Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Januari 2019

"Lantikan Politik Di YADIM Secara Kebetulan", - Sinar Harian Tukar Tajuk Berita.

LAPORAN | Nampaknya portal Sinar Harian telah menukarkan tajuk berita mereka; "Lantikan atas dasar merit, kebetulan ahli politik PH," kepada "YADIM : Lantikan atas merit".


Mengapakah ini berlaku? Apakah wujud campurtangan politik dalam pemberitaan? Persoalan yang hanya mampu dijawab oleh pengurusan Sinar Harian sahaja.

Berdasarkan artikel Sinar Online;

Menurut Mujahid kalaupun ada mana-mana mereka yang dilantik termasuk itu adalah dalam kalangan ahli politik PH, ianya hanyalah kebetulan.

"Asas pelantikan mereka berdasarkan merit dan kebetulan mereka yang punya merit yang kita nampak bersama dengan parti tertentu. Kita tak mahu ia (politik) dijadikan alasan," katanya.


------------

Ini kebetulan?



Berdasarkan kepada kenyataan Mujahid, tidaklah tajuk Sinar Harian lari dari kenyataan asal.  

Dan berdasarkan kepada kenyataan KEBETULAN yang disebutkan menteri, mari lihat senarai dibawah;

Ustaz Haji Nik Omar Bin Nik Aziz
YDP YADIM : Calon PRU AMANAH Dun Chempaka, AMANAH.
 

Ustaz Haji Zolkharnain Bin AbidinTYDP YADIM : Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH.

Ustaz Haji Abdul Ghani B Shamsuddin
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM : Timbalan Penasihat Umum AMANAH.


Dr. Muhamad Razak Bin Idris : Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Sekretariat ABIM.


Mohd Raimi Bin Abd Rahim : Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Presiden ABIM.


YB SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI : Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIm, YB Paloh, DAP.


Dato’ Dr. Samsu Adabi B Haji Mamat : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ketua PPBM Bahagian Cheras, Calon Parlimen Putrajaya, PPBM.


YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, MP Ledang, PKR.


Tuan Hj Shamsul Ma’arif Bin Hji Ismail : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Naib Pengerusi 2 AMANAH.


En Ahmad Sayuti Bin Bashiron : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, AMANAH.
 

YB Nor Azrina Binti Surip@Nurin Aina Abdullah : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, MP Merbok, PKR.

Ulasan;

1. Mujahid menipu. Ini adalah sangkaan penulis apabila selesai membaca kenyataan Mujahid.

2. Merit > kebetulan ahli politik = projek membodohkan rakyat Malaysia terang-terangan.

3. Apa yang berlaku adalah seperti ini; 

Ahli politik > ada kelayakan dari segi akademik (merit) = maka dilantik. Maka, tiada lantikan politik seperti yang dijanjikan dalam manifesto bukan kitab suci telah pun dilanggar tanpa rasa malu.

4. Adakah salah melantik ahli politik yang berkelayakan dalam jawatan tertentu di kerajaan? - bagi penulis tidak salah. Yang bersalah adalah orang/pihak/parti yang membuat janji tidak akan membuat sebarang perlantikan politik di agensi kerajaan/GLC/badan berkanun 
dalam manifesto bukan kitab suci, bagaimanapun melanggar janji mereka sendiri selepas menang.

5. Untuk menjadi pemimpin yang adil, seseorang perlu bercakap benar. Dan untuk bercakap benar, seseorang memerlukan keberanian.

6. Mujahid tiada keberanian untuk bercakap benar. Apa salahnya beliau mengakui sahaja perlantikan yang dibuat sememangnya dilihat terlebih dahulu dari segi idelogi politik seseorang supaya agenda yang ingin dilaksanakan menerusi YADIM dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan tikam belakang, kebocoran maklumat dan sewaktu dengannya?

7. Jika melihat kepada MERIT semata-mata dan ia diutamakan TERLEBIH DAHULU, adakah mereka-mereka yang tersenarai itu LAYAK sebenarnya?

8. Banyak je NON PARTISAN yang begitu PROFESIONAL dalam MENJALANKAN TUGAS masing-masing dan mempunyai KELULUSAN yang diinginkan andai dicari-cari. Andai dibuka sesi temuduga.

9. Bagaimanapun mereka tidak dilantik kerana tidaklah "PAKATAN HARAPAN".

10. Dalam isu perlantikan politik di YADIM atau mana-mana GLC/AGENSI KERAJAAN/BADAN BERKANUN/DAN SEWAKTU dengannya, masalah SEBENAR berpunca dari JANJI MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI = TIADA PERLANTIKAN SECARA POLITIK akan dibuat.

Ini adalah MASALAH SEBENAR, MASALAH UTAMA, dan tolong jangan SPIN dan minimisekan kesalahan itu dengan cara mewajarkan perlantikan tersebut bersandarkan kepada kelayakan seseorang ahli politik itu.

Isunya bukan pada sijil, bukan pada kelayakan ataupun kecemerlangan akademik dan pengalaman seseorang ahli politik itu.

Isunya kau semua yang memandai buat janji tersebut dan bila dah langgar kau semua konar vturn.

Seperti yang dah disebutkan di atas, untuk bercakap benar, untuk mengakui salah dan untuk membetulkan kesalahan, seseorang itu memerlukan KEBERANIAN.

Oleh kerana Mujahid dan Pakatan Harapan tak cukup berani untuk mengakui kesilapan mereka dalam JANJI MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI maka mereka akan berterusan dihantui dengan masalah dan hujah yang sama. - 30 Januari 2019.

SPR Belum Sah Bila Gagal Lantik Lagi 6 Pemegang Amanah, Mana Boleh Kendalikan PRK Kata Peguam.

Azam Aziz | INI ADALAH SUATU PELANGGARAN PERLEMBAGAAN YANG SERIUS

1. Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut :-

"Suruhanjaya Pilihan Raya HENDAKLAH DI LANTIK oleh Yangdi-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang Timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain."


 
2. Ini bermaksud SPR itu hanya wujud apabila YDPA telah melantik 7 orang pemegang jawatannya seperti yang di nyatakan dalam Perkara 114(1) Perlembagaan.

