Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Julai 2012

Advertlets taknak bayar bloggers dah..

Hak eney. Bermula tahun neh dorang telah melakukan satu propaganda yang tak sepatutnya dorang lakukan. Dorang pernah buat propaganda macam neh dulu2. Aku tak ingat bila. Tapi silap aku tahun 2006 macam tue kot and tahun 2010. Lepas tue dorang stop. Dorang bayar bloggers. Tapi lepas tue bermula nya tahu neh sampai ke sudah dorang tak bayar.

Aku mengaku dorang bayar aku setiap kali aku cashout. Dah banyak kali dah pun aku cash out. Tapi itu kisah lama. Sekarang neh jumlah cashout aku masih berbaki sebanyak 3 kali. Dua darinya dah overdue. 

Sebenarnya kalau overdue sebulan dua bulan aku abaikan jek. Tapi agak2lah woitt sampai overdue 4 bulan? Jangan larh melampau sangat. Overdue satu hal, tak bagi alasan satu hal, tak respon email satu hal, tukar no telefon satu hal pula.

Adakah advertlets nak LARI sekarang neh?

03-78049282


No telefon yang tidak dapat dihubungi langsung. Sebenarnya pekerja advertlets neh ramah tamah. Tapi sekarang neh ada sesuatu yang sedang berlaku. Aku pun tatau apa benda yang berlaku yang pasti aku dapati sebenarnya advertlets telah tidak bayar RAMAI bloggers. Demm. Bukan aku aje beb. Dan yang paling penting ia bukan artikel lama tapi artikel baru. So bermakna pengalaman baru bukan pengalaman lama.

Korang refer sini, sini, sini dan sini. Mungkin ada ramai lagi. Tapi aku tak pasan. Yang aku heran nak mampos tue ialah kat twitter, kat blog, kat facebook kemain kaw aktif tapi apa jadahnya susah untuk ko respon pertanyaan orang ramai?

Kalau tengok aktiviti dan event kemain kaw kencang tapi apa jadahnya tiba2 ko taknak bayar kami seme bermula pada tahun neh? Dengar sini. Kalau sapa2 yang bagi alasan aku  klik sendiri iklan aku meh sini.. tulis terang2 kat komen bawah neh. Sertakan nama dan blog ko sekali. Meh sini aku kasi ganyang ko sampai mampos. 

Sebenarnya walaupun advertlets berperanan sebagai iklan penganti di blog aku, iaitu iklan yang mengantikan innity bila innity tidak mengiklankan apa2 product di blog aku itu tidak bermaksud advertlets boleh buat bodohh jekk.. Aku ada sebab yang sangat kukuh kenapa aku jadikan advertlets sebagai iklan penganti. Aku selesa bersama innity dan nuffnang. 

Kerana mereka tetap membayar aku setiap biasa. Kalau lambat pun dorang inform. Walaupun kadang2 aku bengkek gak dengan nuffnang sebab jarang bagi aku BE tapi aku still selesa dengan kedua2 pihak penaja neh. Aku takde masalah pun dengan advertlets neh sehingga lah sekarang. 

Gini jek solution aku sekarang. Kalau korang ada cashout yang da melebihi dari 60 hari korang pergi update kat blog masing2. Tulis satu keyword yang serupa iaitu ADVERTLETS tak bayar blogger or advertlets taknak bayar blogger or advertlets taknak bayar aku.. pastikan advertlets taknak bayar or tidak bayar tue berada di title of korang nya entry.

Lepas tue sapa nak jadi ketua or leader untuk buat report polis terhadap advertlets. Aku ingat neh langkah terakhir yang kita kena buat. Bukan apa hasil pemerhatian aku ialah apa yang membuatkan josh lim semakin menganas taknak bayar ialah bukan disebabkan dia takde duit tetapi dia nak buli kita seme. Dia tengok kita berpecah belah. So ini masa untuk kita seme united larh beb. Kalau dia dah bayar pun jangan cabut entry blog neh dari blog korang. 

Hey advertlets, aku taknak pindah keluar entry neh dari blog. Tetapi duit aku mesti mao. Pulangkan hak aku. Aku akan cari jalan untuk berbincang dengan rakan2 macam mana nak bawa hal neh kepada penguatkuasa. Yang pasti advertlets ko jangan nak suka2 buli kami. Ini sesuatu yang salah. Jangan bagi alasan itu neh lagi. Yang aku tahu 2 dari cashout aku tue aku nak sekarang. Sebab dah melebihi tempoh 90 hari plak tue.. [seme cashout aku nak oke] dekat beratus2 hari. Aku punya lah buat donno lama2 dia pijak aku plak. Celake.


Aku bukan apa. Kalau ko taknak bayar ko jangan lah beriklan di blog aku. Dah pandai2 beriklan pandai2 larh bayar. Alamak aiiiii benda kecik cam neh pun nak aku ajarkan. Parah betul. Orang cakap baik2, ko berlagak. Neh meh cakap dengan orang yang dah naik angin plak. Apa pun kalau korang ada iklan advertlets better remove je larh. Sekarang. Kalau taknak sakit ahti larh der. Kalau advertlets dah insaf tue lain citer oke. Bai

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...