Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 April 2018

Hati Bonda Bagai Ditembak Tepat Ke Jantungnya Kerana 'Kemalangan' 2 Hari Lepas, Kata Nik Abduh. #GE14

Selepas dua hari, Nik Abduh calon PAS di Bachok akhirnya buka mulut mengenai tindakan abangnya Nik Omar yang bertanding di DUN Chempaka atas tiket Amanah dalam pilihanraya umum ke 14.


Pada sabtu penyokong PAS dan Amanah menerima kejutan apabila Husam Musa mengumumkan DUN Chempaka ditandingi oleh Nik Omar yang juga anak kedua kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, bekas Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun.

Gambar-gambar Nik Omar menyerahkan borang pencalonan atas tiket Amanah - Pakatan Harapan menjadi tular di laman sosial. Serentak dengan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kemudiannya memecat Nik Omar sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta kerana bertanding melawan parti.

Nik Omar juga dikecam bertubi-tubi oleh penyokong PAS dan anak Nik Omar juga meluahkan kekecewaannya apabila melihat bapanya diserang hebat oleh netizens yang menyokong PAS.

Baca : Luahan sayu anak Nik Omar

Gila kuasa, derhaka pada ibu, iman tak dapat diwarisi antara tuduhan yang dilemparkan ke atas Nik Omar yang memilih untuk bersama Pakatan Harapan bagi mengalahkan kerajaan PAS dan parti BN di Kelantan.

Nik Abduh yang mendiamkan diri selama dua hari akhirnya membuka bicara mengenai hal itu dalam satu kenyataan di Facebook petang tadi.

Menurut Nik Abduh 'kemalangan yang berlaku pada dua hari lepas' adalah sesuatu yang tidak dijangka.



Ibunya kata Nik Abduh lagi kini sedang berehat selepas terluka ditembak tepat ke jantungnya yang membayangkan Nik Omar adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan ibu mereka kesedihan dan kecewa kerana Nik Omar memutuskan menentang PAS di Kelantan.

Dalam pada itu, Nik Abduh turut menjelaskan yang ibunya akan turun berkempen di Chempaka bagi memenangkan PAS selepas Nik Omar memutuskan untuk melawan PAS di sana. 

Nik Abduh turut berkata sehingga kini Nik Omar masih lagi belum pulang ke rumah ibunya. Dan menyeru agar Nik Omar bersegera berjumpa dengan bonda.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Abduh;

Oleh : Nik Abduh 

Daripada Kami Sekeluarga
 
Insya Allah, bonda kami Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak akan turut berkempen di DUN N06 Chempaka dan Parlimen P020 Pengkalan Chepa bagi memenangkan calon PAS, al Fadhil al Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood dan al Fadhil al Ustaz Ahmad Marzuk bin Shaari.

Bonda asalnya akan hanya menumpukan kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatannya yang sedikit membataskan pergerakannya, selain mengukuhkan lagi pengenalannya bersama jentera PAS dan rakyat di Bachok, tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat PAS di sana.

Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan kepada jentera PAS di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya di atas kemalangan yang berlaku pada 2 hari lepas. Ia sesuatu yang amat sukar.

Bonda kini memilih untuk berehat beberapa hari bagi merawat luka hatinya yang dalam akibat tembakan yang dilepaskan semenjak lebih 30 tahun lepas oleh seorang lelaki bernama Ikram. Dua hari lepas, tembakan itu tepat singgah ke jantung bonda.

Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung oleh bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir lebih 15 tahun lepas apabila salah seorang anaknya di-ISA-kan. Tun dan Ikram itu hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS.

Oleh kerana kekanda saya al fadhil al ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz belum balik ke rumah bonda, suka saya menasihati dan menyarankan beliau untuk merujuk kepada kisah agung seorang khalifah Islam yang sah dibai'ah oleh umat Islam selepas kematian Yazid bin Muawiyah iaitu al sahabiy al 'Aa'iz bil Bait Abdullah Ibn al Zubair radhiaLlahu anhuma.

Hayati bait-bait penuh air mata antara beliau dan bondanya Asma' binti Abu Bakar (kakak kepada Ummul Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar) radhiaLlahu anhum saat beliau memohon pandangan dan restu bondanya itu bagi menempuh kemuncak kesukaran di dalam membuat keputusan di sepanjang hidupnya. Ia samada menyerah diri kepada panglima perang Bani Umayyah yang telah berbulan-bulan mengepung ka'abah dan kota Makkah atau terus memerangi bala tentera kejam itu sehinggalah rebah syahid.

Itulah fiqh al sahabiy al jalil di dalam memahami 'peranan seorang ibu di dalam politik dan jihad.'

Ibu adalah menara kehidupan. Jangan bicara pasal ayahanda jika bonda tiada di sisi. Siapa ayahanda tanpa seorang bonda yang paling memahami pahit getir kehidupan seorang suami bergelar pejuang. Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina.. - 30 April 2018.

Netizens Dedah Semakan Status Muflis Bermasalah, Calon #GE14 Terperangkap Kerana Isu Sistem?

Beberapa netizens yang prihatin dengan isu calon-calon parti yang gagal bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 kerana diisytiharkan muflis tampil membuat 'siasatan online'.

Menurut kumpulan netizens itu sistem semakan status kebankrupan sebenarnya mempunyai masalah kerana sistemnya tidak begitu peka.

Pada awalnya aktivis anti scam dan penasihat kewangan, Tuan Afyan Mat Rawi telah mengemukakan pertanyaan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia menerusi saluran Facebook berikutan beberapa persoalan yang dibangkitkan dan dibahaskan oleh penyokong parti tertentu di sosial media sejak sabtu.


Setakat ini tiada jawapan balas yang dimaklumkan oleh Tuan Afyan Mat Rawi di Facebooknya namun beberapa individu tampil membuat kenyataan selepas mereka melakukan siasatan sendiri.

Masalah tanda sekang " - " kata Encik Kimi;

 
Salah nama atau salah nombor IC pun keluar keputusan carian kata Encik Hawari;

Sistem online kerajaan teruk, programming tak patut letak default as 'tidak bankrupt' (patutnya tiada keputusan);



Bukan sebab tanda sekang " - " (dash) lah kata Izzuddin;


Mungkin calon tu yang menipu?


Sistem hanya ada bankrupt dan tidak bankrupt sahaja sebagai keputusan;


Tak kira apa pun calon patut sedar mereka dah muflis sejak awal..

