"Saya ingin bertutur secara terang kepada rakyat Malaysia, saya ingin menyatakan saya sudah berusaha sedaya upaya untuk semua rakyat.
Saya sayangkan setiap rakyat Malaysia dan memikirkan tentang masa depan saudara-saudari.
Dari bangku sekolah hingga ke menara gading, saya ingin rakyat Malaysia yang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa agar dapat mengubah nasib keluarga mereka dan sekiranya mereka tidak mampu, kita akan membantu mereka.
Saya turut ingin rakyat Malaysia memiliki rumah dan berusaha menyediakan rumah mampu milik supaya rakyat dapat membina keluarga yang bahagia.
Sekiranya mereka berniaga, saya ingin setiap pengusaha mempunyai modal dan latihan agar perusahaan mereka berjaya.
Demi kepentingan agama Islam dan kekeluargaan, rakyat yang beragama Islam mahu dipastikan agar dapat mengerjakan ibadat di masjid yang indah serta mampu dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji serta setiap keluarga hidup dalam keadaan bahagia, aman dan harmoni.
Saya dengan rendah diri meminta agar rakyat memahami dan tidak beranggapan buruk secara terus menerus.
Sesungguhnya saya mengabdikan diri saya kepada Allah SWT, berjuang demi agama, bangsa dan negara yang tercinta," katanya dalam klip video berkenaan.
Bagaimanapun luahan Najib itu tidak diterima baik oleh sebilangan netizens. Terdapat netizens di Facebook dan Twitter meluahkan perasaan marah, benci dan meluat terhadap kenyataan Najib terutamanya pada ayat yang berbunyi : "Saya sayangkan rakyat Malaysia".
Respon netizens;
"Kalau sayang turunkan GST terus," kata Darline. Manakala John Tan pula menulis komen, "Cakap macam ribut buat macam siput," di post berkenaan. - 3 Mei 2018.