Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Julai 2012

Najib kini dah jadi hantu?


Kerja gila. Samada ini kerja gila piem ataupun kerja gile penasihat media piem. Aku taktau siapa yang lebih gila dari yang sedia gila tapi tak payah heretkan kegilaan tersebut kepada rakyat jelata. Sebenarnya tiada satu hari pun hari aku berlalu tanpa najib disisi. Siyes.

Pernah aku terjaga dari tidur akibat terkejut plus rasa seram. Mana taknya. Dalam mimpi aku pun ada najib. Celaka. Trauma aku nak tidur balik. Nak kata aku gila bayang kat najib memang tak mungkin arh kan. Tapi apsal aku sentiasa ternampak najib kat mana2 sekarang neh hah?

Kalau buka tv dah tentu2 najib menguasai pasaran. Bukan dalam berita aje beb. Dalam iklan pun dok bercakap pasal najib. Kalau tv kerajaan dan tv percuma ada maafnya lagi. Ini kat astro pun dok citer pasal najib. Takde muka, citer pun jadi. Asal najib cukuplah. Cam salah satu peraturan pula untuk menajibkan saluran tv sekarang neh. Confused.

Kalau keluar rumah jangan cakaplah. Kalau p selangor dan perak tue boleh larh di anggap negeri najib. Dalam papan iklan bersepah muka najib. La neh kat bas pun ada najib. LRT pun ada najib. KTM pun ada najib. Bahkan yang terkini kat bangunan pun ada najib. 

Najib kini di mana2. Dia dah menghantui aku. Aku dah serik. Maafkanlah aku najib. Aku takmo kutuk ko teruk2. Cukuplah. Janganlah menajibkan malaysia neh lagi. Aku mahu hidup lama najib. Tolong. Jangan jadi hantu oke. Jangan bagi aku seram. Pleasee.. aku merayu. Tolong lah faham.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...