3. Setakat hari ini, YDPA hanya melantik Pengerusi SPR dan 6 orang ahli SPR lain masih belum di lantik.

4. Ini bermaksud SPR masih belum wujud mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan.

5. Yang wujud sekarang hanyalah "SPR HANTU" (dulu istilah pengundi hantu).

6. SPR HANTU ini telah mengendalikan 2 Pilihanraya Kecil setakat ini dan di sebabkan SPR SAH masih belum wujud maka SPR HANTU tidak boleh berfungsi sebagai SPR sah mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan.

7. Maka keputusan PRK Port Dickson dan pengendalian PRK Cameron Highlands yg di buat sekarang adalah TIDAK SAH DAN TERBATAL kerana tidak di kendalikan oleh SPR.

8. Mengikut RULE of LAW, SPR masih belum wujud.

9. Bagaimana sesuatu yg belum wujud, boleh mengendalikan PRK?

10. Pengerusi SPR bermesyuarat seorang diri dan membuat keputusan SPR secara seorang diri selama ini.

http://www.spr.gov.my/…/i…/carta-organisasi/ahli-suruhanjaya

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412

Ya Najib, Awak Memang Tak Buat Homework Bila Tuduh Kerajaan Kurangkan Bantuan Makanan Asrama Dan Ini Dalil-Dalilnya..

Friends of Maszlee Malik | FAQ Tuduhan Najib Mengenai Bantuan Makanan Asrama (BMA)



 



1. Adakah harga Bantuan Makanan Asrama (BMA) pernah diletakkan siling sehingga RM18?
TIDAK. Seperti pernah diterangkan sebelum ini, harga makanan bergantung kepada jumlah murid, kedudukan sekolah dan jenis sekolah. Misalnya Sekolah Sukan oleh kerana diet makanan perlu mempunyai spesifikasi tertentu, ditetapkan pada harga RM30 sehari.

2. Adakah BMA hanya terhad untuk SBP seperti dilontarkan Najib?

TIDAK. Najib ni apa pun dia tak tahu. BMA untuk semua sekolah termasuk sekolah asrama harian.

3. Adakah penurunan 72% bermakna peruntukan dikurangkan sebanyak 72%?

TIDAK. Penurunan tu maksudnya dah diturunkan. Bukan turun tu maknanya potong. Ianya istilah dan terma kewangan kerajaan yang bermakna sudah 72% peruntukan diturunkan melalui waran agihan peruntukan kepada penerima seperti JPN, PPD & sekolah.

4. Bagaimana pula dengan baki 23% lagi?

Baki lagi 23% pula akan diselaraskan pada Julai nanti. Pelarasan bulan Julai ni adalah normal. Lagipun zaman Najib dulu pun peruntukan bukan turun 100% bulan Januari. Malah peruntukan tambahan boleh dimohon pada sesi Parlimen bermula Mac nanti. Ini sesuatu yang normal.

5. Betulkah peruntukan BMA dipotong RM100 juta untuk 2019?

BENAR. Pertama ada kemungkinan peruntukan ini tidak digunakan habis untuk tahun 2018 dan mempunyai baki, jadi peruntukan tahun 2019 dibuat berdasarkan penggunaan tahun 2019. Kedua mungkin peruntukan ini dipotong berdasarkan situasi kewangan semasa, walaubagaimanapun jangan lupa PERUNTUKAN TAMBAHAN boleh dipohon dari masa ke semasa.

6. Betulkah Najib Razak tak buat homework dan tak faham terma serta istilah kewangan kerajaan?

Saya tak tahu. Anda semua nilaikan sendiri.

Isnin, 28 Januari 2019

Kos Makan Pelajar Asrama Berkurangan? ZF Zamir Jawab Najib.

ZF ZAMIR | Adakah benar harga makanan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikurangkan dari RM 18 kepada RM 14.50?

7 perkara untuk dipertimbangkan untuk memahami isu ini.

 
1. Rekod Bahagian Perolehan KPM menunjukkan bahawa KPM tidak pernah mengurangkan kadar harga makanan bagi murid SBP.

2. Harga makanan asrama adalah berdasarkan menu yang diputuskan mengikut keperluan nutrisi murid seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

3. Ini termasuk bagi bekalan makanan bermasak dan pengiraan harga kontrak termasuk mengambil kira bilangan murid dan lokasi sekolah.

4. Maknanya, semakin ramai murid, semakin rendah harga ditetapkan atau semakin jauh sekolah dari kawasan bandar, makin tinggi harga ditetapkan.

5. Penetapan harga kontrak juga berdasarkan kepada kontrak, yang dianugerahkan melalui tender terbuka, dan dipersetujui antara kontraktor dengan Kerajaan.

6. Manakala bagi tender yang baru dianugerahkan untuk tahun 2019, pelantikan kontraktor adalah melalui kaedah tender terbuka dan pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang selaras dengan garis panduan, peraturan serta pekeliling berkaitan perolehan.

7. Jadi kembali kepada soalan – adakah benar dakwaan Najib harga makanan untuk SBP dikurangkan dari RM 18 kepada RM 14.50 – jawapannya TIDAK BENAR.

Sekian terima kasih. - 28 Januari 2019.

"Allah Beri Petunjuk Tolak PH" - Sepang Jawab Marang.

HANIPA MAIDIN | Hujah agamawan cum politician yang begitu simplistik.
1. Ada seorang pemimpin tertinggi dalam parti ehem dilapor media mengaitkan pemberian petunjuk daripada Allah kepada pengundi yang memilih calon beragama Islam (dari BN) bagi mewakili rakyat di Cameron Highland (CH).

2. Dengan lain perkataan atau bahasa mudahnya calon BN menang kerana hidayah dari Allah. "Mafhum mukhalafah"nya (pengertian sebaliknya) calon PH yang bukan Islam kalah kerana Allah tak bagi petunjuk atau hidayah pada pengundi di CH untuk undi calon PH tersebut.


3. Ini doktrin, yang, bagi saya, amat rapuh. Jika kita guna logik yang sama, kita berhak tanya bagaimana pula dengan calon PH yang bukan Islam yang menang dalam PRU 14 yang lalu? Dan bagaimana pula dengan calon BN yng bukan Islam yg kalahkan calon PH yg muslim? Dan bagaimanakah dengan calon parti ehem yang bukan Islam? Panjang senarai jika nak bagi ni.

