Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Mei 2018

Ini Penjelasan Rafizi Kepada Netizens Dan Semua Pihak Yang Mengkritiknya Konon Gilakan Jawatan Kementerian Kewangan.

Naib Presiden Keadilan, Rafizi Ramli yang dikritik hebat netizens dan pelbagai pihak lain berikutan mengeluarkan kenyataan yang menyanggah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed melantik tiga menteri kabinet baru tanpa berbincang dengan pimpinan PKR tampil menjawab kecaman tersebut di Twitternya malam tadi.


Memulakan bicara, Rafizi berkata semua pihak tidak seharusnya bersikap taksub. Rafizi juga berkata laporan Sin Chew yang mendakwa beliau mahukan jawatan Menteri Kewangan adalah merupakan satu fitnah dan akhbar itu akan disaman olehnya. 

Rafizi juga menolak dakwaan yang beliau mahukan sebarang jawatan di dalam kerajaan baru sebaliknya menjelaskan beliau pernah memberitahu kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah yang beliau tidak mahu sebarang jawatan andai Pakatan Harapan berjaya menjadi pemerintah kelak.

Selain itu, Rafizi juga mahu semua pihak yang mengkritiknya tidak menghina dirinya. Sungguhpun dirinya tidak kisah kepada kritikan namun tidak perlulah sampai ke tahap melakukan hinaan.

"Saya baca semua maki hamun rakyat Malaysia yang sedang di awangan kerana baru buang BN. Saya akan jawab semua maki hamun ini dan semua surat terbuka esok. Jangan taksub. Jangan cepat lupa bahawa bila tiada yang berani menegur, kita kembali ke zaman BN. 

Ada laporan Sinchew yang kata saya bantah kerana saya mahu jadi Menteri Kewangan. Saya dah nyatakan sejak setahun lalu kepada @drwanazizah @anwaribrahim @n_izzah yang saya tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan. 

Laporan Sinchew itu satu fitnah & saya akan saman. Ini jawapan-jawapan saya.

Saya mulanya tidak mahu menjawab kerana saya ingin proses melantik jemaah menteri diselesaikan dahulu esok, tetapi nampaknya ada banyak juga yang feed maklumat tidak betul kepada media hingga dibuat berita begini. Maka kena jawab.

Kalau saya mahu jadi menteri, caranya saya cium tangan pimpinan termasuk @chedetofficial @anwaribrahim bukan menegur. 

Kalau saya mahu jadi menteri, saya tidak ambil risiko sehingga dipenjara 4 tahun. Kritikan terhadap saya itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina. 

Sebab itu dari 2 tahun lalu, bila saya tubuhkan @invokemalaysia untuk bantu calon-calon PH menang PRU14, saya sudah maklumkan : SAYA TIDAK AKAN TERIMA SEBARANG JAWATAN KERAJAAN SELEPAS MENANG PRU14," katanya dalam satu kenyataan di Twitter. 

Menurut Rafizi mesyuarat pertama mengenai pembahagian portfolio dilakukan pada hari jumaat namun Pakatan Harapan tidak dapat membuat keputusan.

Perkara itu kemudiannya dibawa ke hari sabtu untuk perbincangan lebih lanjut dan PKR mahu Anwar dilibatkan dalam perbincangan tersebut selaku Ketua Umum kepada Pakatan Harapan dan PKR namun malangnya perkara itu tidak berlaku seperti yang diharapkannya.  

Rafizi turut menjelaskan kenyataan media yang dikeluarkan bukanlah merupakan kenyataan peribadi darinya sebaliknya ia adalah kenyataan yang mewakili KEADILAN.


Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dipetik sebagai berkata menafikan PKR memboikot tindakan Mahathir menamakan 3 menteri kanan dalam kabinet baru dan menjelaskan kenyataan Rafizi itu sebenarnya tidak mewakili KEADILAN.

"Sebab itu saya bebas keluarkan kenyataan bagi pihak parti kerana org lain terikat. Mesyuarat pertama mengenai portfolio dibuat pada hari Jumaat antara @chedetofficial @drwanazizah @cmlimguaneng Mat Sabu. 

Tiada persetujuan dan perbincangan sepatutnya bersambung hari Sabtu. KEADILAN minta perbincangan turut melibatkan @anwaribrahim - dia Ketua Umum PH & PKR. Permintaan KEADILAN agar @anwaribrahim dilibatkan, tidak kesampaian. 

Sedang pimpinan KEADILAN menunggu di Hospital Rehabilisasi Cheras, ketika itu pengumuman dibuat walaupun tanpa penyertaan pimpinan KEADILAN. 

Selepas itu baru @cmlimguaneng @chedetofficial datang bertemu DSAI. Kenyataan yang saya keluarkan itu adalah kenyataan pendirian @KEADILAN bukan kenyataan peribadi saya," katanya. 

Rafizi juga berkata beliau satu-satunya pemimpin yang tidak akan terikat dengan jawatan kerajaan oleh sebab itu beliau bebas melakukan kritikan dan mempersoalkan perkara itu di laman sosial.

"Oleh kerana saya satu-satunya pimpinan kanan yang tidak akan menyertai kerajaan (lalu tiada conflict of interest), sebab itu ia dikeluarkan oleh saya.

Persoalan bawa isu ini dahulu dalam mesyuarat tidak timbul, kerana mesyuarat yang melibatkan penyertaan @anwaribrahim itu tidak berlaku. 

Oleh kerana ia diumumkan tanpa dirundingkan dengan @KEADILAN, adalah terlambat untuk dimaklumkan di dalam mesyuarat. Selebihnya saya akan terangkan secara panjang lebar esok secara bertulis. 

Kalau semasa BN dulu, bila @chedetofficial menimbulkan isu di luar, cara penyokong BN menghentam beliau ialah dengan suruh bawa isu ikut saluran. Kini ayat yang sama dibawa penyokong-penyokong Kerajaan PH. Berhati-hati," katanya. 

Rafizi juga menjawab tuduhan kononnya beliau bukannya Ahli Majlis Presiden Pakatan yang mana tidak tahu perkembangan dan keputusan semasa parti.

"Saya adalah ahli Majlis Presiden Pakatan dari 2010. Malah saya yang mengaturkan penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015. Nak maki boleh, tapi biar fakta tu betul. Saya bukan MP sebab saya dijatuh hukuman penjara kerana lawan @NajibRazak," katanya ketika membetulkan sesetengah netizens yang menyebarkan maklumat tidak benar tentang dirinya. 

Rafizi juga mahu minda rakyat terbuka dan bebas serta tidak lagi membawa budaya lama yang pernah berlaku di dalam kerajaan Barisan Nasional.

"Ramai yang merayakan kerajaan baru yang bebas tetapi tidak bebas dari minda tahap lama semasa di bawah BN dulu. Sebab itu saya ulang berkali-kali dalam semua ceramah: saya tidak bimbang PH akan menang. Saya bimbang bila menang itu tidak membebaskan minda rakyat," jelasnya lanjut. - 14 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...