Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 Januari 2019

Pembangkang Tanya Kenapa Kerajaan Potong Kos Makanan Pelajar Asrama.

Reezal Merican Naina Merican | Penjelasan Mengenai Pengurangan Kadar Makanan Seharian di SBP/Pengurangan Peruntukan Sekolah Berasrama - Langkah Penjimatan Yang Menghukum Pelajar Melayu/Bumiputera Cemerlang

1. Berita yang menyatakan bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan seharian di seluruh sekolah berasrama penuh (SBP) wajar diberikan penjelasan segera oleh Kementerian Pendidikan. Pengurangan peruntukan kepada RM14.50 daripada kadar asal RM18.00 seorang pelajar/sehari ini agak besar dan signifikan.


2. Pengurangan peruntukan kepada SBP dan sekolah berasrama ini boleh diibaratkan sebagai satu langkah yang ke belakang. Kita positif dan boleh bersetuju dengan usaha Kementerian Pendidikan membuka ruang lebih besar kepada pelajar kumpulan B40 - tetapi apa yang berlaku ini menunjukkan ikhtiar kerajaan yang tidak konsisten.

3. Ramai ibubapa khuatir dengan tindakan ini. Mereka cukup khuatir jika langkah ini memberikan kesan langsung kepada kualiti pendidikan di SBP dan sekolah berasrama lain. Pengurangan peruntukan mencecah RM100 juta ini dirasakan keterlaluan.

4. Ketika mana Kementerian Kewangan bersikap cukup pemurah dengan pusat pendidikan persendirian/kolej swasta; langkah untuk menurunkan peruntukan SBP ini seakan mempunyai motif yang tidak munasabah. Saya yakin, ada ruang penjimatan yang lebih wajar daripada menjadikan pelajar terbaik dihukum dengan cara begini.

5. Saya menaruh keyakinan bahawa Menteri Pendidikan dapat memperhalusi semula isu ini bersama Menteri Kewangan. Cari jalan yang lebih wajar dan munasabah. Jangan menjadikan pendidikan dan kelompok pelajar sebagai mangsa ikhtiar penjimatan kewangan yang keterlaluan.

6. Secara perbandingan, kos makanan seorang banduan di Malaysia mencecah RM35 hingga RM41 sehari. Ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Adalah sesuatu yang amat tidak wajar apabila kos pelajar cemerlang di sekolah berasrama - yang kosnya jauh lebih rendah mahu dipotong lagi oleh kerajaan. - 28 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...