Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Januari 2019

Punca Wan Saiful Dipecat Terdedah, Rupanya Kerana Pemimpin PPBM Perlis Salah Guna Kuasa, Gila Projek..

MALAYSIAKINI | i) Bersatu Perlis mengambil keputusan untuk menggugurkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan daripada jawatan setiausaha parti negeri itu.




Pengerusinya, Ameir Hassan berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira tahap komitmen yang diberikan oleh Wan Saiful terhadap Bersatu Perlis.

“Dia digugurkan kerana dia sibuk sangat dalam kemelut PTPTN. PTPTN tu berat dan banyak kerja dan kerja-kerja (parti) tak diselaraskan, kita tak mahu bebankan dia (Wan Saiful).

“Bila saya tengok ada permasalahan komunikasi dan sebagainya kerana dia terlalu sibuk dengan PTPTN, jadi biarlah dia selesaikan, tak adil bagi beban berlebihan,”
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Ameir, keputusan itu diambil dua hari lalu pada mesyuarat khas Bersatu negeri.

“Kita bincang dalam mesyarat perhubungan negeri, dua hari lepas. Dia tak ada dalam mesyuarat tu.

“Kita juga tak maklumkan pada dia kerana kuasa melantik dulu pun adalah kuasa pengerusi negeri, jadi saya lantik dia (dulu) pun tak bincang dengan dia. Cuma bagitahu dia saja, nak lantik dia,”
katanya.

Ameir berkata, surat pemakluman penguguran tersebut juga telah dihantar kepada Wan Saiful.

Katanya, buat masa ini, jawatan tersebut akan dipangku pimpinan Bersatu negeri.

Ameir juga turut menafikan penguguran tersebut berpunca daripada masalah dalaman parti.

“Bukan masalah dalaman, kalau ada yang sebut masalah dalaman, itu cuma pembangkang yang nak laga-lagakan kita,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Wan Saiful dan sedang menunggu maklum balas daripadanya

ii) Beberapa jam selepas digugurkan sebagai setiausaha Bersatu Perlis, Wan Saiful Wan Jan mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam Bersatu negeri itu.

Beliau mendedahkan telah membuat laporan polis mengenai dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu negeri.

Bagaimanapun, dakwanya, beliau digesa menarik balik laporan berkenaan.

“Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

“Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis,”
katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya selepas laporan itu mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah wang yang besar sekiranya membantu dalam pengaturan kontrak tersebut.

“Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu. Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis,” katanya.

Malaysiakini hari ini melaporkan Bersatu Perlis menggugurkan Wan Saiful atas alasan mengambil kira kesibukannya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Wan Saiful berkata, tindakannya tidak mahu berkompromi dengan salah guna kuasa bagi membantu Bersatu Perlis menjadi lebih baik.

“Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru,” katanya.

Jumpa Hishamuddin Di Mahgribi, Ini Penjelasan Azmin.

MALAYSIAKINI | Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali hari ini menolak khabar angin bahawa beliau bercuti di Maghribi bersama bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada pemberita hari ini, timbalan presiden PKR itu berkata, beliau hanya terserempak dengan Hishammuddin ketika bercuti di sana.




"Saya tidak bercuti dengan Datuk Seri Hishammuddin, terserempak dengan beliau di Morroco.

"Saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di Morocco, saya bertemu dengan pelajar Malaysia, pelancong, tak jadi isu pun,"
katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis penyerahan kunci rumah kepada pemilik rumah Simfoni @ Eco Majestic di Semenyih, Selangor awal hari ini.

Beliau mengulas foto keluarganya bersama-sama keluarga Hishammuddin yang telah diambil di negara itu baru-baru ini. Gambar berkenaan mencetuskan spekulasi bahawa mereka bercuti bersama-sama.

Foto tersebut dimuat naik di Twitter oleh anak lelaki Azmin, Ameer tetapi kemudian diturunkan.

Azmin juga menegaskan kemesraan seperti yang ditunjukkan dalam foto itu bukan sesuatu yang baru kerana mereka telah berkawan sejak sekian lama.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa pertemuan itu ada melibatkan perbincangan politik di antara mereka.

