Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 Julai 2012

Masa bodek Najib dah tamatlah Suhaimi Baba.

13 mei?

Hero negara?


Itu bukan tun razak. Kalau ko nak tahu suhaimi baba. Itu bukan tun razak. Sejarah di malaysia ditulis oleh orang JAHAT yang menang. Orang JAHAT yang menang mana nak burukkan diri sendiri. Lainlah kalau orang BAIK yang menang. Itu lain citer der. Macam Nabi saw. Macam islam. Aku tak payah tengok jejauh. Aku tengok diri aku sudah cukup.

Siapa di antara kita yang sudi berkongsi sejarah2 yang pahit mengenai masa silam kita? Takde. Memang itulah majoriti dari kita akan buat. Sapa nak mengaku beb kita pernah buat perkara2 yang memalukan waktu dulu2? Seme mesti nak tulis cantik2 jek pasal diri sendiri. Seme mesti nak tutup aib sendiri2. Orang bodoh jek yang suka dedah aib sendiri lepas tue marah bila orang memperkatakan tentang aib dia.

Orang pandai dan bijak akan memilih untuk tutup kesilapan lampau dan aib diri sendiri sebab benda tue memang tak perlu dihebohkan pun. Tapi itu kalau nak syok sendiri boleh larh der. Kalau nak tulis sejarah, aib ka tak aib ka apa ka ko kena larh tulis ikut kronologi dan kejadian yang betul.

Memang merupakan satu aib kepada umno yang sanggup bersetongkol dengan british untuk membunuh dan menahan individu2 yang terlibat dalam gerakan islam. Bahkan dalam gerakan pro pembebasan. Aib. Ini memang aib bagi umno. Tapi ini tetap perkara yang telah berlaku. Ko suka atau tak suka ko punya pasal.

Sama juga dengan peristiwa 13 mei. Ini juga merupakan aib kepada umno dan parti perikatan pada ketika itu. Ko dah kalah. Ko dah tertekan. Kuasa dah hilang. Dah tamat. Habis seme. Habis seme sejarah penipuan akan diselongkar. Akan dibongkar. Dan kita sepatutnya tahu tentang kebenaran pada ketika itu tetapi kita tidak.

Propaganda dicipta untuk merampas kuasa. Ini aib. Memang aib. Tetapi ia tetap telah berlaku. Ramai rakyat jadi mangsa penipuan. Cina, india, melayu habis berbalah sesama mereka pada ketika itu. Teori konspirasi dan propaganda belum dapat dikesan oleh rakyat pada ketika itu. Tetapi itulah yang berlaku. Dan ia tetap merupakan satu sejarah. Dan ia harus ditulis sebegitu kerana sejarah adalah berdasarkan fakta. Bukan berdasarkan kepada emosi ko. Ko suka atau tak suka itu ko punya pasal. Sekali lagi.

Yang penting sejarah harus ditulis berdasarkan kepada fakta tersebut. Ini kisah sejarah. Bukan buku kisah emosi ko. Tapi umno menjadikan catatan sejarah sebagai salah satu koleksi mengangkat diri sendiri ke tahap yang terangung bahkan lebih dari itu lagi. Dan ia memualkan. Ko tahu tak? Memualkan. 

Benda kalau betul takde isu langsung. Yang menjadi masalah sekarang sudah lah benda tak betul, angkat diri sendiri lebih2 pula, yang baik ko fitnah, dan kesannya generasi sekarang habis kena tipu dan diperdayakan oleh ko hidup2. Ini lah yang sukar ditangkis.

Sebenarnya ada sesetengah jenis orang kalau ko campak seribu maklumat dan kebenaran depan mata pun dorang takan boleh terima sebab dah membesar dengan penipuan yang dicanangkan oleh umno menerusi pelbagai medium. Bayangkan dari kecik sampai habis sekolah ko hanya tahu pasal yang baik2 jek tentang umno. Bahkan dalam buku sejarah pun hanya umno jek yang dijulang. Sepanjang 17 tahun hidup bertuhankan umno. Hanya orang bijak dan berani jek boleh keluar dari situ. Bayangkanlah.

Lainlah kalau mak bapak dia memang tahu kebenaran dan sentiasa bagitau anak dia. Kalau jenis mak bapak yang turut sama ditipu oleh umno cam aku contohnya? Sepanjang 21 tahun hidup hanya tahu yang baik2 pasal umno. Keluar dari landasan kejumudan baru tahu owhh umno yang aku kenal bukan sepertimana yang aku fikir selama neh. Ia adalah persepsi yang dibentuk ke atas aku. Supaya bila aku dewasa hanya umno jek yang aku sokong. Bukan parti lain. Hanya umno.

Tapi sayang persepsi yang telah dibentuk ke atas aku sudah tidak berkesan lagi. Ini adalah kerana aku telah melihat sendiri kebenaran di depan mata. Orang cakap selagi ko tak alami selagi itulah ko takan tahu. Oleh kerana aku dah alami maka aku dah tahu betapa teruk dan buruknya umno. Mungkin dulu2 umno tidak seteruk neh meskipun bersetongkol dengan british demi kuasa dan kedudukan.

Tapi hari neh aku berani kerat leher yang umno dah masuk ke tahap yang sangat teruk dan buruk. Bukan hanya melibatkan pihak atasan bahkan juga peringkat bawahan. Mungkin bukan di semua kawasan tetapi majoriti dari mereka memang ya. Aku bukan nak jatuh hukum or buat kesimpulan melulu. Tak percaya pada pengalaman aku sekurang2nya korang patut percaya pada pengalaman sendiri bukan?

Dan last, buat umno, suhaimi baba dan khusus untuk najib. Selamat membodek dan terbodek di dunia khayalan. Sekurang2nya korang merasa. Kerana korang takan selamat terbodek dan dibodekkan di dunia realiti. Oke? 

Karya terbaru suhaimi baba rujuk sini dan sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...