Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Februari 2019

Najib Cari Mahfuz, Minta Jelaskan Kenapa Kos Pasang Kamera AES Di Zaman PH Lebih Mahal.

NAJIB RAZAK | Minggu ini, Menteri Pengangkutan dari DAP mengumumkan bahawa kerajaan PH akan menambah 11 lagi kamera AES di lebuhraya PLUS dengan kos RM200,000 setiap kamera.



Menteri juga tegas bahawa mereka tidak lagi memberi sebarang diskaun untuk saman trafik dan PDRM.

“Kalau pesalah ini nak marah Menteri Pengangkutan, marahlah. I don’t care, kata Menteri Pengangkutan.

"Saya Tidak Peduli",
katanya.

Maka, teringatlah saya pernah adanya seorang insan yang kini Timbalan Menteri di dalam kerajaan PH.

Insan ini dulunya presiden untuk Kempen anti saman ekor (KASE) yang konsisten menyerang sistem AES.

Pejuang berani mati mansuh AES.

Kerana dia kata AES tidak adil, hanya untuk memeras wang rakyat, menekan dan menzalimi rakyat yang semakin hari dihimpit kesempitan ekonomi.

Oleh itu, insan ini sering menyeru orang ramai untuk tidak bayar saman AES dan membuat demonstrasi.

Apabila kerajaan BN memberi jawapan di parlimen bahawa kos untuk membeli setiap kamera ialah RM170k, dia membuat sidang akhbar untuk menuduh kerajaan BN terlebih bayar 10 kali ganda untuk kamera-kamera ini.

Dia kata dia pernah mencari pembekal-pembekal kamera dari Amerika Syarikat dan Eropah dan mendapat maklumat bahawa kos sebenar hanya RM15 ribu setiap kamera.

Walaupun kerajaan BN dahulu menjelaskan bahawa kos setiap kamera termasuk kos untuk memasang, menyelenggara, latihan dan kos sistem, insan ini tetap tolak penjelasan kita dan tuduh kita rasuah.

Hari ini, Menteri Pengangkutan PH kata kos untuk setiap kamera ialah RM200,000 iaitu lebih mahal berbanding kos RM170,000 di bawah BN.

PH juga akan tambah lagi 11 kamera AES dan mereka tidak lagi memberi sebarang diskaun.

Dulu mereka sanggup berguling dan berdemo mendakwa kerajaan BN buat AES untuk menzalimi rakyat dan kita terlebih bayar 10 kali ganda untuk kamera.

Bersungguh-sungguh mereka perjuangkan untuk mansuhkan sistem AES.

Selepas jadi kerajaan, mereka tidak hapuskan AES.

Sebaliknya mereka tambahkan jumlah kamera AES dengan banyak.

Kini, Insan yang saya sebut tadi terdiam pula.

Apakah AES tidak lagi menekan rakyat, tidak lagi memerah duit rakyat dan menzalimi rakyat?

Bila BN buat, ianya zalim tetapi bila PH buat yang sama ianya bagus?

Secara jujur, saya masih percaya bahawa sistem AES dapat membantu untuk meningkatkan keselamatan jalanraya dan boleh menyelamatkan nyawa dari terkorban seperti yang digunakan di negara-negara lain di dunia.

Tetapi saya tidak senang hati bahawa PH telah menghasut, mempergunakan dan menipu rakyat selama bertahun-tahun tanpa sebarang rasa malu.

Mereka langsung tak kisah bahawa rakyat tidak suka ditipu berkali-kali.

Apabila saudara-saudari bayar saman nanti, sila beri sedikit peringatan kepada pejuang-pejuang yang pernah berguling-guling di atas jalanraya demi rakyat masa itu.

Ingat juga insan pengerusi KASE dan pejuang berani mati mansuh AES yang kini sudah jadi Timbalan Menteri.

Hello..hello...hello...

Kredit Video: NTV7 dan KiniTV

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...