Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 Mei 2018

PAS Khianat, Bagi Semua Kerusi Yang Sukar Menang Pada BERJASA.

Oleh : Sinar Harian

Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) menyuarakan rasa kekesalan mereka apabila dikhianati Pas.

Ketua Penerangan Berjasa Pusat, Mohd Junip Huzayin berkata, perasaan kecewa timbul apabila Berjasa hanya diberikan tiga kerusi untuk bertanding daripada 17 kerusi diminta kepada Pas.




Menurutnya, persahabatan ini seperti ada agenda tertentu Berjasa hanya mampu bertanding tiga kerusi sahaja sangat sedih malah kerusi yang diberikan hanya memberikan kalah mati sahaja buat parti.

“Namun sekarang seperti ada sesuatu yang tidak kena dan kita menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas persahabatan itu apabila Berjasa hanya diberi tiga daripada 17 kerusi,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Berjasa Perak, Azahari Abdullah dan penyelaras Berjasa Dun Batu Kurau, Zainal Abidin Abd Rahman.

Tambah Mohd Junip, Berjasa sebelum ini dipanggil untuk bersama berjuang, namun akhirnya kedudukan dirampas atas dasar ukhuwah.

“Malah atas dasar ukhuwah itu juga, banyak kerusi yang sebelum ini ditandingi Berjasa telah diambil.

“Kebanyakan kerusi yang ditandingi Berjasa pada PRU13 lalu, tidak ditandingi Pas,”
katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Junip berkata, oleh itu, apa yang jelas sekarang Gagasan Sejahtera sebenarnya hanya mainan politik Pas iaitu untuk agenda mereka tersendiri.

“Daripada lima calon yang terpilih hanya tiga kerusi akan menggunakan logo Berjasa dan selebihnya adalah milik Pas.

“Malah tindakan Pas itu juga sebenarnya telah menggadaikan hak dan kelayakannya sebagai parti yang berteraskan Islam.

“Ia jelas terbukti dengan pengkhianatan yang dilakukan terhadap satu lagi jemaah Islam (Berjasa),”
katanya.

Katanya, pada kali ini, semua kerusi yang diberikan kepada Berjasa adalah kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Boleh dikatakan semua kerusi yang diberi adalah kerusi tidak boleh menang seperti kerusi Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah,” katanya.

Jelasnya, Berjasa tidak langsung berhasrat untuk memaki hamun dan sebagainya, namun sekadar hanya ingin memberi teguran serta pendapat membina.

“Janganlah jemaah Islam ini menghina jemaah Islam yang satu lagi,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...