"Encik, tahukah encik bahawa proses untuk membangkrapkan seseorang mengambil masa yang agak lama.
 

Dari stage saman.
Bankrapsi notis.
Petisyen pemiutang.


Dan dalam proses-proses tersebut, adalah mustahil empunya diri tidak tahu ada tindakan ke atas beliau.
Dan empunya diri dalam kes yg dibincangkan telah dijatuhkan bankrap pada januari 2018.

Kenapa saya katakan mustahil empunya diri tak tahu..
Tahukah encik bahawa...
 

Untuk dibankrapkan kita mestilah berhutang dan gagal bayar hutang.

Tak tahu ke diri berhutang dan tak bayar?

Apabila telah dijatuhi perintah kebankrapan...
Pada hari yang sama juga akaun bank empunya diri akan dibekukan di semua bank.

Empunya diri juga tidak boleh mempunyai akaun utiliti atas nama beliau, letrik akan kena potong..
Air akan kena potong..

Dalam masa 2 minggu dari tarikh dijatuhi hukuman biasanya jabatan insolvensi akan menghatar surat memanggil empunya diri untuk sesi temuramah dan memfaikan PHE (Penyata hal ehwal).

Carian kebankrapan hanyala satu medium untuk menyemak. Ada kalanya tidak dikemaskini dalam tempoh,"
jelas Encik Kimi Shaari di ruangan komen itu. - 30 April 2018.

Calon #PakatanHarapan Meru Terlibat Aktiviti Scam Dakwa PW.

Kumpulan anti scam, PW Community membongkarkan satu lagi aktiviti penipuan yang membabitkan individu berpengaruh.

Perkara itu disiarkan oleh admin PW Community menerusi halaman rasmi mereka di Facebook pada semalam.

Kali ini individu yang dimaksudkan adalah calon Pakatan Harapan di DUN Meru.


"CALON PH KAKI SCAM

1. It is now confirmed Ostard Fakhrulrazi Mokhtar dari PAN menjadi calon Pakatan Harapan bagi N42 DUN Meru.

2. Ustaz terlibat dengan scam Financial Org, an unregulated British Firm.

3. Concept Financial Org sama seperti money game scam yang lain, durian runtuh untuk peserta atasan diperolhi dari duit penyertaan peserta bawahan.

4. Financial Org mencari mangsa di kawasan East Asia seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.

5. BNM telah letakkan Financial Org sebagai unauthorized company.

6. Bahan rujukan for further reading ada di ruang komen.

7. T'kasih kepada sesapa yang sediakan the photo,"
kata admin page PW Community dalam satu kenyataan.


Pembongkaran berkenaan bagaimanapun membuatkan admin PW dikecam oleh beberapa penyokong taksub Pakatan Harapan yang mempersoalkan niat admin itu.

Namun admin PW menjelaskan isu penipuan adalah melangkaui isu kepartisan.

"Dalam isu penipuan tak kira scam rumah ke, sijil palsu ke, ianya merupakan isu bipartisan. Melangkaui ideology dan party lines.

Melibatkan masyarakat maka kita tak ambil kira dia dari parti politik mana pun. Kalau menipu or scamming people, tetap kenabongkar. Tak kira biru, hijau atau whatever colour.

Maka pencacai politik yang menyemak dalam ni, understand this first and get it through your head. Some of you might not have a brain (or don't use it) but do try,"
jelasnya.


Selain isu calon DUN Meru Pakatan Harapan, admin PW juga dijangka akan membongkarkan penipuan yang membabitkan calon parlimen Baling dari Barisan Nasional.





"Azeez Rahim, anda seterusnya dan ianya pasti bakal menyusahkan (anda)," kata admin PW di ruangan komen.

Menurut admin PW lagi, Azeez adalah punca Ustazah Dr. Masyitah dimalukan suatu ketika dahulu.

"Sambung lagi cerita.

Kenapa tiba-tiba Dr. Masyitah dimalukan dengan pelbagai issue melalui blog sekitar 2007?

Yang mulakan kerja malukan Dr. Masyitah bukan blogger PR, tapi blogger pro UMNO yang diupah oleh Azeez.

Antara tuduhan yang dilemparkan kepada Masyitah ialah pro pelacur disebabkan dengan satu drama yang Masyitah involved.

Motif Azeez ialah untuk cemarkan credibility Dr. Mashitah supaya tidak dicalonkan balik di Baling untuk PRU 12.

Memang Azeez dapat jadi calon Baling, pada PRU 12 tapi kalah menungging,"
kata admin PW yang dikenali dengan nama Abe Pa itu lagi. - 30 April 2018.

Akui Tersilap Dakwa Saidina Abu Bakar Bunuh Bapanya, Nik Amar Minta Maaf.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tersilap
memetik riwayat yang memperkatakan Abu Bakar telah membunuh bapanya.


Perkara itu diucapkan oleh Datuk Nik Amar ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya di Pengkalan Chepa semalam.

Rakaman kenyataan itu juga turut disiarkan di Facebooknya. Mengulas isu mimpi Tuan Guru Hadi Awang yang bertemu Allahyarham Nik Aziz dengan sebelah kaki, dan ditolak hampir rebah, Nik Amar berkata perjuangan Islam tidak mengenal ahli keluarga.

PAS bertembung dengan Nik Omar, anak kedua ATGNA di DUN Chempaka.

Nik Amar turut menyeru agar penyokong tidak merasa was-was meskipun yang akan menentang PAS itu adalah dari kalangan ahli keluarga ATGNA.

Dan memberikan contoh Saidina Abu Bakar juga membunuh bapanya yang menghalang perjuangan Islam.


Namun riwayat yang dipetik oleh Nik Amar itu sebenarnya tidak sahih dan beberapa agamawan tampil membetulkan kenyataannya itu. Antaranya Ustaz Rozaimi Ramlee yang terkenal dengan sikapnya yang lantang mengkritik pemimpin PAS.

Nik Amar yang menyedari kesilapannya itu kemudiannya mengakui kekhilafannya dan bersegera membuat permohonan maaf di Facebook. 

Selain isu Saidina Abu Bakar, RORA turut mengulas isu mimpi yang dikisahkan oleh Nik  Amar.