4. Tak pe lah nak berteori tentang kemenangan BN di CH tapi janganlah terlalu simplistik hingga guna hujah petunjuk Allah secara mudah begitu.

Macam mana orang nak hormat pada Islam? Disgraceful !!! - 28 Januari 2019.

Kena Kat Saya Terus Lapor Polis, Kena Kat Calon DAP, Nak Timbang Ambil Tindakan Jer, Kebal Ke? - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Calon DAP di Cameron Highlands telah jelas melanggar undang-undang pada hari membuang undi, siap dengan alasan yang amat lemah (Saya terlalu busy, sudah kelam-kabut, saya lupa.)

Hari itu, SPR kata no problem. Sudah settle kerana kita sudah "tegur".

 
Selepas menerima kecaman hebat dari rakyat, hari ini SPR kata mereka kini mahu "timbang" untuk mengambil tindakan terhadap calon DAP.

Saya masih ingat bulan Ogos lalu BERSIH dan SPR pantas sangat melapor saya kepada pihak polis kerana dituduh melakukan kesalahan yang amat berat semasa PRK Sg Kandis walaupun saya bukan calon di sana pun.

Siap dengan sidang akhbar sambil bergambar di luar balai polis.

Iaitu, saya telah membuat satu posting di laman FB saya tentang PRK itu pada pukul 7 pagi sebelum pusat undi dibuka pada hari membuang undi.

Kalau kes calon DAP pula, hari itu tegur hari ini timbang.

Ha! Tepuk.

#CalonDAPkebal

#takutApaBossku

Pembangkang Tanya Kenapa Kerajaan Potong Kos Makanan Pelajar Asrama.

Reezal Merican Naina Merican | Penjelasan Mengenai Pengurangan Kadar Makanan Seharian di SBP/Pengurangan Peruntukan Sekolah Berasrama - Langkah Penjimatan Yang Menghukum Pelajar Melayu/Bumiputera Cemerlang

1. Berita yang menyatakan bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan seharian di seluruh sekolah berasrama penuh (SBP) wajar diberikan penjelasan segera oleh Kementerian Pendidikan. Pengurangan peruntukan kepada RM14.50 daripada kadar asal RM18.00 seorang pelajar/sehari ini agak besar dan signifikan.


2. Pengurangan peruntukan kepada SBP dan sekolah berasrama ini boleh diibaratkan sebagai satu langkah yang ke belakang. Kita positif dan boleh bersetuju dengan usaha Kementerian Pendidikan membuka ruang lebih besar kepada pelajar kumpulan B40 - tetapi apa yang berlaku ini menunjukkan ikhtiar kerajaan yang tidak konsisten.

3. Ramai ibubapa khuatir dengan tindakan ini. Mereka cukup khuatir jika langkah ini memberikan kesan langsung kepada kualiti pendidikan di SBP dan sekolah berasrama lain. Pengurangan peruntukan mencecah RM100 juta ini dirasakan keterlaluan.

4. Ketika mana Kementerian Kewangan bersikap cukup pemurah dengan pusat pendidikan persendirian/kolej swasta; langkah untuk menurunkan peruntukan SBP ini seakan mempunyai motif yang tidak munasabah. Saya yakin, ada ruang penjimatan yang lebih wajar daripada menjadikan pelajar terbaik dihukum dengan cara begini.

5. Saya menaruh keyakinan bahawa Menteri Pendidikan dapat memperhalusi semula isu ini bersama Menteri Kewangan. Cari jalan yang lebih wajar dan munasabah. Jangan menjadikan pendidikan dan kelompok pelajar sebagai mangsa ikhtiar penjimatan kewangan yang keterlaluan.

6. Secara perbandingan, kos makanan seorang banduan di Malaysia mencecah RM35 hingga RM41 sehari. Ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Adalah sesuatu yang amat tidak wajar apabila kos pelajar cemerlang di sekolah berasrama - yang kosnya jauh lebih rendah mahu dipotong lagi oleh kerajaan. - 28 Januari 2019.

Ahad, 27 Januari 2019

Surat Terbuka Untuk Mujahid Rawa : Menjawab Dakwaan Kononnya BN Menang Di CH Kerana Perkauman.

Der Btader | Kehadapan Kekanda Mujahid Yusof Rawa,

Tujuan adinda menulis surat ini adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengencam apa yang kekanda katakan itu.




1. Yang berkempen dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Orang Asli kononnya bukan warganegara penuh, adalah Lim Kit Siang.
 

https://blog.limkitsiang.com/.../if-pakatan-harapan-can.../

2. Yang berkempen sambil mendakwa “Malays don’t even buy kuih from Orang Asli vendors” ialah Manogaran.
 

http://www.themalaysiantimes.com.my/manogaran-apologises.../

3. Yang "merasuah" bagi hamper dan duit kepada orang asli pun PH. Yang guna aset kerajaan pun PH. 


https://suara.tv/.../wanita-agih-duit-minyak-ketika.../

https://www.freemalaysiatoday.com/.../bersih-gesa-sprm.../

4. Alih-alih, bila dah kalah dikatanya BN yang main isu perkauman? So adinda nak tanya, YB Menteri Agama ni waras ke tidak semasa berkata-kata ini?
 

https://www.nst.com.my/.../manogaran-bn-used-race-card...

5. Ini lah yang dikatakan “sore loser”. Jelaskan sekali dalam gaya penulisan kekanda itu. Kononnya nak ucap tahniah tetapi pada masa sama menidakkan kemenangan BN. Mengapa kekanda? Pahit untuk ditelan ke?

Saya akhiri nukilan ini dengan slogan "Nak malu apa, bosskurrr?".

Sekian dari Adinda bukan di Cardoba.

Bengang Dituduh Menang Kerana Perkauman, Pro BN Tunjukkan Bukti Pemimpin PH Yang Rasis Ketika Berkempen Di CH.

KHAIRUL AZRI | PERKAUMAN.

