Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Julai 2012

Anwar lebih bahaya dari BOM rupanya.


KAH KAH KAH

Sakit perut aku baca artikel dari GAP. Paranoid nak mampos. Aku bukan nak tuduh2 tapi aku fikir GAP terlalu takutkan DSAI bahkan mungkin lebih takutkan DSAI dari Allah swt kot. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku boleh rasa demikian. Cuba korang tengok apa si GAP tulis kat blog dia beb ;

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.  Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.  Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.  


KAH KAH KAH

TAKUTTTT AKU SELEPAS MEMBACA. 

DSAI lebih bahaya dari BOM? DSAI akan membuatkan umat islam saling bunuh berbunuhan ? Dah takde hujah sangat ke sampaikan guna taktik macam neh der? Awat tak selitkan sekali citer2 freemason dan illuminati apa bagai? Lebih sedap sikit aku nak baca apatah lagi aku kan pengikut tegar freemason. 

kah kah kah

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.  Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.  

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.  Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri. 

kah kah kah

Adoiiiiiiiiiiiiiiiii kelakar nak mampos. Apsal masa DSAI jadi menteri puak2 neh tak meroyan balon DSAI hah? Sokong pula bagai nak rak. Apsal baru sekarang timbul isu yang dia memperkenalkan politik wang apa seme? 

Takan kot pada tahun 2004, si DSAI hasut Ali Rustam dan Isa Samad main politik wang? KJ? Pun salah dan silap DSAI gak ka? Dorang seme dah tinggalkan umno ka sekarang der? Mahathir cakap rasuah dan politik wang dalam umno tak dapat dilupuskan, so yang tue pun dsai gak ka yang bersalah?

Sesiapa boleh memperkenalkan apa2 budaya dan sebagainya tetapi sesiapa tak boleh paksa sesiapa untuk mengamalkan apa2 yang dia tidak sukai. Dalam kes neh kalau sungguh dsai yang bawa budaya neh, kalau umno tak suka, umno juga takan amalkan ia. 

Sekarang bukan isu siapa yang memperkenalkan siapa atau apa, sekarang neh memang terbukti umno amalkan politik wang kerana suka kepadanya. Takan ko nak bagi alasan yang DSAI dah mengawal pemikiran2 pemimpin2 tertinggi umno pula kot der? Dan sekali lagi, mereka seme dah keluar dari umno kah sekarang?

kah kah kah 

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana. 

PARANOID tak tentu pasal.

Orang nak p berceramah dikatakan orang nak rekruit pejuang untuk huru harakan malaysia. Baca sini.  Bukan perkara yang pelik untuk dsai meraih undi dan sokongan dari pengundi2 beb. Ko ingat duduk goyang kaki jek orang akan undi PR tak pasal2? Kalau ye memang arh ko bodoh beb.

Dan apa masalahnya pun dsai melabur kat sana? Janji dia tak guna duit orang. Nak berpolitik memang lah kena ada duit. Baru boleh bergerak. Takan ko ingat dsai boleh terbang ke sana sini pula der. Usaha dsai neh harus dipuji sebab dia mengumpul dana berpolitik menggunakan cara yang tepat dan betul.

Ia bukan perkara yang pelik. Takan ko fikir umno berpolitik tanpa gunakan wang pula? Umno pun gunakan wang tapi lebih keji dia gunakan wang rakyat. At least dsai cari dana sendiri. Itupun nak kondem ka? Lue kondem diri lue larh. Apsal lue taksub ka batang tubuh dsai? Apa yang special sangat kat dsai neh?

Aku tengok dia orang biasa jek. Kadang2 aku tak setuju dengan prinsip dia. Kadang2 aku setuju dengan prinsip dia. Kadang2 aku sokong prinsip dia dan kadang2 aku tak sokong pun prinsip dia. Tapi yang aku heran walaupun dsai itu parti pembangkang dan disokong oleh orang2 pembangkang tapi apahal orang2 umno pula keterlaluan dalam memuja dsai? Korang sebenarnya benci atau sayang dsai neh? Ce terangkan.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...