Berikut dibawah adalah teguran Ustaz Rozaimi Ramlee (RORA) kepada Nik Amar;

"Abu Bakar tidak pernah membunuh ayahnya Abu Qahafah. Bahkan ayah beliau masuk Islam. Yang ada di dalam sirah orang membunuh ayahnya sendiri kerana menentang dan memerangi Islam ialah Abu Ubaidah.

Saya kira elok kesilapan ini diperbetulkan semula oleh penuturnya kerana bimbang orang akan sangka Abu Qahafah mati kafir sedangkan beliau adalah sahabat Nabi sallallah alaih wasallam.

Perbezaan pandangan dalam politik dalam negara ini ada bahkan banyak yang bersifat ijtihadi. Menyamakan situasi ini dengan perang antara Nabi sallallah alaih wasallam dan musuh kuffar perlu diteliti dan dinilai semula.

Mengapa tidak disamakan dengan situasi perbezaan ijtihad politik Ali dan Muawiyah atau perbezaan ijtihad antara Hanafi dan Syafie?

Manakala mimpi pula ia bukan hujah dalam agama. Benar mimpi orang soleh itu adakalanya merupakan mubassyirat.

Mubasyyirat ini pula boleh jadi dengan membawa berita gembira, boleh jadi juga sebagai peringatan atas kelalaian dan kecuaian orang yang bermimpi menurut sebahagian ulama.

Namun setelah melihat kesilapan menyebut kisah Abu Bakar konon beliau membunuh ayahnya, ketidaktepatan menyamakan situasi PRU dengan perang antara Islam dan kufur saya kira elok juga kita tidak terburu-buru mentafsirkan mimpi. Tenangkanlah diri dahulu.

Ingin juga saya tegaskan bahawa bab mimpi ada adabnya. Sekali gelanggang mimpi dibuka kepada umum terutama dalam lapangan politik, umat dan pemain politik seharusnya didedahkan adab mimpi. Ingin saya ingatkan antara adab mimpi ialah tidak berbohong dalam mimpi. Sabda Nabi Sallallah alaih wasallam yang bermaksud:

"Sesungguhnya sebesar-besar pembohongan ada tiga, antaranya apabila seorang lelaki menipu ke atas matanya apabila dia mengatakan dia bermimpi sedangkan dia tidak bermimpi, apabila seseorang menipu ke atas ayahnya apabila dia mendakwa dirinya kepada orang yang bukan ayahnya dan orang yang mengatakan dia mendengar hadis daripadaku sedangkan dia tidak mendengarnya" (HR Ahmad dengan sanad yang sahih)

Apa pun saya cenderung untuk percaya bahawa penceramah tersebut tersilap dan bukan sengaja berbohong atas nama Abu Bakar. Justeru tidak wajar kita label beliau pembohong. Namun kesilapan ini mesti beliau perbetulkan. Bimbang nanti terkena dakwa di bawah "akta fake news" pula jika dibiarkan begitu saja,"
jelas Ustaz Rozaimi Ramlee dalam satu kenyataan di Facebook. - 29 April 2018.

Ahad, 29 April 2018

Dulu Masa Saya Jadi Walaun PAS Sanggup Putus Kawan, Rasa Paling Islam Tapi..

Oleh : Mohd Mukhlis Mohd Sharif
 
Bila aku tengok walaun PAS (orang yang wala dan tidak tabbayyun) sekarang, aku teringat pada diri aku pra-PRU13. Pada satu masa dahulu aku pun pernah jadi walaun totok. Sampai satu tahap aku fikir kenapa kena ada parti melayu/islam selain dari PAS (baca PKR) sebab PAS dah memang sempurna bagi aku. Ada ulama dan matlamat PAS adalah menegakan hukum Islam (hudud) . Bagi aku kalau laksana hudud waktu itu, semua masalah Malaysia akan selesai.



Waktu tu Dr Maza memang aku anti sebab dia consistant kritik PAS. Siap aku boleh bertekak pada Amanat Haji Hadi lagi dan sanggup putus kawan. Time tu aku rasa aku lah yang paling Islam, buat apa pun di kira jihad. Derma, turun demo, makan asap tear gas semua tu di kira jihad.

Dalam PAS pulak ada dewan ulama dengan TGNA; tapi yang pelik nya bertanding PRU banyak yang kalah. Time tu aku suka ambil ayat-ayat Al-Quran dan guna dalam hujah-hujah aku. Dah la pendekatan aku keras + tambah pulak dengan guna Al-Quran, memang resepi untuk kemusnahan. Aku rasa aku memang dah pegang kunci syurga masa tu, siapa lawan PAS sama dengan lawan Islam. How naive for me back then.

Lepas ATGNA meninggal aku tengok PAS macam dah derail dari perjuangan asal. Amanat Haji Hadi sendiri dah macam makan diri. Tiba-tiba pulak boleh berbaik-baik dengan UMNO. Aku macam tak boleh nak digest. Bila time muktamar PAS 2015, aku tengok Jeneral-jeneral PAS yang banyak bawa PAS pada puncak dia semua kena tendang. Alasan mereka Jebon (jeneral) tu lawan ulama. Yang lagi aku pelik boleh pulak mengundi pakai cai. Bila naik pimpinan baru yang macam A. taliban, mokhtar senik was my turning point. No way PAS is the correct party kalau orang yang melampau macam ni boleh jadi leader PAS.

Lepas tu aku jadi pengkritik PAS. Time aku kritik PAS tu semua yang aku kata dekat lawan PAS dulu kena balik dekat aku. Ironic right? Siap kena label lawan ulama, kafir, murtad, di suruh bertaubat, di suruh kembali pada jalan yang benar.

Bila aku tanya soalan-soalan yang kompleks pada kawan-kawan yang masih dalam PAS, jawapan dia senang aje. Ko kena datang usrah. Ko kurang tarbiah. Ataupun , itu ko kena tanya Tuan Guru. Kalau benda yang PAS buat itu betul, kenapa nak bagi jawapan pun macam orang yang masuk Skim Piramid?

Lepas tu aku cuba tukar approach aku. Aku suka pendekatan yang lebih mesra dan bagi persoalan untuk membuka minda. Manusia ni kalau ko marah-marah dia, lepas tu pulak ko hina dia dan ko nak dia sokong ko; mmg tak dapat la. Kalau kita tanya persoalan secara baik-baik, kalau dia jenis yang berfikir, dia akhirnya akan akur pada kebenaran.