Semalam berucap di FELDA Sg.Koyan, berulang-ulang kali YB Menteri Mat Sabu sebut jangan undi calon BN sebab mereka membangkitkan isu perkauman.

Beliau juga menyebut bahawa isu perkauman itu sudah ketinggalan, lapuk dan hanya untuk menutup kelemahan parti BN itu sendiri.

Sebuah nasihat yang bagus, cumanya saya tidak pasti sama ada YB Mat Sabu lupa tengok cermin sebelum memberi ucapan ketika itu.

Kenapa saya kata begitu kerana bukan sekali, bukan dua kali, tapi 3 kali parti DAP iaitu parti bertanding bagi PH kantoi memainkan isu perkauman di CH, tapi malangnya tidak di-'highlight'kan di media utama.

Oleh kerana ianya tidak di-'highlight'kan oleh media utama, maka parti DAP berlakon acah 'suci' , orang tua-tua koba pijak semut pun tak mati.

Berikut adalah 3 contoh permainan politik perkauman yang telah terkantoi sepanjang kempen DAP di CH;

1. ORANG MELAYU TAKKAN BELI KUIH PUN DARI ORANG ASLI.

Calon DAP, Manogaran sendiri telah terlepas cakap di hadapan wartawan dan berkata bahawa orang Melayu ni nak beli kuih dari orang asli pun tak mahu, apatah lagi nak undi orang asli apabila mengulas mengenai calon lawannya dari BN.



“BN's calculation is, they think… They really don’t understand. You see, the Malays don't even buy kuih from Orang Asli vendors. I don't think they will go all out and vote for an Orang Asli.

“The Malays will ask 'How come we don’t have a Malay candidate? How come you put an Orang Asli?' Chinese, Indians will not vote for the Orang Asli (as well),”
he told Malaysiakini. [1]

Hairannya isu ini tidak diberikan perhatian dan hanya dilaporkan secara sambil lewa oleh media-media tempatan, bayangkan jika ianya dilakukan oleh calon BN, sudah tentulah, 'all hell break loose'..

2. JIKA BN MENANG DI CH, ORANG BUKAN ISLAM TIDAK AKAN DAPAT JADI MENTERI, BAHKAN AHLI PARLIMEN NANTI.


 
Pada 24 Januari, Malaysian Insight edisi bahasa Cina telah melaporkan bahawa menteri kewangan merangkap setiausaha agong DAP iaitu YB Lim Guan Eng berkata dihadapan audiens Cina di CH,

"Jika BN menang PRK Cameron Highlands ini, maka pada masa akan datang nanti, orang bukan Islam tidak akan jadi menteri bahkan nak jadi MP pun tak boleh.

Malah beliau turut berkata lagi,

"Sekiranya anda mahukan kita(kaum Cina) dihormati, pendidikan kita dijaga dan dijamin, kolej-kolej(merujuk kepada 3 kolej persendirian Cina), sekolah sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah persendirian Cina yang kini terjamin dan didanai maka undilah Pakatan pada 26 Januari nanti." [2]

Amboi bukan main, ugut kalau tak undi PH nanti tak ada bukan muslim sebagai pemimpin lagi.

Dan kata undi PH, supaya kaum cina dihormati, dan jaminan sekolah dan kolej bagai.

Apakah orang Cina rasa tidak dihormati sebelum ini?

Apakah ini sebuah bentuk politik perkauman 'fear mongering' yang dikutuk oleh DAP sebelum ini?

Aii kata I am not Chinese, I'm Malaysian? apa cerita ni YB?

Nota Kaki : Anehnya berita tersebut hanya dilaporkan oleh edisi bahasa Cina dan tidak dilaporkan di dalam bahasa Inggeris atau bahasa Kebangsaan. Tapi YB menteri lupa zaman sekarang ni google translate tu wujud :)

3. PAMPLET KERAJAAN BARU HARAPAN BARU
PENDIDIKAN CINA SEMAKIN HEBAT


 
Tak cukup dengan ceramah diedarkan pula sebuah risalah/pamplet dengan ayat-ayat propaganda perkauman.

Boleh rujuk gambar 4, dan tengok sendiri.

Berikut adalah 'roughly' terjemahan daripada pamplet tersebut, kalau ada kawan-kawan yang nak betulkan, dipersilakan.

Tajuk (Kotak merah):


KERAJAAN BARU HARAPAN BARU
PENDIDIKAN CINA SEMAKIN HEBAT

Perkataan dalam ketul emas (Kotak Hijau).

- Peruntukan kepada sekolah rendah Cina

- Peruntukan kepada sekolah menengah Cina persendirian

- Peruntukan kepada pusat pengajian pendidikan tinggi swasta (persendirian Cina)

- Peruntukan kepada sekolah menengah jenis kebangsaan (Cina)

*Kotak besar gambar tak clear, so tak leh translate.

Hmm..kenapa nak spesifik kepada kaum Cina sahaja? nak tunjuk yang DAP 'champion' kaum Cina ke apa?

Bukan DAP ni parti untuk semua? multiracial?Malaysian Malaysia? Hello?

Kalau ini bukan perkauman, tak tahulah apamende?

Sebagai kesimpulannya, bolehlah kita simpulkan bahawa despite DAP cuba membawa imej untuk semua rakyat Malaysia dan juga againts politik perkauman (communal) dihadapan audies Melayu dan India, akan tetapi dihadapan audiens Cina, mereka mengambarkan merekalah sebagai jaguh kaum Cina dan juga secara berselindung amat kerapa mengamalkan politik perkauman.

Jadi lepas ni, kalau DAP dan penyokongnya, atau khadam-khadamnya nak sembang acah-acah suci mengenai politik perkauman, mintak diludah secara berjemaah.

Sekian.
 

Rujukan.

[1] Manogaran says BN's 'Orang Asli' plan may backfire, cites 'kuih' analogy https://www.malaysiakini.com/news/459555

[2] Jika BN menang di CH, orang Bukan Islam tidak dapat jadi menteri, MP https://www.themalaysianinsight.com/chinese/s/128092

Khamis, 24 Januari 2019

Satu Mesin ATM, Jawapan Untuk Manogaran.

