh Dengan Tun Isu Peralihan Kuasa..

ANWAR IBRAHIM | KENYATAAN MEDIA

Saya menyedari terdapat berbagai-bagai andaian terkait soal peralihan kuasa yang dipetik oleh media perdana dan media sosial dengan mengandaikan wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan.


Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Tun tentang soal peralihan kuasa. Kita telah bersetuju berkenaan proses dan pelan transisi tersebut, dan juga turut dimuafakati di peringkat Pakatan Harapan.

Sejurus pertemuan saya bersama Tun Dr Mahathir pada hari Rabu yang lalu, saya mengulangi pendirian saya bahawa Tun wajar diberi ruang dan dukungan untuk mengemudi kerajaan. Kepimpinan Pakatan Harapan harus kekal fokus terhadap isu-isu yang menekan dengan meringankan beban rakyat, menyegerakan reformasi institusi dan mengheret mereka yang mencurangi dana awam ke muka pengadilan.

Saya mendukung pernyataan Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang kuat. Kerajaan sedang bekerja dan berusaha memenuhi janji-janji kepada rakyat Malaysia, dan kerajaan ini adalah kerajaan yang mewakili semua rakyat rentas kaum dan agama, dan menolak sebarang bentuk prejudis dan ancaman mengganggugugat ketenteraman awam.

Walaupun telah banyak yang dicapai, cabaran-cabaran yang mendatang memerlukan kerjasama dan dukungan kuat semua pihak dalam Pakatan Harapan.

Kita juga menyedari wujudnya watak-watak yang ingin melihat kita gagal. Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat. Mari kita bergerak ke depan dan bekerja ke arah memungkinkan sebuah Malaysia yang progresif, sejahtera dan aman sentosa. - 7 Januari 2019.

Selepas Beri Penjelasan Mengenai Wajah Di Beg Sekolah, ADUN Jeram Dikecam Lebih Teruk.

LAPORAN | Nampaknya penjelasan ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli, bukan sahaja tidak diterima warganet bahkan ia membuatkan beliau bertambah teruk dikecam berbanding sebelum ini.

Terdahulu tular di laman sosial gambar murid yang diberikan beg sekolah percuma. Namun apa yang menjadi perhatian netizens ialah wajah ADUN Jeram yang turut tercetak di beg berkenaan.

Ini menimbulkan kemarahan dan netizens mengkritik ia sebagai satu tindakan yang tidak bermoral atas alasan;

- Adakah YB mahu semua tahu yang kanak-kanak ini mendapat beg percuma dari ADUN Jeram? 

- Bukankah ini menjatuhkan maruah anak-anak itu yang tak pasal-pasal semua tahu dia pakai beg percuma hadiah dari YB?

- Adakah YB sengaja mengambil kesempatan mempromosikan diri sendiri secara politik dengan mempergunakan budak sekolah ketika mereka ini pergi balik sekolah menggunakan beg tersebut?

Adun Jeram itu juga merupakan Bendahari PPBM Selangor.  Perkara ini pada mulanya dibangkitkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib di Twitternya siang tadi.

“Jelaskan bagaimana tindakan ini boleh diterima, adakah ini sesi berkempen? Hentikan perkara ini.

“Sekiranya anda mahu berikan pelajar ini beg sekolah, berikan sahaja. Janganlah pula meletakkan muka dan nama anda,”
katanya di kenyataan itu.


Dikritik bertubi-tubi Adun Jeram itu kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar;

👉 Beg ditempah dari China. Ditempah sejak 4 bulan yang lalu.

👉 “Sebenarnya beg ini saya tempah di negara China, tempahan ini sudah lama, saya sudah tempah sejak 4 bulan lalu. Lain yang kita harapkan, lain pula beg sekolah yang sampai. Jadi, apabila benda sudah sampai maka kita beri jugaklah,” katanya kepada media.

👉 Adun Jeram juga mengatakan beliau tiada keperluan untuk meminta maaf kerana tidak melakukan kesalahan jenayah.

👉 “Ini bukannya satu kesalahan jenayah untuk saya minta maaf. Saya tidak nampak ia sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Bagi saya benda ini kita buat bukan untuk popular atau ikut budaya kerajaan lama tetapi apabila sudah jadi seperti ini, seolah-olah saya ikut budaya lama,”
jelasnya lanjut.


👉 Jumlah beg yang ditempah adalah sebanyak 1,000 unit dan diedarkan ke lima buah sekolah di sekitarnya.

RESPON NETIZENS

Sepertimana beg yang ditempahnya sampai berbeza, seperti itu jugalah respon yang diharapkan juga diterima secara berbeza oleh netizens.

Tiada yang positif langsung mengenainya.

Netizens mempersoalkan;

📍Tempah dah 4 bulan, tak akan semasa order tu syarikat tak tunjukkan sample? Mesti ada punya sebelum syarikat proceed kepada ORDER dan CETAK. 

📍Mana dia dapat muka YB? Memang masa YB order tu YB bagitau siap-siap nama penuh, wajah sekali ke apa? Ataupun YB mengharapkan syarikat tu memandai-mandai Google dan memandai-mandai tampal wajah YB kat beg sekolah itu? 



📍Bukan ke sebelum hantar tu syarikat akan buat proses semakan terakhir sebelum pos item? 1,000 kot. Takan semua urusan secara cincai tanpa pemantauan?

Penulis juga ingin memberikan sedikit nasihat kepada YB Jeram. Di masa lain kali, untuk semua jenis bantuan persekolahan terutamanya beg, tak usahlah beri sepesen, sepatern, sewarna.