Aku tak pernah anggap rakan-rakan aku dalam PAS sebagai musuh. Kira ibarat macam guru yang tak kenal penat lelah nak ajar anak murid nakal dan suka ponteng supaya tidak gagal SPM. Kalau anak murid tu masih malas dan poteng periksa SPM, kalau dia gagal its on him. Macam contoh kalau pengundi PAS nak undi jugak PAS walaupun dengan reason2 yang aku sebut2 sebelum ni; its on them. tapi bila pimpinan PAS nanti dah bersama dengan UMNO, dan waktu GST naik 10%, pengundi PAS kena bersedia lah untuk terima amarah rakyat.

Yang king maker sebenarnya adalah pengundi PAS, bukan nya calon Adun PAS/MP PAS. UMNO dia masuk PRU14 ni dengan peratusan undi melayu 42% ( rujuk invoke dan IDE). Pengundi melayu PH ( dalam 40%). UMNO dia bijak. Kalau dalam senario 1vs1, Dia tahu pengundi PAS takkan undi UMNO dan most likely mereka undi PH. Jadi UMNO tak boleh biar pengundi PAS undi PH. jadi UMNO fund( rujuk kenyataan Dr Zuhdi pasa derma 2.5 juta) PAS untuk buat 3 penjuru.


Bila 3 penjuru, pemenang biasanya UMNO dan PH akan jadi runner up. Undi PAS/atas pagar dalam 18% tadi tidak akan merubah apa-apa sebab sistem dia malaysia ni ikut first past the post. No 2 and 3 tidak ada apa2 value.

Soalan yang pengundi PAS kena tanya, kalau la PAS dapat 6 kerusi parlimen dan PH 108 kerusi, BN 108 kerusi.

Hypotetically PAS akan bersama dengan UMNO sebab Najib berjanji akan melaksanakan Islam, PAS dah jadi king maker macam Haji Hadi sebut. What is next?

GST akan jadi 10%, Tanah-tanah kita akan terus di gadai ker China. RUU355 masih takkan di laksanakan sebab BN Sarawak memang dari awal lagi tak setuju RUU355( 31 kerusi parlimen vs 6 kerusi PAS). GST memang akan naik sebab secara logiknya dari mana najib akan dapat cover duit BR1M yang dia janji.

Sanggup ker pengundi PAS ambil risiko dan tahan telinga selama lagi 5 tahun kalau ini adalah senario dia?

Let me know what is your thought.


Nota : Pandangan penulis tidak semestinya mewakili pihak pentadbir halaman.

Pengundi India Perlu Sokong #PakatanHarapan Untuk Hukum KJ & BN Kata Rafizi.

Kenyataan Media

Lihat bagaimana Dr Sinnasamy Calon PH untuk Rantau (NS) dihalang dari masuk ke tempat pusat penamaan calon.

Negara dikejutkan dengan peristiwa Pegawai Pengurus Pilihanraya (“Returning Officer”) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau (dalam kawasan Parlimen Rembau) yang menolak kertas pencalonan calon PH, Dr Streram Sinnasamy untuk membolehkan wakil BN, Dato’ Seri Mohamad Hassan menang tanpa bertanding.




Alasan yang diberikan adalah tiada kertas pencalonan yang dikemukakan sehingga jam 10 pagi iaitu tarikh akhir mengemukakan pencalonan.

Dr Streram Sinnasamy telah berada di perkarangan dewan pencalonan sejak pukul 8 pagi lagi. Beliau tidak dibenarkan masuk oleh pihak RO yang bertugas dan pegawai-pegawai polis atas alasan tiada pas masuk SPR. Beliau terus dihalang sehingga jam 10.03 pagi.

Pada jam 10.03 pagi, tiba-tiba pegawai RO membenarkan pula borang-borang pencalonan Dr Streram Sinnasamy dibawa masuk tetapi kemudiannya diumumkan tidak boleh diterima kerana telah melepasi tempoh waktu.

Saya dimaklumkan oleh wakil-wakil PH di dalam dewan bahawa Pengarah SPR Negeri Sembilan sebenarnya telah mengarahkan RO di situ untuk membenarkan Dr Streram mengemukakan borang penamaan seawal 930 pagi lagi, tetapi RO berkenaan melengah-lengahkan sehingga hanya membenarkan pada pukul 1003 pagi untuk dijadikan alasan menolak borang pencalonan. 


Kerusi DUN Rantau adalah kerusi yang mempunyai pengundi India yang tinggi. Pecahan pengundi di DUN Rantau adalah: Melayu (53%), Cina (19%) dan India (27%). 


PH melalui KEADILAN telah mengarahkan Dr Streram Sinnasamy untuk menawarkan khidmat rakyat di DUN Rantau sejak 2 tahun lalu. Dr Streram adalah seorang pakar anasthethis yang berkhidmat di Nilai Specialist dan telah banyak berkhidmat dengan pengundi-pengundi di Rantau terutamanya pengundi India. 


Sejak setahun lalu, kedudukan Dato’ Seri Mohamad Hassan nampak goyang apabila peralihan undi yang besar dijangka akan berlaku di kalangan pengundi-pengundi terutamanya pengundi India, yang dalam PRU yang lalu memberi sokongan kepada BN. 


Tindakan tidak membenarkan calon PH mengemukakan borang pencalonan untuk menang percuma adalah satu tindakan yang bacul di pihak Dato’ Seri Mohamad Hassan dan Khairy Jamaluddin. 


Saya percaya pengundi-pengundi, terutamanya pengundi India di Negeri Sembilan dan seluruh negara dapat menilai sendiri bagaimana pimpinan tertinggi BN seperti Mohamad Hassan dan Khairy Jamaluddin sangat takut dengan kebangkitan dan kesatuan rakyat pelbagai kaum yang menuntut perubahan di Putrajaya. 


Saya akan hadir ke Rembau pada hari Isnin untuk mempastikan pengundi-pengundi di Rembau menghukum Khairy Jamaluddin yang bersekongkol dengan Mohamad Hassan untuk menang percuma kerana takut bertarung. 


Saya juga menyeru pengundi-pengundi India di Rembau untuk memberikan undi secara besar-besaran kepada calon PH di Rembau, Kolonel (B) Rosli untuk menghukum Khairy Jamaluddin dan Barisan Nasional. Sekiranya PH mendapat 60% sokongan pengundi India di Rembau, Khairy Jamaluddin akan ditewaskan. 


