Jumaat, 4 Mei 2018

Isu Skandal Mat Sabu, Ini Penjelasan Amanah.

KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA

1. Kami mengambil maklum sidang media semalam oleh tiga orang individu diketuai oleh penama Rizal Bin Bakar (Rizal nama bapaknya Bakaq) yang mendakwa sebagai ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Kuala Kedah.

2. Justeru itu pihak kami telah membuat semakan pada pengkalan data keahlian parti terkini dan mendapati nama seperti di atas TIADA dalam rekod keahlian kami.




3. Kami juga telah menyemak dengan AMANAH Kuala Kedah dan tiada seorang pun mengenali individu tersebut.

4. Kami percaya beliau mempunyai niat dan agenda jahat terhadap kepimpinan dan parti AMANAH serta Pakatan Harapan.

5. Taktik serangan moral peribadi yang dibuat oleh mereka dalam sidang media tersebut bukan merupakan suatu yang baru bahkan satu tindakan politik jahat yang lazim dibuat ke atas pimpinan pembangkang setiap kali berlangsung pilihan raya umum. Sebelum ini beberapa ahli politik lain juga telah menjadi mangsa politik kotor seperti ini.

6. Tindakan terdesak ini dipercayai dibuat oleh kerana Pakatan Harapan dan AMANAH sedang menerima sokongan yang semakin meningkat daripada rakyat Malaysia khususnya dari kalangan orang Melayu. Kajian terakhir menunjukkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan meningkat dan pada masa yang sama sokongan Melayu kepada BN dan PAS merosot.

7. Kami percaya tindakan ini dibuat untuk menghilangkan kepercayaan pengundi Melayu atas pagar dan penyokong PAS terhadap Pakatan Harapan.

8. Kami mengajak seluruh pengundi dan rakyat Malaysia untuk menolak sebarang amalan politik toksik seperti ini.

9. Kami dimaklumkan bahawa Tn Hj Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut.

10. Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga individu tersebut kerana menyamar sebagai ahli AMANAH.


ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
Timbalan Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
4/5/2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...