Kita sudah menyedari kanak-kanak ini miskin dan kurang mampu membeli beg-beg sekolah yang bagus kualitinya.

Kita pula nak bagi bantuan dengan beg sekolah yang kualitinya boleh dipertikaikan. Ini orang kata, nak bagi bantuan tapi macam main-main. Jangan fikir asalkan atas nama nak membantu kita boleh main tangkap muat jer. Dalam Islam pun, meskipun disarankan hanya menderma andai berkemampuan tetapi barangan yang diberi perlulah 'baik'. Baik satu-satu barangan tu bukanlah bermakna baru tetapi tidaklah boleh secincai ini.

Perlu ke sampai 1,000 kanak-kanak bersekolah ini memakai beg yang sepatern dari segala segi?

Mahu tunjukkan kepada siapa yang awak neh memberikan bantuan?

Adakah kesemua kanak-kanak ini sanggup menggunakan ia agaknya?

Zaman sekarang tak sama macam dulu. Zaman dulu di baju ada pelekat RMT, kanak-kanak ini okay sahaja. Zaman sekarang kad RMT pun pihak sekolah tak sediakan dah supaya murid-murid ini tak rasa yang mereka neh terlalu kasihan sangat sampai perlu diisytiharkan penerima bantuan RMT.

Begitu jugalah dengan beg sekolah itu. Contoh sudah banyak. Disana sini ramai Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat menghadiahkan beg yang kualitinya sesuai dengan keperluan pelajar / murid pada zaman sekarang. Bukan sahaja tiada gambar muka ADUN di beg, bahkan warna setiap beg pun berbeza-beza.

Cuba-cubalah bertanyakan kawan-kawan YB kat kiri kanan tu. Mereka tu semua dah tinggalkan amalan lapuk neh YB. Walaupun YB tidak melakukan kesalahan jenayah tetapi merendahkan akal intelek rakyat yang waras lagi rasional tidaklah boleh dimaafkan. Berhenti beranggapan rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan. Tindakan dah tak betul, alasan pula langsung tak logik. Bak kata KJ, ini bukan Malaysia baru tapi Malaysia tak boleh (blah). - 7 Januari 2019.

Ahli Majlis Pertikaikan TMJ, DAP Johor Jumpa Sultan Minta Maaf.

BERNAMA | DAP Johor hari ini (6 Januari 2019) merafak sembah dan memohon keampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar atas kenyataan tidak sopan seorang anggotanya yang juga Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohamad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah terhadap institusi Raja Berperlembagaan di laman Facebook, dua hari lepas.

Setiausahanya Tan Hong Pin berkata parti itu memandang berat terhadap kenyataan tidak sopan yang disampaikan tersebut.





“Kenyataan yang dimuat naik oleh saudara Mohamad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah menerusi akaun peribadi Facebooknya tersebut diungkapkan dengan bahasa yang tidak sopan dan tidak menggambarkan sifat seorang rakyat yang menghormati institusi diraja.

“Sebagai ahli parti dan Ahli Majlis, beliau seharusnya mengutamakan budi bahasa dan bersikap sopan santun serta perlu menjaga tata tertib berbahasa,”
katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tan berkata sungguhpun DAP teguh atas prinsip keluhuran Perlembagaan yang sekali gus memperjuangkan kebebasan bersuara, namun prinsip dan perjuangan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk melahirkan kenyataan tanpa rasa tanggungjawab.

Beliau berkata sebarang kenyataan yang dilahirkan harus mengikut etika diplomasi yang tinggi dan berintegriti.

“Semalam, DAP Negeri Johor telah dimaklumkan bahawa Ahli Majlis berkenaan (Mohamad Kamarul Ariffin) telahpun memohon maaf di laman media sosial beliau dan memadamkan kenyataan yang tidak sopan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, DAP Johor merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor khususnya dan seluruh rakyat amnya atas sikap tidak bertanggungjawab ahli kami yang berkelakuan tidak sopan terhadap institusi Raja Berperlembagaan,”
katanya.

Tan menambah sebagai sebuah parti yang menjadi anggota kerajaan, DAP sentiasa memantau tahap disiplin ahli-ahli dan wakil-wakil pimpinan di peringkat akar umbi semasa menjalankan khidmat mereka.

DAP mengulangi pendirian untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan institusi Raja Berperlembagaan di samping memelihara keharmonian masyarakat demi mensejahterakan rakyat secara keseluruhannya, katanya.

Terdahulu, Mohamad Kamarul Ariffin memuat naik kenyataan memperlekeh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook miliknya, Jumaat lepas, sebelum dipadamkan.

Beliau kemudian memohon maaf kepada seluruh kerabat Diraja Johor menerusi laman sama semalam atas kenyataan yang dibuatnya.

"Patik mengaku bahawa kenyataan tersebut menggunakan susunan bahasa yang tidak sesuai dan melanggar norma Bangsa Johor yang terkenal dengan sikap sopan santunnya.

"Untuk makluman Ke Bawah Duli DYAM Tunku, sebenarnya niat patik menulis kenyataan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menarik perhatian Ke Bawah Duli DYAM Tunku sendiri mengenai isu pertukaran status pemilikan Pulau Kukup, Pontian kepada status Tanah Kesultanan.

Tidak ada sekelumit pun niat di hati patik ingin menyinggung perasaan apatah lagi ingin menderhaka kepada Ke Bawah Duli DYAM Tunku serta seluruh kerabat Diraja Johor, yang amat disayangi rakyat jelata,"
katanya menerusi laman Facebook berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...