Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Februari 2019

SKIM MYSALAM B40, Insurans Percuma Untuk Rakyat - Apa Yang Anda Patut Tahu.

POLISI | Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam dilancarkan kerajaan pada 24 Januari 2019 yang lalu.

Ia pertama kali disebut oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan bajet 2019 pada tahun lepas.


Tujuan SKIM MYSALAM : Memberikan perlindungan insurans percuma kepada golongan B40. Golongan B40 ialah satu kategori yang mana pendapatan isi rumah dibawah RM3,860 sebulan.


Kelayakan : Semua penerima BANTUAN SARA HIDUP 2019 yang diluluskan kerajaan, yang berusia paling kurang 18 tahun hingga 55 tahun secara automatik dianggap penerima skim MYSALAM bersama pasangan mereka.

Manfaat;

👉 Melindungi sehingga 36 jenis penyakit kritikal. Iaitu;

  • Alzheimer / gangguan kemerosotan otak organik tidak boleh pulih;
  • Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama;
  • Meningitis bakteria;
  • Tumor otak benigna;
  • Buta/hilang penglihatan sepenuhnya;
  • Pembedahan otak;
  • Kanser;
  • Kardiomiopati teruk dan anemia aplasia kronik;
  • Koma;
  • Pembedahan pintasan bagi penyakit arteri koronari;
  • Kepekakan / hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih;
  • Ensefalitis/encephalitis;
  • Kegagalan hati tahap akhir;
  • Penyakit paru-paru;
  • AIDS peringkat teruk;
  • Hepatitis virus fulminan;
  • Serangan jantung dan pembedahan injap jantung;
  • HIV akibat transfusi darah;
  • Kegagalan buah pinggang–dialisis atau pemindahan buah pinggang;
  • Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari);
  • Hilang pertuturan;
  • Trauma kepala utama;
  • Pemindahan organ utama/ sum;
  • Penyakit neuron motor;
  • Sklerosis berbilang;
  • Distrofi otot dan kelumpuhan/paraplegia.
  • Penyakit parkinson;
  • Hipertensi arteri pulmonari primer;
  • Penyakit arteri koronari lain yang serius;
  • Strok;
  • Pembedahan aorta;
  • Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis (SLE) dan pelecuran tahap ketiga.



👉 Menerima dua jenis manfaat.

👉 Yang pertama, layak menerima bayaran tuntutan sehingga RM8,000 secara one off.  

👉 Yang kedua, mendapat elaun HOSPITAL HARIAN sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setiap tahun jika menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan bagi meringankan beban pesakit akibat kehilangan pendapatan kerana perlu bercuti.

👉 Ini bermakna setiap pesakit yang layak boleh membuat tuntutan ELAUN HARIAN sehingga RM700 setahun.

👉 Secara amnya, semua hospital kerajaan tertakluk atas skim ini.

👉 Portal MySalam akan dilancarkan pada 1 Mac 2019. Portal atas talian boleh digunakan untuk tujuan;

- Semak kelayakan
- Semak senarai hospital kerajaan
- Semakan tuntutan
- Butiran skim
- Mendapatkan maklumat lanjut
- Manfaat yang diterima
- Soalan lazim

👉 Bayaran perlindungan akan dibayar secara terus dengan cara memasukkan jumlah tuntutan ke dalam akaun bank penerima.

👉 Skim ini telah pun beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2019.

👉 Tuntutan boleh dibuat bermula Mac 2019, sebaik sahaja portal dilancarkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...