"Hubungan saya dengan Datuk Seri Hishammuddin telah mula puluhan tahun dulu. Ia bukan sesuatu yang baru. Kalau ingat, ketika saya pembangkang beberapa tahun lepas, Datuk Seri Hisham buat kahwin anak sulungnya, saya adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menghadiri majlis perkahwinan anak sulungnya di Shangri-La Hotel ketika itu.

"Kita kena more civilised (lebih bertamadun) lah. Jangan ingat bila jumpa tu mesti ada perbincangan piolitik, tak ada,"
katanya.

Ketika ditanya sama ada hubungan baiknya dengan bekas Menteri Pertahanan itu mungkin akan menjadi kerjasama politik di masa depan, Azmin tidak menafikannya.

Sebaliknya, beliau berkata hubungan baik harus dikekalkan dengan semua orang untuk kebaikan negara.

"Untuk kebaikan negara, kita kena baik dengan semua oranglah. Kita kena be more inclusive (lebih inklusif)," katanya.

Dipanggil PDRM Kerana Persoalkan Perkahwinan Agong, Ini Penjelasan Tamrin Tun Ghafar.

TAMRIN TUN GHAFAR | SILA DUDUK, JANGAN LARI
1. 'Sila Duduk, Jangan Lari', itulah ayat pertama yang dilafadzkan oleh Sultan Muhammad V, Yang Di Pertuan Agong ketika itu, semasa meresmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sidang Parlimen ke 14 pada 17hb Julai 2018 lalu.




 
2. Kata - kata itu adalah ekoran satu insiden sehari sebelum Perasmian Sidang Dewan apabila Ahli - Ahli Parlimen UMNO /BN keluar meninggalkan Dewan.

3. Walaupun berjenaka namum ia juga memberi erti bahawa Ahli - Ahli Parlimen UMNO / BN harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka TANPA menyimpan dendam.

4. Ini dilakukan ekoran kekalahan mereka dalam Pilihanraya ke-14 pada hari Rabu 9hb Mei 2018.

5. Kita faham bagaimana remuknya hati mereka setelah menggunakan segala kuasa dan undang - undang , seluruh jentera kerajaan dan wang ringgit yang mencurah seperti hujan yang tak berhenti - henti , namum perasaan benci rakyat terhadap UMNO /BN tidak boleh dikawal lagi.

6. Genap sebulan selepas upacara perkahwinan Yang Di Pertuan Agong dengan bekas ratu Moscow itu tersiar di media masa bersama gambar - gambar dan klip video yang menunjukkan aksi jijik wanita yang kini sudah bertaraf isteri kepada seorang Sultan, saya telah menulis sebuah artikel bertajuk ' FROM RUSSIA WITH LOVE '.

7. Baru - baru ini sekali lagi saya menyentuh isu perkahwinan mereka melalui satu tulisan bertajuk ' 'ANTARA KING EDWARD VIII dan SULTAN MUHAMMAD V'.

8. Pada hari Jumaat lepas saya terima satu panggilan dari Bukit Aman meminta saya menghadirkan diri pada esok hari Isnin 7hb Januari 2019.

9. Pihak polis ingin mengambil kenyataan dari saya berkaitan dengan tulisan terbaru saya itu.

10. Kebetulan dalam artikel tersebut saya telah mencadangkan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan atau turun takhkta sebagai Yang Di Pertuan Agong seperti apa yang pernah dilakukan oleh King Edward VIII apabila beliau berkahwin dengan seorang perempuan Amerika Syarikat, Wallis Simpson yang pernah punyai suami sebanyak 2 kali.

11. Berita pengunduran beliau sebagai Yang Di Pertuan Agong yang telah berlegar di sana sini sejak seminggu yang lepas kini sudah menjadi kenyataan.

12. Kenyataan yang dikeluarkan hari ini Ahad 6hb Januari 2019 merupakan satu lagi bahan sejarah negara , ini kerana sejak Merdeka pada tahun 1957 dan selepas diumumkan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15 , belum pernah perletakan jawatan dilakukan oleh mana - mana Agong.

13. Hanya Majlis Raja - Raja sahaja yang tahu sebab sebenar pengunduran Sultan sebagai Yang Di Pertuan Agong.

14. Selagi rakyat tidak dimaklumkannya selagi itu berbagai teori atau alasan yang berlegar di media sosial dan di warung-warung termasuk di pedalaman.