SOSMED | Semalam calon Pakatan Harapan di Cameron Highlands, Manogaran mempertikaikan Barisan Nasional kerana selama memerintah, hanya meletakkan satu mesin ATM di kawasan Jelai dan Koyan.


"Selepas 61 tahun, hanya ada 1 mesin ATM di kawasan Jelai dan Koyan. Susah untuk penduduk mengeluarkan duit dan menguruskan kewangan mereka. Jelas BN telah gagal menyediakan kemudahan asas yang sangat penting kepada pengundi di sini," katanya. 

Menurut Manogaran lagi, tindakan mempersoalkan mesin ATM itu adalah kerana atas permintaan penduduk sendiri.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Azri kemudiannya tampil menjawab kempen Manogaran itu.

KHAIRUL AZRI | "ATM.

1. ATM mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1967 dan diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1983.

Jadinya 61 tahun celah mana kalau sampai Malaysia pun pada 1983?

2. Katakanlah nak kira 61 tahun juga,

Daripada 61 tahun BN memerintah, lebih 1/3 daripadanya iaitu 22 tahun telah diketuai oleh orang no 1 PH, iaitu Tun M.

Nota kaki: Tun M berada di dalam UMNO sejak tahun 1946 sehinggalah 2016.

3. Secara amnya, tanggungjawab penyediaan mesin ATM adalah tanggungjawab bank berdasarkan kajian penggunaan mereka, bukan tanggungjawab kerajaan.

Untuk letak satu ATM, bank kena tengok akan jangkaan penggunaannya samada nak letak atau tidak ATM di kawasan itu, sebuah atau dua buah? menguntungkan atau tidak nak letak situ?

Selain itu, aspek keselamatan juga menjadi penyebab untuk penempatan mesin ATM oleh pihak bank. Penempatan bukanlah dilakukan secara semberono, untuk mengelakkan insurans tidak cover.

Akhir sekali, adalah bagaimana penggunaan ATM di kawasan berhampiran, di bandar atau kawasan terdekat sudah ada ATM ke belum? Penggunaannya macamana? banyak atau sikit?

Kesemua ini akan menentukan bank untuk membuat keputusan.

4. Kebanyakan penduduk yang duduk di Jelai dan Sungai Koyan adalah terdiri daripada peneroka FELDA, kalau ada Mesin ATM berpuluh-puluh buah pun, tapi orang FELDA tengah sakit harga buah sawit jatuh sampai bawah RM400/tan, BMT kena potong, elaun kena potong, nak cucuk bawak keluar apa kat ATM tu wahai encik Manogaran yang bijak bestari?

Nak keluar resit tengok baki yang tak bertambah-tambah ke mende?

Kalau Inilah level pemimpin PH yang dipertandingkan di CH, jenis pemimpin yang tidak ada economic sense, susun prioriti pun kelaut..

Abstrak lah senang cerita bak kata cikgu Zainulfaqar Yaacob, rasanya adalah sangai tak berbaloi untuk diangkat menjadi pemimpin mereka yang duduk di CH.

Sekian,"
katanya bagi membidas kempen Manogaran itu. - 24 Januari 2019.

NAFAS Bukan GLC, Lantikan Politik Wajar Supaya Selari Dengan Dasar Kerajaan.

Shahbudin Husin | NAFAS UMUM PELANTIKAN PENGURUS BESAR, PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH YANG BAHARU

Alhamdulillah, selepas tamat tempoh penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS, pagi tadi saya telah mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pengurusan yang baharu.

Saya berharap pengurusan NAFAS telah distruktur semula ini dapat memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

Kerajaan bersikap proaktif dan positif terhadap NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal - memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya.

Adalah diharap dengan pemilihan saf kepemimpinan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar.

YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Kedah.

Pagi tadi saya turut mengumumkan pelantikan enam orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019.

Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri.

Lima lagi AJP NAFAS ialah YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato' Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, YM Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Salahuhuddin Ayub

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 





Komen Blog - Ini adalah satu lagi tindakan terpuji daripada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


Sebelum ini, beliau juga membuat beberapa perlantikan daripada kalangan orang politik mengetuai agensi di bawah kementeriannya, antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Agensi di bawah kementerian bukanlah GLC. Oleh itu perlantikan ini sama sekali tidak bercanggah dengan manifesto PRU14. Agensi kerajaan memang perlu diterajui oleh orang politik dengan tujuan membawa suara dan kepentingan politik dalam agensi berkenaan.

Ia malah selari dengan kedudukan menteri sendiri sebagai orang politik. Hanya orang politik yang duduk di agensi yang boleh memudahkan lagi perlaksanaan agenda membantu rakyat sebagaimana kehendak menterinya berbanding jika diserahkan kepada golongan profesional.

Golongan profesional boleh diletakkan di peringkat perlaksanaan seperti Ketua Pengarah, Pengarah dan sebagainya.

Saya telah menulis sebelum ini berkenaan isu yang sama di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/ingatah-kepada-tun-mahathir-jangan-tak.html

Juga di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/jangan-sampai-orang-politik-jadi-mangsa.html

Selain itu, dengan memberi penghargaan kepada orang politik mengetuai agensi kerajaan juga mampu menguatkan lagi parti politik untuk berdepan cabaran lawan dalam pilihanray akan datang.

Orang profesional tidak terlibat dengan pilihanraya, kadangkala tidak peduli pun dengan remeh-temeh pilihanraya. Hanya orang politik yang bertungkus lumus dan bersusah payah memegangkan parti sehingga berjaya membentuk kerajaan.

Tiada salahnya memberi penghargaan kepada mereka.

Berbanding menteri-menteri lain, Salahuddin nampaknya paling ke depan dalam memberi penghargaan kepada orang-orang politik yang berkelayakan dan berkemampuan mengetuai agensi-agensi di bawah kementeriannya.

Syabas, tahniah serta pujian kepada beliau dan semoga menteri-menteri yang lain juga tidak takut melakukan perkara yang sama selepas ini, itu pun jika masing-masing mahu ada hati melihat Pakatan Harapan ini menang lagi dalam PRU15 akan datang.

Memahami Maksud Sepupu Altantuya Sahkan Melihat Gambar Mendiang Bersama Najib Razak.

