Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Februari 2019

Ahli PPBM Lapor Polis Program "Selfie Bersama Najib" Di Langkawi Atas Alasan Keselamatan.

LAPORAN/BERNAMA| Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat lima laporan polis semalam terhadap program bekas perdana menteri Najib Razak atas kapasiti menjaga ketenteraman serta keamanan pulau peranginan ini.




 
Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith menegaskan Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya anggotanya membuat laporan polis tersebut.

"Saya percaya laporan polis itu dibuat atas kapasiti keselamatan. Kita tidak mahu pulau yang selama ini aman, berlakunya perkara yang tidak baik serta tidak diingini sebab kita melihat banyaknya agenda bersifat provokasi seperti penyebaran berita-berita tidak benar,” katanya.

Ahli parlimen Kuala Pilah itu berkata demikian kepada pemberita semasa hadir program ramah mesra bersama agensi KKMM di RTM Langkawi hari ini.

Eddin Syazlee yang juga merupakan anggota Bersatu berkata polis perlu menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.


Dalam perkembangan berkaitan, laporan polis mengenai program Najib Razak di Langkawi tular di laman sosial.

Laporan itu menyebut, program 'Selfie Bersama Najib' perlu disiasat samada memiliki permit ataupun tidak dan juga dibimbangi mengandungi unsur-unsur hasutan serta perkauman.

Najib dalam respon segera mempertikaikan tindakan pihak yang membuat laporan polis ke atas programnya.

"Buat "selfie" pun salah?

Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya?

Rileks-lah.

Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja.

Tahun lepas nak sekat saya main FB, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.

Apa lagi selepas ini?,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini. - 2 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...