Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Mei 2018

Mahathir Nafi Mahu Hapuskan GRAB, Ini Bukti Rakaman Ucapan Mahathir Di Langkawi.

Semalam beberapa portal berita melaporkan kenyataan Tun Mahathir Mohammad yang dipetik sebagai berkata mahu menghapuskan perkhidmatan GRAB ketika berucap di Langkawi.


“Saya sedar bahawa pendapatan pemandu teksi telah terjejas dengan wujudnya perkhidmatan e-hailing dalam negara kita. 

Perkhidmatan e-hailing ini mempunyai permintaan tetapi kita perlu lakukan sesuatu dengan campurtangan kerajaan bagi melindungi periuk nasi pemandu teksi. 

Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia.

Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti,” katanya seperti yang disiarkan oleh beberapa portal tempatan.

Najib turut mengulas kenyataan oleh Mahathir itu.

"Demi mendapatkan undi pemandu teksi, Mahathir berjanji untuk mengkaji semula sistem e-hailing seperti GRAB andai PAKATAN HARAPAN menang pilihanraya umum, ini sekaligus menindakkan kebaikan sistem e-hailing ke atas pengguna.

Ini satu lagi bukti nonagenarian (warga emas yang berusia 90 tahun ke atas) enggan memahami bahawanya zaman telah berubah dan bagaimana kecanggihan teknologi telah memanfaatkan manusia.

Cara terbaik untuk menyelesaikan isu berbangkit (perkhidmatan e-hailing) ialah dengan mengabungkan peranan mereka untuk kebaikan semua pihak (rakyat) melalui cara membantu pemandu teksi menerima teknologi baru dan memudahkan pembelian kenderaan," kata Najib dalam satu kenyataan di Facebook pada isnin.  

Najib turut menjelaskan beberapa subsidi dan bantuan telah diberikan kepada pemandu teksi agar mereka dapat berdaya saing dengan teknologi semasa.

Najib juga sempat menyindir Mahathir dalam isu tol ketika mengkritik tindakan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu dalam isu GRAB.

"Untuk anda yang baru mengundi kali pertama, anda semua mungkin tak pernah merasai zaman pentadbiran Mahathir. Inilah contoh tipikal Mahathirism - ia samada (kita terpaksa/dipaksa ikut) jalannya ataupun guna lebuhraya. Dengan tol (tentu sekali)!

Lihat sahaja apa yang berlaku pada PROTON. Kereta nasional itu sepatutnya boleh sahaja jadi produk yang menguntungkan negara, sehingga kita merasa bangga dengannya. Sebaliknya ia sentiasa memerlukan kerajaan untuk keluarkan wang dan pembayar cukai menanggungnya supaya ia (PROTON) mampu bertahan dan bersaing.

Adakah kita mahu kembali ke masa silam atau masa depan yang lebih gemilang dengan menjadikan negara kita bertambah lebih baik?," kata Najib dalam kenyataan itu. 

Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan yang menyifatkan kenyataannya di Langkawi pada sabtu adalah bertujuan mahu menghapuskan GRAB.

Serentak dengan penafian itu, admin kepada page Mahathir Mohammad kemudiannya berkongsikan rakaman video ucapan sebenarnya pemimpin itu di Langkawi untuk dinilai oleh semua pihak. - 1 Mei 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...