Terdahulu, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan media mengenai isu projek TRX yang berada dibawah kendalian Kementerian Kewangan. Projek TRX akan diteruskan setelah mengambilkira kos yang telah dibiayai oleh kementerian itu setakat ini lapor kenyataan media itu.
Kenyataan media itu dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina.
Guan Eng kemudiannya dikritik kerana mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa cina - sesuatu yang dikatakan jarang dilakukan oleh kerajaan BN.
Guan Eng kemudiannya mempertahankan tindakannya dengan mengeluarkan satu kenyataan mengenainya malam tadi. Tetapi sesuatu yang aneh - ianya hanya dalam bahasa cina! Ia membuatkan netizens bertambah marah dan geram kerana ramai dari kalangan netizens tidak memahami kenyataan pembelaan itu!
Bagaimanapun tinjauan mendapati sesetengah netizens tidak memahami isu yang menjadi polemik dalam post berkenaan.
Ada yang beranggapan kenyataan Guan Eng dalam bahasa cina itu setelah disusuli bahasa melayu dan bahasa inggeris sebelumnya.
Bagaimanapun itu tidak berlaku. Apa yang menjadi pertikaian ialah;
i) kenyataan media TRX dikeluarkan dalam 3 bahasa pada 21 Jun yang lalu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bahasa melayu dan inggeris tetapi atas dasar mahu semua media memahami konteks yang ingin beliau sampaikan, maka kenyataan media dalam bahasa cina turut dikeluarkan selepas itu.
ii) Guan Eng kemudiannya dipertikaikan kerana mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa cina.
iii) Bagi mempertahankan tindakannya itu, Guan Eng kemudiannya membela dirinya di halaman Facebook rasminya (rujuk gambar).
iv) Namun kenyataan pembelaan Guan Eng itu hanya disiarkan dalam satu bahasa, satu versi - yang akhirnya dianggap ramai pihak merupakan satu tindakan balas dari Guan Eng untuk troll, sindir ataupun memerli pihak yang menyerangnya berhubung isu kenyataan media bahasa cina.
v) Dalam kenyataan pembelaan itu, Guan Eng menjelaskan, perlembagaan membenarkan dirinya menggunakan bahasa lain selain dari bahasa melayu dan haknya itu dijamin.
Guan Eng juga menjelaskan beliau mengeluarkan kenyataan media isu TRX dalam 3 bahasa dan tidak akan tunduk ke atas desakan pihak rasis yang menyerangnya dalam isu tersebut.
Guan Eng juga memberitahu meskipun beliau menggunakan bahasa cina, kecintaan dan sayangnya pada negara tidak akan berkurangan mahupun luntur sedikitpun. Malahan beliau akan tetap meneruskan amalan mengeluarkan kenyataan media bahasa cina apabila ianya diperlukan untuk media cina samada siaran antarabangsa mahupun media tempatan, sesuai dengan permintaan ketika itu.
Pihak kami berpendapat Guan Eng perlu mengeluarkan kenyataan pembelaan dalam bahasa yang mampu difahami oleh semua pihak bagi mengendurkan suasana yang keruh dan bukannya 'memerli' bagi menambahkan kontroversi. - 25 Jun 2018.