Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Jun 2018

PPBM Perlu Berhenti Terima Kemasukan Ahli Lompat Dalam Parti..

Oleh : Wan Fayhsal

PPBM PERLU "COOLING OFF PERIOD"

Tak sampai seratus hari, BN sudah pun berpecah dan sesetengah bekas ahli UMNO sudah bertempiaran lari mencari suaka politik. Sudah tentu destinasi paling mudah adalah PPBM.

Kita memahami keperluan PPBM memperkukuhkan parti dengan pengambilan ahli baru khususnya mereka yang pernah ada dalam UMNO akan tetapi biarlah ianya dijalankan dengan beretika dan adab politik yang luhur.



Kemasukan bekas ahli UMNO yang dakwat hitam masih tidak lekang ke dalam PPBM buat masa ini adalah kesikapan taktikal yang boleh (1) mencoreng imej PPBM sebagai parti yang bermaruah dan (2) melemahkan keutuhan Pakatan Harapan.

Ianya menghantar isyarat yang negatif kepada rakyat khususnya kepada ahli PPBM yang berjuang jiwa, raga malah nyawa (al-fatihah kepada Din Turle, Datuk Masiyon, Datuk Badil, Tan Sri Sanusi) jauh sebelum tertubuhnya PPBM itu sendiri.

Malah sesetengah daripada mereka yang meloncat ini pernah bermati-matian pertahankan salah laku Najib Razak. It is an insult to the Malays and Malaysians at large.

Tidak kisahlah yang nak dibawa masuk itu ahli parlimen, anak bangsawan politik Melayu, sepatutnya ianya ditapis dan dimurnikan cadangan keanggotaan mereka terlabih dahulu. Perlu ada "cooling off period" antara UMNO dan PPBM.

Gagal berbuat demikian kita akan saksikan "internal rebellion" dalam PPBM dikalangan ahli dan aktivis lama dan ini akan merumitkan lagi usaha membina parti yang asas idealismenya masih rapuh.

Saya difahamkan profesional Melayu lebih ramai mengisi borang keahlian Amanah buat masa ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...