Jumaat, 4 Mei 2018

Penyokong PH Yang Gunakan Poster Untuk Merendahkan Orang PAS Patut Rasa Malu..

Oleh : Syahr Musafir

Bertebaran poster perbandingan pencapaian DS Anwar Ibrahim PH (DSAI) dan TG Haji Hadi PAS (TGHH) di Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya..... 


Viral, dengan pelbagai caption merendah-rendahkan TGHH.



Tarik nafas panjang-panjang....

Salah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak berwajib parti politik dan para penyokong adalah perbandingan yang tidak rasional seperti ini.

Mana mungkin sumbangan, kejayaan dan pencapaian seseorang yang berkapasiti Menteri di Kementerian dan Timbalan Perdana Menteri adil untuk dibandingkan dengan pencapaian seseorang yang tidak pernah diberi jawatan dan kemudahan seperti seorang Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lagi pula DSAI berkapasiti Kerajaan dan TGHH berkapasiti Pembangkang. Ini adalah perbandingan yang kekok, janggal dan tidak adil.

Serius sikiiit. Mana ada orang bandingkan keupayaan 'mengikut arahan untuk lompat pagar' seekor kuda dewasa terlatih sejak kecil untuk sukan ekuestrian dengan seekor kuda dewasa liar yang baru ditangkap dari hutan.

Jangan kata saya hentam PH dan tak perlu kata saya back-up PAS.

Orang PH yang guna poster ini untuk merendahkan orang PAS patut rasa malu kerana bersikap tidak rasional dan tidak adil. Dan orang PAS tak perlu rasa tertindas apabila 'dihidangkan' kritikan kekok seperti ini kerana ini adalah sebuah kesilapan.

Kita semua sepatutnya bersikap matang, terbuka dan adil apabila membuat perbandingan. Dan satu poin yang sangat penting di sini adalah sikap merendah-rendahkan pihak lawan supaya nak menampakkan kita hebatsebegini adalah kebudak-budakan. Menghebahkan keburukan pihak lawan tidak akan menjadikan kita lebih mulia.

Berkempenlah secara matang, adil dan jujur tanpa memburukkan pihak lawan. Masyarakat kita bukan bodoh dan tidak mahu diperbodohkan.

Kalau betul nak banding, bandingkanlah agenda memartabatkan syariat Islam yang dibuat oleh DSAI semasa dalam PKR dengan agenda TGHH sepanjang dalam PAS. Cuba tengok siapa menang.

Siapalah buat poster yang viral ni? Nak kena sekeh ni...

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...