SEMAKAN FAKTA | Nampaknya kedua-dua kem pro kerajaan dan pro pembangkang tidak memahami maksud sebenar laporan yang tersiar di portal-portal mengenai kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg yang dilaporkan telah mengesahkan melihat gambar mendiang bersama Najib Razak dan Razak Baginda.

Penjelasan ini hanya menyentuh mengenai salahfaham yang berlaku berikutan kegagalan sesetengah pihak memahami laporan berita yang tersiar dan tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa.

Semalam, ini situasi yang berlaku.

Pro kerajaan : Akhirnya sah, Najib kenal dan pernah jumpa Altantuya, gambar tu dah dibuktikan benar di mahkamah. Najib memang terlibat. Siapa kantoi menipu sekarang.

Pro pembangkang : Mula-mula cakap dah sahkan gambar lepas tu bila ditanya, dalam gambar tu Burmaa Oyunchimeg cakap bukan Altantuya pula, apa bodoh sangat berita neh? Kalau betul ada gambar tunjukla kat semua. Kenapa nak sorok-sorok?

HURAIAN.

1. Pertama sekali, laporan berita perlu dibaca sehingga habis dan dengan pemahaman yang betul.

2. Oleh kerana yang tular semalam ialah laporan dari Malaysiakini, maka petikan tangkaplayar hanya akan menfocuskan Malaysiakini sebagai sumber primer dalam penjelasan ini.

3. Lihat tangkaplayar;



- Burmaa memberitahu kepada mahkamah yang beliau pernah melihat gambar mendiang bersama Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, yakni Najib Razak.

- Burmaa tidak mempunyai gambar itu dalam simpanannya. Jika ada, pasti beliau akan membawa gambar itu bersama dan tunjukkan ke mahkamah.

- Apa yang berlaku ialah Burmaa pernah tengok gambar tu, Altantuya yang tunjukkan padanya, itu yang beliau katakan semalam. Samada kenyataan Burmaa itu fakta atau sebaliknya, itu mahkamah yang akan tentukan.

- Gambar itu dikatakan ditunjukkan kepada Burmaa ketika mendiang dan Burmaa berada di Mongolia. Altantuya memberitahu kepada Burmaa beliau ke Paris dengan Razak Baginda. 

- Dalam gambar itu ada tiga orang keseluruhannya, iaitu Altantuya, dan dua orang lelaki.

- Ketika ditanyakan siapa kedua-dua lelaki tersebut, mendiang menjelaskan seorang lagi ialah ahli perniagaan dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri (dengan menyebut kedua-dua nama mereka), dan Burmaa kemudiannya bertanya adakah kedua-duanya adik beradik kerana memiliki nama yang sama, Altantuya kemudiannya berkata tidak dan memberitahu mereka adalah rakan baik dan bekerja sama-sama. 

4. Lihat tangkaplayar yang seterusnya;




- Dalam keterangan seterusnya, ia merujuk kepada dua gambar yang berbeza.

- Gambar yang dilihat Burmaa tiada dalam mahkamah, ia hanyalah keterangan Burmaa semata-mata sebagai saksi pembelaan.

- Gambar yang lain ditunjukkan kepada Burmaa, gambar tersebut merujuk kepada gambar dibawah ini;


- Gambar di atas ini adalah gambar edit dan disahkan palsu dalam satu perbicaraan mahkamah yang melibatkan Tian Chua.

- Burmaa berkata wanita di dalam gambar itu bukanlah Altantuya.

- Beliau tidak mengatakan gambar yang ditunjukkan kepadanya fake ataupun sebaliknya. Hanya menjelaskan wanita yang berada dalam gambar tersebut, bukanlah Altantuya.

Kesimpulannya, 

- Cerita ini mengenai dua gambar yang berbeza.

- Burmaa tidak menunjukkan gambar yang pernah dilihatnya kepada mahkamah jauh sekali ada mengakui mempunyai gambar tersebut dalam simpanannya.

- Gambar yang dikatakan palsu itu adalah gambar yang pernah tular dahulu, bukanlah gambar yang Burmaa akui pernah melihatnya.

Ulasan.

Pada tahun 2013, kedua-dua suspek utama Azilah dan Sirul pernah dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.


Ia adalah sesuatu yang paling tidak masuk akal sama sekali. Seseorang telah dibunuh dengan kejam, dan suspek utama dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.

Disebabkan ia mencetuskan kemarahan orang ramai, rayuan dibuat sekali lagi dan akhirnya kedua-duanya dihukum gantung sampai mati.


Bagaimanapun Sirul berjaya melarikan diri ke luar negara semasa hukuman dijatuhkan dan Azilah kembali ke penjara semula. Untuk rekod, Sirul kini dalam tahanan pihak kerajaan Australia dan tidak boleh dibawa pulang kerana Australia tidak menyokong ektradisi pesalah yang dihukum gantung sampai mati.

Kes ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Macam-macam yang orang kata.

Oleh kerana Razak Baginda dikaitkan mempunyai hubungan erat dengan Najib Razak, maka siasatan pembunuhan Altantuya dianggap telah tercemar.

Ia diburukkan dengan dakwaan;

Rekod kemasukan Altantuya yang dipadamkan,
Motif pembunuhan tidak dinyatakan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan baru membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya dengan memastikan siasatan kali ini adalah benar-benar bersih dari tangan-tangan politikus dan campurtangan kerajaan.

Rakyat perlu tahu dari motif pembunuhan kepada apa hubungan sebenar mangsa dengan Razak Baginda dan bagaimana Najib boleh terkait dalam kes tersebut.

Sampai bila kita nak bergantung pada spekulasi-spekulasi sebagai hujah?

Mendiang perlu mendapatkan keadilan yang selayaknya, keluarganya perlu mendapatkan pembelaan yang sewajarnya dan rakyat Malaysia, mereka pun nak tahu apa yang betul dan apa yang tak betul. Rakyat juga perlu dihentikan dari bersembang merapu sepanjang masa. Sampai bila Altantuya ini perlu dijaja sebagai modal politik? Tidakkah 13 tahun sudah lebih dari mencukupi menyeksa (menjual) mangsa yang terkorban itu?

