Sabtu, 2 Februari 2019

Batal Saman Sarawak Report, Reaksi Ahli, Penyokong PAS Berbelah Bahagi.

LAPORAN | Tindakan membatalkan saman PAS ke atas Sarawak Report mendatangkan pelbagai reaksi netizens yang menyokong PAS.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman hari ini membuat pengumuman bahawanya PAS bertindak membatalkan saman ke atas Sarawak Report selepas keduanya bersetuju menyelesaikan hal itu diluar mahkamah.

"Setelah YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division) seperti berikut:


1. YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menarik balik Tuntutan (claim) terhadap Defendan;

2. Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik Tuntutan Balas (counter claim) terhadap YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

3. Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan

4. Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,"
katanya dalam kenyataan itu.


Penyumbang dan penyokong PAS yang memberikan pelbagai bantuan termasuklah kewangan selama ini turut dihargai dalam ucapan terima kasih.

"Seterusnya YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini," katanya lagi.

Di laman sosial meskipun rata-rata penyokong PAS menzahirkan sokongan padu di atas keputusan yang dibuat itu namun sesetengahnya masih mahukan penjelasan.

Kalau diteruskan memerlukan kos dan masa panjang, saya percaya Tuan Guru 100%...

 
Kenapa tiada permohonan maaf..?


Dah jadi bola tanggung..


Tak setuju, kena terangkan secara terperinci..


 
Geram betul PAS kini diserang penyokong PH..

 
Untuk rekod, PAS sebelum ini bertindak menyaman editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown kerana membuat dakwaan parti itu menerima jutaan ringgit yang berpunca dari wang penyelewengan 1MDB dan sekaligus dianggap telah menjadi kroni kepada Najib Razak. - 2 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...