Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Jun 2018

ECRL Milik Kroni Mahathir? - Ini Penjelasan Untuk Semua Pihak.

Peguam, Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan juga aktivis mesra Pakatan Harapan, Syahredzan Johan hari ini membidas pandangan sesetengah pihak yang mendakwa Mahathir cuba membawa kembali era kroni kapitalis disebabkan Tan Sri Vincent Tan telah membeli saham T7 Global Berhad pada 15 hingga 17 Mei lepas. 

Membetulkan tanggapan sesetengah pihak, Syahredzan menjelaskan beberapa kekeliruan yang wujud disebabkan dakwaan liar itu.


"Ada percubaan untuk mewujudkan persepsi bahawa ECRL diteruskan selepas Tan Sri Vincent Tan, yang dikatakan ‘kroni’ Tun Mahathir telah membeli saham 5.04 peratus saham T7 Global Berhad melalui 3 transaksi pada 15-17 Mei 2018. Kemudian dikatakan, TS Vincent kini mengaut untung apabila saham T7 menaik nilainya.

Paksi pada persepsi ini adalah kononnya TS Vincent kini ‘memiliki’ salah satu kontraktor ECRL selepas PH ambil alih kerajaan. Kononnya, ia telah diberikan kepada ‘kroni’ PM. ‘Crony capitalism’ kembali!, jerit pengguna Twitter @TheDukeofKL

Tetapi jika betul-betul dikaji, sebenarnya T7 ini belum lagi dilantik menjadi kontraktor untuk ECRL pun. Apa yang berlaku pada bulan Mac 2018 adalah T7 telah memasuki suatu memorandum kesefahaman dengan syarikat kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) dan CMC Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera untuk mewujudkan konsortium untuk dapatkan projek ECRL (bid) dan hanya untuk jajaran Terengganu.

Yang penting sekali, konsortium ini belum lagi dianugerahkan untuk melaksanakan apa-apa projek untuk ECRL. Jadi dari mana datangnya yang dikatakan bahawa TS Vincent Tan, melalui T7, sudah diberikan projek ECRL?

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS keluarkan kenyataan mempersoalkan perkara ini. Ada baiknya sebelum keluar kenyataan, periksa dahulu dengan Kerajaan PAS Terengganu sama ada konsortium tersebut sudah diberikan kontrak atau tidak. Dan jika benar khuatir bahawa ia akan pergi pada kroni, batalkan sahaja Memorandum Kesefahaman tersebut.

Di samping itu, jangan lupa bahawa PM angkat sumpah pada 10 Mei, malam. Dan selepas itu begitu banyak perkara yang berlaku seperti pelantikan Council of Eminent Persons, pembentukan Jemaah Menteri dan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sempatkah, di antara 11 hingga 15 Mei, PM semak semula ECRL, bagitahu TS Vincent Tan untuk beli saham T7? Ada keraguan di situ.

Selepas kemenangan PH, PM tidak pernah kata secara terus terang bahawa ECRL akan dibatalkan. Semua kenyataan Kerajaan adalah bahawa mereka akan kaji semula, sehinggalah baru-baru ini Menteri Kewangan kata ia akan diteruskan tetapi akan dibincang semula mengenai kos. Jadi bukanlah tukar pendirian selepas TS Vincent beli saham T7.

Berkenaan dengan kos yang kononnya sudah naik ke RM70b, sebenarnya itu statement Tun Daim bahawa kemungkinan kos ECRL adalah lebih tinggi daripada RM55b yang dinyatakan oleh Kerajaan dahulu. Menteri Kewangan juga kata akan bincang semula. Jadi mana datangnya kos yang tiba-tiba jadi lagi tinggi?

Kita sentiasa kena berjaga-jaga sekiranya Kerajaan ini melakukan seperti Kerajaan sebelum ini. Tetapi, yang tiada isu, jangan dijadikan isu,"
katanya dalam kenyataan itu.


Tun Mahathir sebelum ini dikecam hebat oleh netizens berikutan pengumuman kerajaan Pakatan Harapan untuk meneruskan projek ECRL dan ianya didakwa ada kaitan dengan tindakan Tan Sri Vincent Tan yang membeli saham T7 Global Berhad sebanyak 5.04%. 

Di laman sosial beberapa pihak menyebarkan dakwaan kononnya Tan Sri Vincent Tan adalah kontraktor utama ECRL dan pemilik baru kepada projek itu dengan pemilikan saham melebihi 50%. Semakan mendapati dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali. 

T7 Global Berhad membida projek ECRL untuk laluan Terengganu, laporan 15 Mac 2018 sebelum pilihanraya : http://www.thesundaily.my/node/532900

16 Mei 2018, Tan Sri Vincent Tan beli saham T7 Global Berhad sebanyak 21 juta saham persamaan 5.04% kepentingan :  http://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-emerges-t7-globals-substantial-shareholder

Pada 14 Mac 2018, MoU antara T7 Global, CMC, EPIC dimeterai. EPIC ialah anak syarikat Terengganu manakala CMC ialah syarikat bumiputera tempatan. Ketiga-tiganya memeterai MoU untuk menubuhkan konsortium bagi mengambil bahagian dalam projek ECRL di jajaran Terengganu.

MoU itu juga membatalkan MoU lama dengan syarikat China, CSCEM. Malahan MoU baru tidak melibatkan syarikat dari China.

Rujukan : http://www.theedgemarkets.com/article/epic-cmc-t7-global-sign-new-mou-ecrl-project-chinese-firm-excluded

Pada 8 Jun 2018, Awani memetik pandangan peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin isu projek HSR dan ECRL. Kenyataan itu bertajuk : Keputusan batal HSR dan ECRL adalah wajar. Sesetengah pihak membacanya sebagai keputusan kerajaan Pakatan Harapan namun ia sebenarnya hanyalah pandangan peribadi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya keputusan rasmi kerajaan.

Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-batal-hsr-dan-ecrl-adalah-wajar-177627

Diharapkan dengan penjelasan ini beberapa salah faham telah dibetulkan. - 25 Jun 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...