Kesemua pihak yang terlibat dalam kes perbicaraan itu masih hidup, belum terlewat untuk kerajaan menjalankan siasatan semula sekali lagi. Biar kali ini, kita bercakap berdasarkan fakta semata-mata. Kisah pembunuhan ini perlu ada garis penamatnya. - 24 Januari 2019.

Rujukan :  https://www.youtube.com/watch?v=BWMlgmXw3_A

https://www.malaysiakini.com/news/461330

Polis Serbu Firma Selepas Peguam Enggan Serah Dokumen Berkaitan Siasatan 1MDB.

LAPORAN | Polis hari ini dilaporkan mengeledah sebuah firma guaman Rahmat Lim & Patners kerana enggan bekerjasama dalam menyerahkan tiga buah dokumen berkaitan siasatan 1MDB ketika diminta berbuat demikian lapor The Edge.


Rahmat Lim dikatakan mewakili Goldman Sachs ketika bon dikeluarkan pada tahun 2012 dan 2013, dimana jumlah keseluruhan bon bernilai AS$ 6.5b.

"Polis berada disana sekarang selepas berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk tujuan pengeledahan selepas firma tersebut enggan menyerahkan dokumen berkaitan meskipun telah diminta oleh pihak polis," memetik sumber The Edge.

Sumber turut memberitahu, sebuah lagi firma guaman, Wong & Patners, yang mewakili syarikat pelaburan 1MDB telah menyerahkan dokumen seperti yang diarahkan oleh pihak polis. 

"Peguam tak seharusnya berfikir mereka layak untuk menahan dokumen berkaitan kes jenayah yang sedang disiasat," kata sumber itu lagi.

Untuk rekod, bulan lepas Goldman Sachs dan dua kakitangannya telah dihadapkan dengan pertuduhan jenayah berkaitan penyelewengan dana 1MDB. - 24 Januari 2019. 

Setelah Bertahun-Tahun, Akhirnya Najib Buka Cerita Isu Guan Eng Bela Mangsa Kes Rogol..

NAJIB RAZAK | Antara satu-satu propaganda yang sering diulang oleh MenHEN sebagai "bukti" bahawa anaknya bukan rasis ialah propaganda Guan Eng pernah "merentasi batasan kaum dan agama demi mempertahankan maruah seorang anak gadis Melayu Islam yang didakwa telah dirogol, sehingga akhirnya menyebabkan Guan Eng dipenjarakan selama setahun.



Sebenarnya, Guan Eng telah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan masa PM ke-4 berhubung dengan kesalahan mencetak dan mengedarkan berita palsu di bawah Akta Akhbar dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948.


Pada ketika Guan Eng didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, dia hanya didenda sebanyak RM 15,000 dan tidak perlu dipenjarakan.

Namun Guan Eng memfailkan rayuan tetapi pada masa yang sama dia berulang-kali mempersoalkan keputusan hakim-hakim tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah Rayuan akhirnya memutuskan hukuman penjara ke atas dia.

Hakim masa itu ialah Gopal Sri Ram yang juga merupakan pendakwa raya terhadap kes-kes saya kini.

Gopal dpetik telah mengeluarkan kenyataan ini masa hukuman penjara diputuskan:


"It is time that the court sends a clear message that it cannot tolerate any attack on the judiciary"

Jika diperhatikan, apabila Kit Siang mengulangi propaganda ini mengenai Guan Eng, Kit Siang tidak pernah menamakan siapa yang mereka tuduh sebagai perogol.

Ini ialah kerana lelaki yang dituduh sebagai perogol itu telah menyaman DAP atas fitnah tersebut sehingga menyebabkan DAP mengaku di mahkamah bahawa kesemua tuduhan tersebut tidak berasas. https://dapmalaysia.org/…/English/2003/oct03/bul/bul2287.htm

Saya rasa sekiranya orang yang Guan Eng tuduh sebagai perogol pada masa itu bukan pemimpin UMNO, sudah tentu isu ini tidak akan dibesar-besarkan oleh DAP ketika itu kerana ianya bukan lagi modal politik.

Cuba tanya Kit Siang, selain kes yang satu itu berapa lagi gadis Melayu Islam ataupun gadis-gadis muda dari apa jua bangsa dan agama yang juga dibela oleh Guan Eng selama ini?

Siapa lagi? MenHEN boleh jawab?

Dalam ingatan saya, tidak ada.

DAP tidak akan membuat sesuatu jika ianya tidak menguntungkan mereka dari segi politik ataupun propaganda.

Inilah permainan setiap hari MenHEN itu sejak 60 tahun dahulu. - 23 Januari 2019.


** Untuk rekod, MenHen ialah gelaran Najib kepada Lim Kit Siang yang membawa maksud Menteri Hal Ehwal Najib singkatannya ialau MenHen.

Rabu, 23 Januari 2019

Menteri PH Sekarang Boleh Batalkan Projek Tanpa Tahu Lokasi Kat Mana Ye..?

SOSMED | Itulah sindiran terbaru Najib Razak kepada kerajaan Pakatan Harapan.

"Baru tadi, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari DAP, mengumumkan projek Empangan Telom di Cameron Highlands telah dibatalkan.

Sudah tentu berita ini disambut baik oleh sebilangan pengundi-pengundi di sana yang membantah projek pembangunan ini yang menjanakan elektrik murah dan mengawal banjir.

Menteri juga dipetik bahawa kementeriannya membuat keputusan itu pada Oktober tahun lalu.

“Pada 30 Oktober, kita sudah ada satu mesyuarat [...] Dalam mesyuarat itu kita sudah putuskan Empangan Telom tidak dimasukkan dalam perancangan. Maksudnya kerajaan tidak akan membina empangan ini."

“Ini bukan kerana PRK sudah sampai, saya pun tidak tahu empangan ini di Cameron Highlands,”kata Yeo yang disambut tepukan gemuruh daripada kira 200 hadirin di perkampungan Orang Asli itu.

Menteri boleh batalkan projek untuk rakyat tanpa tahu lokasi di mana?

Ini batalkan projek sambil potong bawang ka?