Menewaskan Khairy Jamaluddin di Rembau adalah jalan terbaik untuk menghukum Mohamad Hassan, Khairy Jamaluddin dan Barisan Nasional yang berkomplot menafikan seorang profesional India mencabar Mohamad Hassan, dalam keadaan BN semakin goyah. 


Sebarkan kepada seberapa ramai pengundi di Rembau, di Negeri Sembilan dan di seluruh negara.

RAFIZI RAMLI 

NAIB PRESIDEN KEADILAN
 

Polis Nafi Halang Calon #PakatanHarapan DUN Rantau Serah Borang - KPN. #GE14

Polis menyifatkan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa calon parti itu dihalang polis ketika proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Seri Rembau, Negeri Sembilan, hari ini, tidak berasas.



Menurutnya, kebenaran untuk setiap bakal calon memasuki pusat penamaan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pegawai Pengurus (RO) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya hanya berperanan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di pusat penamaan calon di seluruh negara.

"Mengenai isu bakal calon Dr Streram Sinnasamy, dia didapati tidak memiliki pas keselamatan dikeluarkan SPR, sekali gus polis tidak membenarkannya masuk ke kawasan pusat penamaan di Dewan Sri Rembau.

"Tindakan dilakukan pegawai dan anggota polis yang ditugaskan mengawasi semua pusat penamaan calon adalah berdasarkan arahan diberikan oleh SPR sendiri,"
katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenyataan Rafizi mendakwa polis menghalang calon terbabit adalah tidak berasas.

"Kami tidak teragak-agak memanggil atau mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyebarkan dakwaan tidak berasas seperti ini jika ia berterusan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perkara itu namun ingin saya tegaskan dakwaan polis melakukan halangan terhadap calon adalah tidak betul,"
katanya.

Mengulas mengenai situasi di seluruh negara sepanjang proses penamaan calon semalam, Mohamad Fuzi menyifatkan tiada insiden buruk dan semuanya berjalan lancar.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada calon, pengiring dan penyokong setiap parti bertanding kerana dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam proses hari ini," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Sabtu, 28 April 2018

Anak Nik Omar Luah Perasaan, Dikecam Bertubi-Tubi Di Laman Sosial Kerana Ayah Sertai #PakatanHarapan.. #GE14

Antara kejutan yang berlaku di pusat penamaan calon hari ini apabila Nik Omar Nik Aziz, anak kedua Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz mengisytiharkan diri bertanding di Dun Chempaka atas tiket Pakatan Harapan.
Nik Omar Nik Aziz
Nik Omar sebelum ini dispekulasikan akan menyertai Amanah dan bertanding mewakili parti itu di Kelantan bagaimanapun beberapa hari sebelum penamaan calon beliau mengeluarkan kenyataan menafikan hal tersebut.

Namun pagi tadi di Pusat Penamaan Calon Pengkalan Chepa, Nik Omar dilihat hadirkan diri untuk serahkan borang calon kepada SPR bagi membolehkan beliau bertanding di Chempaka atas tiket PKR - Pakatan Harapan.

Tindakan Nik Omar itu kemudiannya dikecam oleh netizens pro PAS yang melabelnya sebagai anak derhaka, iman tak boleh diwarisi, lupa perjuangan dan pelbagai lagi sindiran tajam dikeluarkan ke atasnya.

Anak kepada Nik Omar, Nik Ahmad Muhajir juga mengulas perkara yang sama menerusi akaun Facebook miliknya.



"Hebat juga ya tempias politik. Bukan biasa-biasa. Nak join politik hati kena kuat. Semangat kena jitu. Kalau lemah mmg rebah sahaja begitu.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak henti menyokong dan memberi kata semangat saat aku dihentam dan dikecam.

'bakpo ayah mu jadi gitu'
'bakpo ayah mu pan'
'bodo ayah mu'
'anak derhaka'
'bohh mu lapa nak jadi MB ko'

Dan pelbagai lagi sajian kuih muih berbentuk cacian untuk sarapan pagi ini. Nikmatinya dengan tenang.

Apa jua wadah yang dipilih ayah moga tetap mendapat berkat dan rahmat dariNYA Amenn,"
katanya di Facebook.

Walaupun dikritik netizens pro PAS yang mempertikaikan tindakan Nik Omar yang membuat pusingan U disaat akhir apabila tiba-tiba sahaja masuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 14, netizens pro Amanah mempertahankan calon Chempaka itu.

Menurut mereka apa yang dilakukan oleh Nik Omar itu merupakan satu strategi dan dalam politik, strategi memainkan peranan yang cukup penting bagi mencapai kemenangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Omar juga dipecat keahlian PASnya serta merta seperti diumumkan oleh Setiausaha Agung parti itu siang tadi. - 28 April 2018.

Sampai Calon BN Johor Yang Gambarnya Atas Katil Bersama Perempuan Pun Terpilih.. - Puad Zakarshi. #GE14

Oleh : Puad Zarkashi

Sistem dah rosak, calon atas katil 
pun ada!

KHALED CEMARKAN MUAFAKAT JOHOR?

Saya tahu ramai yang akan mengecam saya
kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “ I will fight until the last drop”.




Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak. Saya tidak mengkritik “UMNO Perjuangan”. Sebab itu saya meletak jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak terikat dengan apa apa.

Khaled menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi pemilihan parti akan datang. Orang yang bersama beliau mengkritik DS Najib dalam whatsapp grup semuanya kekal sebagai calon. Ada antara mereka berani menuntut DS Najib meletak jawatan.

Kenapa saya kata begitu. Kalau betul muafakat, kenapa tidak dirundingi UMNO Bahagian dalam pemilihan calon. Ini yang berlaku di Parlimen Batu Pahat. Ketua Bahagian tidak dirundingi. Khaled sesuka hati mengubah senarai calon bukan lagi berasaskan merit tetapi pertimbangan sokongan politik dan persaingan dalam parti.

Bayangkan Syarifah Azizah Syed Zain dari Bahagian Keluang boleh bertanding di DUN Penawar Parlimen Penggerang. Apa jasa Syarifah di sana. Apa service yang dia telah lakukan untuk mendekati pengundi sebelum menjadi calon. Kenapa orang yang menghabiskan masanya di kawasannya sendiri dengan begitu mudah diketepikan. Apakah Khaled mengamalkan muafakat Johor. Apakah Khaled yakin silent protest tidak akan berlaku.

