Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Jun 2018

Menteri MoF Sebenarnya Tak Faham Perlembagaan Isu Bahasa, Ini Jawapan & Bukti Untuk Guan Eng.

Oleh : Madi Azmadi
 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan keputusan mengeluarkan siaran media MOF dalam tulisan Cina atas semangat Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana tiada seorang pun yang boleh melarang/menghalang penggunaan bahasa lain.



Kalau dibaca Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(1)(a) ayat penuhnya adalah;

"Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain".

Perihal Bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 tidak terhad hanya kepada 152(1). Perkara 152 perlu dibaca secara menyeluruh. Bukan sekadar cherry-pick.



Dalam Perkara 152(1)(a) mengandungi ayat 'selain bagi maksud rasmi'. Kalau disambung bacaan, Perkara 152(6) dengan jelas menyatakan;

"Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam".

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca secara keseluruhan, bukan sekadar Perkara 152(1). Sambungannya panjang sehingga Perkara 152(6) yang menjelaskan maksud 'selain bagi maksud rasmi'.

 
* Ini bukan soal perkauman. Ini soal bila Lim Guan Eng cherry-picked Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan tindakannya. Tidak langsung mempersoalkan pengunaan bahasa lain selain bahasa kebangsaan.

** Tambahan : Akta Bahasa Kebangsaan tak larang penggunaan bahasa lain. Itu kita perlu bersetuju, tiada bantahan. Sekali lagi ditekankan, yang dibantah bila cherry-picked Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa undang-undang mesti dibaca secara menyeluruh. Bukan ambil separuh, buang separuh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...