Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Mei 2018

Isu Nik Omar, Tak Usahlah Kedua Belah Pihak Taksub Menghukum - Afyan Mat Rawi.

Oleh : Afyan Mat Rawi
 

Rakan-rakan PAS, tak perlu hukum Ust Nik Omar sebagai derhaka. Atau mainkan isu “iman tak dapat diwarisi”. Itu urusan beliau dengan ibu beliau. Juga urusan iman tak dapat diwarisi itu, kita serah pada Allah.

Bagi rakan-rakan PH pula, tak perlulah nak bangga sangat dakwa Ust Nik Omar sebagai pewaris legasi Tok Guru. Dia seorang je kot? Adik beradik dia, sepupu-sepapat dia, pakcik-makcik dia - ramai lagi yang masih Istiqamah bersama PAS. Lagipun, bagaimana tahu TGNA endorse perjuangan PH?




Selagi PH mainkan isu bahawa Ust Nik Omar pewaris legasi TGNA, selagi itu akan ada geng PAS yang akan katakan bahawa dia derhaka kepada bondanya.

Begitulah sebaliknya. Jika PAS mainkan isu anak derhaka selagi itu akan ada geng PH yang berhujah bahawa itulah legasi TGNA.

Tak habis.

Tapi itulah politik, tak pernah adil.

Yang join kita itu suci lagi menyucikan walaupun pernah kita pernah gelar bapa penyangak, yang musuh semuanya najis walaupun anak Tok Guru.

Apabila ada ana Tok Guru yang tak sama aliran dengan kita, terus kita tuduh pemakan dedak atau derhaka. Apabila ada anak Tok Guru yang sama haluan dengan kita, terus kita dakwa kita sambung perjuangan Allahyarham.

Elok hentikanlah. Apabila ada satu pihak yang mulakan, ia akan dibalas oleh pihak satu lagi. Takkan habis.

Lagipun, bukannya kita boleh tanya pun Arwah TGNA, mana satu yang warisi perjuangan beliau.

Moga roh TGNA tenang di sana.

Afyan Mat Rawi


Menyokong perjuangan TGNA untuk memartabatkan Islam hingga ke hari ini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...