Begitu juga On Hafiz iaitu Setpol kepada DS Hishamuddin yang merupakan ahli di Bahagian Sembrong, boleh pula berpindah dan bertanding di DUN Layang Layang dalam Parlimen Simpang Renggam. Di mana muafakatnya.

Begitu mudah kawasan kawasan ini difaraidkan sesama mereka semata mata mengisi keperluan strategi politik masing masing.

Begitu juga di DUN Serom, senarai juga berubah di saat akhir kerana memenuhi amalan kronisme yang tidak terkawal. Ketua Wanita Bahagian pada mulanya dicalonkan untuk memenuhi kuota Wanita tetapi dimangsakan oleh mereka yang ada kuasa mengubah.

Sebab itu saya kata Sistem kita sudah rosak oleh mereka yang mengatakan sistem kali ini terbaik. Sehingga ada calon yang gambarnya di atas katil bersama perempuan bukan mahram juga terpilih sebagai calon.

Seperti yang sebut diawal tadi, jangan marah dengan apa yang saya tulis ini. Kalau tidak anda adalah double standard kerana menuduh saya marah tetapi anda pula marah kerana kritikan saya. Saya tidak terikat apa apa. Sebab itu keputusan saya meletak jawatan KP JASA adalah tepat.

Saya tetap tabah tetapi semakin berani dengan ujian ini.


Batalkan hasrat bertanding calon bebas 

Media Statement Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

28.4.2018


1. Banyak pihak cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.




2. Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.

3. Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan “Bangsa Johor “

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat beginda yang sudah tentu banyak hikmahnya.

Rara Dedah Cerita Penipuan Calon BN Yang Ada Masalah Kad Pengenalan..

Oleh : Young Syefura / Rara calon #PakatanHarapan DUN Ketari
 

Jadi apa jadi di Bentong?

Semasa proses penamaan calon, segala proses seakan-akan sengaja diperlahankan. Kemudian, kami mendapat maklumat bahawa ada kemungkinan bahawa calon Barisan Nasional untuk N.34 DUN Ketari, Lau Hoi Keong ada isu dengan maklumat kad pengenalan. 



Pihak kami terus melakukan bantahan namun pegawai SPR menolak dan memberi jawapan bahawa bantahan boleh dilakukan selepas pengumuman. 

Kami terus mendesak calon BN tersebut untuk menunjukkan kad pengenalan dia kepada kami namun tidak dihiraukan oleh beliau. 

Berlaku sedikit kekecohan dan penangguhan pengumuman calon kerana kami terus mendesak beliau menunjukkan kad pengenalan beliau. 

Kami terus mencuba utk membuat bantahan tetapi kemudiannya pegawai SPR memberitahu bahawa tiada isu kerana alamat dlm chip kad pengenalan sudah ditukar. 

Alamat dalam chip sudah tukar, tetapi masih ada kad pengenalan lama dan masih guna alamat lama di atas kad pengenalan? 

Siapa yang pernah tukar alamat di kad pengenalan mesti tahu perkara ini mengarut! Untuk pengetahuan semua, untuk bertanding di kerusi DUN, alamat kad pengenalan wajib menggunakan alamat di dalam negeri DUN tersebut.

Kalau nak guna alamat dalam chip dan sebagainya, baik buat penamaan calon online je. Tak perlu nak fotostat segala benda ni.


Kemudian tiba 2 pegawai dari JPN membawa salinan kad pengenalan calon tersebut.Ejen pilihanraya saya melihat dgn mata sendiri bahawa alamat kad pengenalan beliau adalah di Kuala Lumpur.Ejen saya cuba mendapatkan salinan kad pengenalan itu tapi dinafikan oleh pegawai JPN dan SPR.


Pegawai JPN tu siap lipat salinan kad pengenalan itu sekecil mungkin dan menyerahkannya kepada pegawai SPR. Kami terus meminta untuk melihat salinan kad pengenalan beliau namun tidak dilayan. Pegawai SPR memberi alasan ia adalah maklumat peribadi yang rahsia.


Kami terus bantah dan bantah namun pegawai SPR terus dengan pengumuman calon kerana katanya pengarah SPR telah membenarkannya. Jadi calon BN ni telah sah menjadi calon.

Gambar - Young Syefura Twitter
Ada yang mengatakan saya takut untuk berlawan dengan BN? Mengarut!

Belum mula perlawanan sudah ada penipuan.

Kali ini bukan sahaja SPR namun JPN juga telah dipergunakan oleh BN.


Jelas betapa perlunya kita lakukan reformasi kepada semua institusi negara ini.

Lainlah kalau JPN sekarang memang ada prosedur sedemikian dan ada khidmat tukar kad pengenalan terus ke rumah, dihantar oleh pegawai sendiri!

KJ, Rafizi Bergaduh Di Twitter Isu Kegagalan Calon #PH Hantar Borang DUN Rantau. #GE14

Rafizi Ramli hari ini menyalahkan SPR dan PDRM sebagai punca kegagalan calon Pakatan Harapan di DUN Rantau menyerahkan borang penamaan calon pagi tadi.


"BACUL Mat Hassan & RO manipulasi dengan menggunakan @PDRMsia halang calon PH kemukakan borang pencalonan. Mat Hassan diumum menang tanpa bertanding kerana calon PH dihalang. Kita akan tetap lawan sampai BN tumbang. @Khairykj juga bertanggungjawab," kata Rafizi di Twitternya pagi tadi.

Menurut Rafizi, Pakatan Harapan tidak akan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja sebaliknya akan membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Saya bincang dengan calon PH Dr. S. Streram, beliau akan cabar keputusan RO di mahkamah. Di kerusi-kerusi lain, calon dibenarkan masuk tanpa ada keperluan PAS bila dah ada borang, deposit dan lain-lain. Pas SPR ini untuk mengurus org ramai, bukan peraturan pilihanraya," jelas Rafizi dalam satu kenyataan.

Rafizi turut memberikan beberapa contoh kes yang mana calon dibenarkan masuk untuk menyerahkan borang malahan tiada dalam peraturan SPR bahawanya satu-satu calon perlu membawa pas SPR andai mahu memasuki pusat penamaan calon.



"Calon-calon PH yang dibenar masuk tanpa ada pas kerana tidak sempat ambik pas SPR : 

👉 calon PH di Bukit Naning, Muar 

👉 calon PH di Tampin 

Bukan SPR yang buat peraturan kena ada pas baru boleh masuk. Ada borang boleh masuk. RO & polis di Rantau yang bersekongkol halang calon PH masuk," katanya.