Dan lebih "menyakinkan" lagi bahawa Menteri ini bukan menipu ialah beliau bisu mengenai pembatalan projek ini selama 3 bulan sebelum mengumumkan keputusan ini semasa di acara pengundi semasa kempen PRK.

Kebetulan teramat sangat.

Ada juga rakyat yang akan percaya DAP,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Kami mengambil inisiatif dengan menyemak kenyataan yang dilaporkan Najib Razak.

Semakan mendapati portal Malaysiakini yang melaporkan kenyataan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkenaan hal pembatalan projek empangan itu.


Pautan asal : https://www.malaysiakini.com/news/461371


Bagaimanakah satu-satu projek dibatalkan tanpa mengetahui lokasi asal ia dirancangkan?


Tidakkah menteri melakukan semakan dan pengesahan dengan meneliti kertas kerja dan melawat ke lokasi yang dinyatakan terlebih dahulu? Bagi memastikan keputusan membatalkan ia adalah perkara yang tepat dan bukannya sekadar 'hearsay' ataupun desakan oleh pihak tertentu.

Samada kerajaan membuat keputusan meneruskan atau membatalkan projek empangan tersebut, itu bukan isunya tetapi satu-satu menteri itu jika berbuat keputusan untuk membatalkan atau meneruskan mana-mana projek hendaklah ia mengetahui lokasi asal projek sedang/akan dijalankan dan tidaklah boleh sambil lewa membuat apa-apa keputusan tanpa mengetahui fakta asas seperti LOKASI. - 23 Januari 2019.

Bekas ADUN DAP Ditahan SPRM Kerana Buat Tuntutan Palsu.

MALAYSIAKINI | Seorang bekas wakil rakyat DAP di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan dijangka didakwa di mahkamah esok.

Menurut sumber bekas wakil rakyat itu ditahan berhubung dua kes tuntutan palsu melibatkan nilai kira-kira RM30,000.

Katanya terdahulu suspek yang berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam sebelum ditahan kira-kira jam 3 petang tadi.





"Kemungkinan dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok," katanya.

Difahamkan, bekas Adun terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana dipercayai membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015.

Program tersebut dikatakan tidak pernah dilaksanakan.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut. - 23 Januari 2019.

Propaganda Guan Eng Mengenai Defisit Pahang Terbongkar.

ABDUL RAHIM HILMI | DEFISIT : BIDASAN KE ATAS MENTERI KEWANGAN

Tengah hari semalam (22 Januari 2019), Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menyerang kedudukan kewangan Negeri Pahang di ambang PRK Cameron Highlands.[1] Secara prinsipnya, tindakan menggunakan medium suara kementerian bagi tujuan politik adalah sesuatu yang tidak dialu alukan di negara ini.


Pertama sekali yang perlu difahami, konsep belanjawan defisit ini tidak boleh dipandang dari sudut negatif semata mata. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Jomo Kwame Sundaram pernah menulis bahawa dalam keadaan meleset, kerajaan mesti berani menggunakan rizab tunai yang ada bagi meransang ekonomi melalui bajet defisit. Kerajaan tidak boleh terlalu terikat untuk mencapai bajet berimbang sahaja.

Kedua, hujah Kementerian Kewangan adalah sangat simplistik apabila mengatakan kerajaan Pahang tidak mampu membangunkan negeri kerana mengalami defisit terkumpul negatif RM228.37 juta bagi tempoh 4 tahun (2014 - 2017).[2]

Apakah YB Menteri tidak tahu bahawa defisit belanjawan Pulau Pinang bagi tahun 2019 sahaja adalah sebanyak RM 352.8 juta sementara defisit bagi tahun 2018 pula ketika YB masih bergelar Ketua Menteri adalah sebanyak RM 748.5 juta?[3]

Jumlah defisit terkumpul selama 2 tahun ini adalah kira kira 5 kali ganda daripada defisit terkumpul Pahang dalam tempoh 4 tahun.

Begitu juga dengan negeri Selangor. Bajet negeri Selangor pada 2019 dijangka mengalami defisit sebanyak RM360 juta [4] sementara defisit bagi tahun 2018 pula adalah sekitar RM820 juta. [5]

Bila Selangor dan Pulau Pinang nak bangkrap? Bagaimana Selangor dan Pulau Pinang nak membangunkan negeri kalau jumlah defisit bagi 2 tahun terakhir ini melebihi RM1 bilion?

Bagaimana?

Melalui kerajaan Persekutuan lah YB. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab dari segi perlembagaan untuk sama sama membangunkan negeri negeri sebagai ganti pemerolehan persekutuan dari segi pungutan cukai daripada rakyat di negeri tersebut.

Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab penuh daripada segi perlembagaan dalam apa apa isu melibatkan perdagangan, industri, kewangan, pengangkutan, perkapalan, kebajikan orang asli dan kerjaraya persekutuan / tenaga. Disamping itu kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan negeri apabila terdapat isu melibatkan perancangan bandar / desa, pengaliran/ pengairan dan pemulihan tanah lombong.

Dan berbanding dengan negeri negeri lain, Pahang telah berjaya mencatatkan bajet surplus (lebihan) bagi tempoh dua tahun berturut turut. Iaitu RM600 ribu untuk tahun 2018 [6] dan RM24.38 juta bagi tahun 2019 [7].

Kerajaan Persekutuan bagaimana pula? Berapa defisit bajet Persekutuan untuk tahun 2019 sahaja?

Ya RM52.7 bilion.[8]

Rujukan:

[1] Siaran media Kementerian Kewangan, 22 Januari 2019

[2] https://www.freemalaysiatoday.com/…/guan-eng-serang-rekod-…/

[3] https://www.bharian.com.my/…/pulau-pinang-bentang-belanjawa…

[4] http://www.astroawani.com/…/peruntukan-rm2-56-bilion-untuk-…

[5] https://www.freemalaysiatoday.com/…/azmin-umum-belanjawan-…/

[6] https://www.nst.com.my/node/305749/amp

[7] http://m.utusan.com.my/…/pahang-umum-belanjawan-lebihan-rm2…

[8] https://www.bharian.com.my/…/peruntukan-lebih-tinggi-untuk-…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...