15. Ada 2 perkara besar sudah berlaku :

i. Kesabaran rakyat khasnya pengundi - pengundi Melayu TELAH menghantar UMNO dan BN yang telah berkuasa sejak Merdeka lagi ke tanah perkuburan.

ii. Tindakan melepaskan jawatan ini adalah pertama kali berlaku.

16. Semoga Majlis Raja- Raja berhati hati memilih Agong ke 16 supaya pisang tidak berbuah 2 kali.

17. Jia sekiranya undang - undang tubuh Negeri Kelantan tidak membenarkan wanita tersebut dijadikan sebagai
Sultanah, adakah beliau rela mengikuti jejak langkah King Edward VIII?

18. SEMOGA EPISOD INI DIJADIKAN PELAJARAN DAN INGATAN KEPADA KITA SEMUA KHASNYA KEPADA RAJA DAN KELURAGA MEREKA.

Terima Kasih.

Kadar Sewa Kuarters Penjawat Awam Naik Hampir Dua Kali Ganda.

ISHAM JALIL | KADAR SEWA KUARTERS PENJAWAT AWAM NAIK HAMPIR DUA KALI GANDA

Saya baru mendapat aduan daripada penduduk Putrajaya bahawa kadar sewaan kuarters bagi penjawat-penjawat awam telah dinaikkan dengan mendadak oleh Kerajaan PH.




Jika dahulu penjawat-penjawat awam di sini hanya membayar RM400-RM500 untuk sewaan pangsapuri gred rendah dan sederhana, kini mereka terpaksa membayar hampir dua kali ganda sehingga RM700 ke RM800 sebulan.

Kepada ramai orang, kenaikan RM400-RM500 sebulan ini adalah satu jumlah yang amat besar lebih-lebih lagi kepada penjawat awam gred rendah dan sederhana.

Mengikut alasan Kerajaan PH, kenaikan ini adalah untuk menampung kos selenggaraan.

Saya dulu pernah duduk kuarters selama beberapa tahun.

Untuk makluman pemimpin Kerajaan PH yang membuat keputusan ini, semasa Kerajaan BN dahulu sewaan kuarters adalah kekal rendah bukan kerana kos selenggaraan yang murah.

Namun kos selenggaraan kuarters ini sedikit sebanyak dibantu dan ditanggung oleh Kerajaan BN untuk meringankan kos sara hidup penjawat-penjawat awam terutama di gred sederhana dan rendah di kawasan bandar seperti di Putrajaya dan di bandar-bandar lain.

Ini adalah kerana gaji penjawat-penjawat awam ini bukanlah tinggi seperti pekerja swasta.

Dan pengurusan sewa kuarters penjawat awam ini bukanlah satu perniagaan mementingkan untung rugi seperti perniagaan hartanah swasta.

Dulu saya pernah menulis bahawa sewa rumah adalah antara faktor utama yang mendorong kos sara hidup rakyat. Apabila harga atau sewa rumah naik, kos sara hidup juga akan meningkat. (Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/…/masalah-manifesto-ekonomi-paka…)

Kini nasib penjawat awam semakin tertekan di bawah Kerajaan PH ini. Sudahlah kenaikan gaji dibatalkan, kos sewa kuarters pula dinaikkan dengan mendadak.

Saya mahu Menteri yang bertanggungjawab memberi penjelasan. Adakah hal kenaikan ini juga disebabkan kekurangan wang akibat ketirisan SST?

Sekali lagi nampaknya yang untung ialah tauke-tauke bisnes yang lari dari cukai berbilion ringgit, yang rugi ialah semua orang lain, dan dalam kes ini penjawat awam pula yang kena.

P/S: Saya mengambil maklum bahawa aduan kenaikan sewa di atas adalah melibatkan kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj) dan bukan Bahagian Pengurusan Harta (BPH) seperti yang dinyatakan dalam surat di bawah.

Kedua-dua badan ini adalah milik penuh kerajaan dan di bawah kawal selia kerajaan; BPH di bawah JPM dan PPj di bawah Kementerian Wilayah. Dan penyewa kuarters di situ juga adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan i.e. kenyataan di atas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...