Peraturan SPR yang disebarkan netizens




Najib bidas Rafizi

Najib kemudiannya mempertikaikan dakwaan Rafizi dan menyifatkan ia sebagai Tsunami Fitnah.



"Memang kerja menghasut, calon sendiri yang tak bersedia salahkan PDRM pula. Sudahlah Rafizi. #TsunamiPHitnah," kata Najib dalam satu kenyataan di Twitternya siang tadi.

Khairy Jamaluddin turut membidas pemimpin kanan PKR itu apabila namanya dipetik dan dipersalahkan Rafizi.

"Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihanraya (pas SPR). I don’t think MB or I have to answer for your own candidate’s mistake," katanya pada awal. 


Namun apabila Rafizi berterusan menyalahkan pihak lain di atas kegagalan calon PH membawa pas SPR dan berkempen menyeru orang india untuk memangkah PH bagi mengajar BN, Khairy kemudiannya mempersoalkan tindakan Rafizi itu.

Menurut KJ, Rafizi suka menyebarkan fitnah dan Rafizi seharusnya menjaga mulutnya itu.

"Dah lah kalah sebab kesilapan Calon PKR sendiri. Sekarang nak main isu perkauman pula. Nak datang Rembau, datang lah. Cuma mulut yang suka fitnah tu jaga sikit," katanya yang membidas kenyataan Rafizi di Twitter petang tadi. - 28 April 2018.

PKR Mengecewakan - Arif Atan.

Oleh : Arif Atan

PKR mengecewakan.


Apa masalah PKR ni sampai terlepas Dun Rantau? PH kena betul-betul siasat. Dah kena beli? Parti 20 tahun tapi calon tak bersedia macam PKR ni parti baru 20 hari wujud.



Dahlah tamak kerusi sampai ketepikan AMANAH dan PPBM. Di Shah Alam, satu kerusi Dun pun tak beri kepada PPBM. AMANAH jangan cakaplah. Memang PKR fikir dia sorang saja bagus. Semangat berkawan apa macam tu.

Parlimen Batu pula, kalau bagi pada AMANAH dah selesai, tiada masalah siap boleh sumbang kemenangan lagi pada Pakatan Harapan.

PKR galak pekik nak ke Putrajaya tapi kerusi bolot sorang, lepas tu satu-satu buat hal bagi kemenangan percuma kepada BN.

Bendera jangan cakaplah. Tak usaha sungguh-sungguh nak melawan BN-Pas. Memanglah politik baharu tak perlu banyak pasang bendera, tapi kalau jalan utama, simpang lampu trafik pun tiada satu pun bendera PKR, apa cerita? Dah seronok dalam zon selesa sangat ke?

Dari Bukit Beruntung ke Kampung Baru, KL semalam iaitu Parlimen Hulu Selangor - Gombak - Titiwangsa, bendera PKR hidup segan mati tak mahu dengan permukaan jalan macam kena bom berlekuk berlubang di sana membahayakan nyawa penunggang motosikal.

Apa cerita geng kartel yang menguasai PKR ni? Mahu sabotaj PH?

#GE14 Beri Peluang Pada Najib, Surat Terbuka Untuk Orang Melayu - Sebastian Loh.

Oleh : Sebastian Loh / Free Malaysia Today
 

Sebelum saya bermula, saya ingin meminta maaf untuk Bahasa Melayu saya yang kurang fasih. Kali terakhir saya menulis dalam BM pada 2002 bila saya mengambil ujian SPM. Biasanya, saya menulis dalam Bahasa Inggeris (jangan hairan kalau surat ini berbunyi macam Google Translate). Namun begitu, saya ingin berkongsi pendapat dan perasaan saya dengan rakan-rakan berbangsa Melayu sempena pilihan raya umum ke-14.

Dengan izin, I feel very strongly about this. Saya hanya harap saudara-saudari akan membaca huraian saya dengan fikiran terbuka.

Saya orang Cina. Realitinya 90% daripada orang Cina akan menentang kerajaan dan mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya yang akan datang. Kenapa? Kerana mereka marah, dan sebagai orang Cina, saya faham asas kemarahan itu.

Sudah berpuluh-puluh tahun, orang Cina tidak puas hati dengan sistem pentadbiran yang memberi layanan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera lain. Mereka berfikir sistem itu rasis dan tidak adil. Mereka percaya kerajaan mengabaikan mereka dan melayan mereka sebagai warganegara kelas kedua. Secara jujurnya, saya pun pernah berfikiran begitu dari sekolah rendah sampailah ke universiti.

Tetapi sekarang, saya sedar saya salah. Biar saya terangkan.

Saya tidak boleh menafikan kekecewaan orang Cina yang berpendapat mereka mendapat layanan yang tidak adil kerana warna kulit. Ada betulnya kata-kata mereka. Pandangan dan perasaan mereka patut diberi simpati.

Tetapi saya boleh faham juga sudut padangan orang Melayu. Kebanyakan orang tidak sedar orang Melayu berhadapan dengan diskriminasi yang sengit dalam sektor swasta. Contohnya, orang Melayu jauh lebih jarang dipanggil untuk temuduga berbanding dengan orang Cina, rujuk kajian “Degrees of Discrimination: Race and Graduate Hiring in Malaysia” oleh pakar ekonomi Lee Hwok-Aun dan Muhammed Abdul Khalid. Justeru, orang Melayu memang perlu bantuan untuk menangani ketidakadilan ini.

Saya sudah bekerja hampir 10 tahun sekarang di beberapa syarikat dan percayalah saya sering dengar pelbagai tohmahan rasis tentang orang Melayu keluar dari mulut majikan dan rakan sekerja yang bukan Melayu. Yang hairannya, orang macam inilah yang selalu mengadu tentang gejala rasisme di Malaysia.

Saya sedar orang Cina tidak akan mencapai kesamaan yang kami mahu selagi orang Melayu tidak maju. Jatuh bangun kita bersama. Ketegangan antara kaum Melayu dan kaum Cina sejak Peristiwa 13 Mei masih wujud kerana ramai orang gagal mengenali kebenaran ini.

