Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Jun 2018

Negara Ekonomi Caca Marba Mampu Beri Geran Ratus Juta Pada Negeri Terkaya Ye Azmin - Syahir.

Oleh : Syahir

“The whole economy is a mess,” said Azmin Ali, the new minister of economic affairs, who was formerly chief minister of the state of Selangor, which surrounds the capital Kuala Lumpur. “I’m moving from the richest state in Malaysia to a bankrupt nation so it’s a major challenge for me to chart new policies.”

Ini apa yang Azmin Ali bekas Menteri Besar Selangor kini Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia cakap kepada suratkhabar berpengkalan di United Kingdom Financial Times dua minggu lepas.

Azmin cakap ekonomi negara semuanya dalam keadaan caca marba. Dia juga cakap dia berpindah dari negeri yang paling kaya dalam Malaysia (Selangor) ke negara yang bankrap.

Azmin lupa Selangor sebenarnya negeri paling kaya dalam Malaysia sejak sekian lama, sebelum 2008 lagi Selangor memang negeri paling maju, paling kaya, penyumbang terbesar KDNK negara.
 

Azmin lupa kekayaan Selangor disumbangkan oleh kedudukan ibu negara Kuala Lumpur dan juga pintu masuk udara (KLIA), laut (Port Klang) yang terletak di dalam Selangor sejak sekian lama. Kerajaan mana yang bina KLIA? Kerajaan mana yang bangunkan Port Klang?

Azmin lupa projek infrastruktur awam LRT, MRT dan banyak lagi yang menyumbang kepada kerancakan aktiviti ekonomi di Selangor dibina oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Itu tidak termasuk projek pemindahan air mentah Pahang - Selangor, projek Langat 2 yang semuanya dibiayai Kerajaan Persekutuan.

Setiap tahun semua Kerajaan Negeri dalam Malaysia menerima geran tahunan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini termasuklah Kerajaan Negeri Selangor yang menerima lebih RM700 juta setahun iaitu penerima ke-4 tertinggi selepas Sabah, Sarawak dan Johor. Pada tahun 2016 Kerajaan Selangor menerima RM761.8 juta geran untuk penyelengaraan jalan, PBT, bil lampu jalan dan lampu isyarat, perpustakaan dan muzium negeri.

Ini tidak termasuk peruntukan untuk projek-projek pembangunan setiap tahun untuk Selangor dengan purata siling peruntukan RM2.5 bilion setiap tahun.

Hairan bagaimana sebuah negara yang bankrap boleh beri geran mengurus dan peruntukan perbelanjaan pembangunan setiap tahun kepada negeri paling kaya dalam Malaysia.

Negeri paling kaya, terima peruntukan untuk baiki jalan, selenggara lampu isyarat daripada negara yang bankrap. Ajaib.

Rujukan:

1. Malaysia’s new government struggling to clean up economic ‘mess’ - Financial Times: https://ft.com/content/4fb6269c-696b-11e8-8cf3-0c230fa67aec

2. Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri 2016 - Perbendaharaan: http://treasury.gov.my/…/maklumat_baj…/2018/LAMPIRAN%20E.pdf

3. Siling Peruntukan RMK-4 hingga RMK-11 - Unit Perancang Ekonomi: https://www.dropbox.com/…/SILING%20PERUNTUKAN%20RMKe-4%20HI…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...