Perlukah Melayu ditolong bukan soalnya, walaupun ini soalan yang paling digemari oleh penyokong kuat DAP. Soalnya adalah bagaimana kita patut menolong orang Melayu. Inilah persoalan yang paling penting kepada saya pada pilihan raya yang akan datang. Percayalah pilihan kita akan memberi kesan yang amat besar kepada hubungan antara kaum dan masa depan negara.

Sebelum kita membuat keputusan, kita perlu bertanya: Kenapa kebanyakan orang Melayu masih mundur walaupun diberikan bantuan kerajaan sejak berdekad-dekad? Jawapannya mudah sahaja: Kronisme.

Pada mulanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai bidang politik untuk membela hak orang Melayu. Akan tetapi di zaman pemerintahannya, projek-projek kerajaan dan juga hak monopoli diberikan kepada ahli perniagaan kaya yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Ini bukan perkara baharu: pihak pembangkang sering mengkritik Dr Mahathir atas isu ini suatu ketika dahulu.

Wang kerajaan dibazirkan ke atas syarikat kroni, dan apabila projek gagal, syarikat-syarikat yang sama terpaksa diselamatkan oleh kerajaan juga. Contohnya, projek transit aliran ringan dan monorail kebanggaan Dr Mahathir akhirnya terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan RM8.68 bilion.

Cuba bandingkan dengan keadaan sekarang. Projek Transit Aliran Massa Fasa 1 (Sungai Buloh-Kajang) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiapkan lebih awal daripada jadual dan bawah bajet iaitu RM2 bilion lebih murah. Yang pentingnya, setengah nilai kontrak projek itu diberikan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera melalui sistem tender terbuka. Dalam kata lain, kontraktor bukan kroni. Siapa kata Melayu tidak mampu buat kerja yang baik dan cekap?




Sudah beberapa kali Dr Mahathir menyifatkan orang Melayu pemalas. Kononnya, dia gagal mengubah sikap orang Melayu. Kepada saya, ini hanya alasan kerana dia yang bagi peluang kepada kroninya dan bukan orang Melayu biasa. Mungkin kroninya yang malas, sebab itu banyak projek gagal, sedangkan kebanyakan orang Melayu tidak. Saya tahu secara peribadi kerana pernah bekerja dengan banyak orang Melayu yang rajin, jujur, bijak, dan berupaya. Dengan izin, it was a true privilege to work alongside them.

Ya, saya tahu apa yang saya katakan mungkin akan menyinggung perasaan ramai orang. Masih ada ramai orang Melayu yang menyanjungi Dr Mahathir kerana pencapaiannya sebagai PM. Tetapi, bagi saya, kita perlu melihat rekod Dr Mahathir secara objektif.

Kini, dia sering menuduh kerajaan menjual negara kepada orang asing. Tidak boleh dinafikan bahawa dia membina Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang yang dilihat sebagai pencapaian hebat. Tapi siapa sebenar yang mendapat manfaat dari projek-projek itu?

Yang membeli belah di Suria KLCC itu orang Melayu atau orang asing kaya? Yang membeli tiket menonton perlumbaan F1 di Sepang itu orang Melayu atau orang asing kaya? Itulah perbezaan penting di antara kerajaan Dr Mahathir dan kerajaan hari ini.

Kerajaan Najib membayar BR1M sebagai bantuan dan rangsangan ekonomi kepada orang ramai, kebanyakkannya orang Melayu. Dr Mahathir pula menyifatkan BR1M sebagai rasuah. Pada pendapat saya, lebih baik rakyat “disogok” untuk membeli barang keperluan daripada kroni diberikan duit untuk membeli kuda. Mungkin itu asas kemarahan Dr Mahathir: duit kerajaan sekarang disalurkan secara langsung kepada rakyat dan bukan lagi melalui orang tengah dan kroni.

Saya faham ramai orang marah terhadap kerajaan Barisan Nasional hari ini. Tetapi saya yakin nasib Bumiputera tidak akan maju jika Dr Mahathir kembali sebagai PM. Kita akan balik kepada tahun 1990-an di mana kroni dikayakan dan masyarakat Melayu akan kekal mundur. Tiada apa-apa yang akan berubah. Orang Melayu akan terus bergantung kepada bantuan kerajaan, dan orang Cina akan terus marah kerana tidak menerima layanan yang sama.

Yang untungnya kroni Dr Mahathir yang akan merompak sumber kerajaan yang sepatutnya diagihkan kepada orang Melayu. Yang untungnya juga DAP yang akan membangkitkan dan mengambil kesempatan atas kemarahan orang Cina. Perbalahan politik antara orang Melayu dan orang Cina, yang kita alami sejak Merdeka dan 13 Mei akan berterusan sehingga kiamat.

Saya cukup letih dan muak dengan dinamik ini. Kita perlu buat sesuatu yang baru. Kita perlu menjayakan agenda Bumiputera untuk kali penghabisan.

Kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan Najib bukanlah sempurna, tetapi saya percaya ia peluang terakhir untuk perubahan yang benar. Kita sudah boleh melihat hasil awal reformasi Najib. Sama ada dalam projek kerajaan atau BR1M, peluang dan bantuan sedang diberikan kepada orang Melayu yang layak atau memerlukannya. Sekarang, kroni diketepikan. Kita mesti mara ke hadapan, bukan balik kepada masa yang lampau.




Pada pendapat saya, Najib perlu diberi peluang menyempurnakan reformasinya tanpa campurtangan Dr Mahathir. Sekarang, Dr Mahathir melawan Najib. Pada tahun 2008, Mahathir melawan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada tahun 1998, Dr Mahathir melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1960-an, Dr Mahathir melawan Tunku Abdul Rahman. Ini tidak termasuk pertelingkahan Mahathir dengan Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam. Siapa yang Dr Mahathir tidak lawan? Cukup-cukup lah.

Agenda Bumiputera terlalu penting untuk digadaikan untuk agenda peribadi. Ia terlalu penting kerana maruah dan kemakmuran bangsa Melayu bergantung kepadanya. Ia terlalu penting kerana kesamaan untuk bangsa Cina, India, dan semua masyarakat Malaysia lain bergantung kepadanya.

Saya bukan Melayu. Saya tidak mungkin dapat memahami pemikiran atau perasaan orang Melayu. Kefasihan Bahasa Melayu saya pun agak memalukan. Tetapi kalau saya boleh meyakinkan saudara-saudari untuk mengundi demi masa depan dan bukan kerana kebencian, itu cukup untuk saya. Saya amat percaya kalau kamu berjaya, saya akan berjaya juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...