Nampak sangat aku tak amek port pasal pertandingan neh. Lagi dua jam nak tutup baru aku tahu undian blogger of the year akan berakhir pada malam neh. Sudah lah hari tue sebulan lebih berlalu baru aku tahu aku tersenarai sebagai calon.
kah kah kah
Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat korang. Tak kesah yang vote ke tak vote ke sebab jasa korang kat sebenarnya banyak. Ce fikir ke dalam sikit yerk.
Kalau korang vote aku = aku menang = aku dapat duit kan? = jasa orang yang vote.
Okey gak tue memang best pasal dapat duit. Gila arh sapa tak suka. Heh.
Kalau korang tak vote aku = aku tak menang = kekal misteri = kekal gay. = jasa orang yang tak vote.
Dua2 ada jasa neh. Tapi aku sebenarnya memang tak berapa nak menang pun. Cukuplah tersenarai antara toplist pun jadi lah. Sebab kalau jadi toplist maka semakin ramai yang baca blog aku maka semakin banyaklah madah aku diketahui oleh maka semakin besar lah harapan untuk dorang undi PR.
Apa pun entry neh ditulis untuk ucapkan terima kasih kepada DG sebab beri peluang untuk aku masuk bertanding walaupun aku tak berapa nak amek port last2 lupa terus yang aku bertanding.
kah kah kah
Sebab apa kalau korang baca syarat2 dia sebenarnya BLOG POLITIK dilarang sama sekali masuk bertanding. Entah macam mana aku nya blog leh terlepas aku pun taktau. Padahal aku bukan nya ada rasuah dorang segala bagai ke apa ke. Mungkin pasal aku kuat kempen kuning2 kot. Dorang ingat aku kempen dorang lah tue. Hehehe..
Dah alang2 nak ucapkan terima kasih kan, so aku nak ucap sekali harung pasal aku malas sangat nak buat entry2 macam neh almaklumlah entry membodek tak sama macam entry mengetuk. Lazim aku mengetuk. Bila kena bodek rasa kekok plak. Heh
Terima kasih kepada churp2 kerana aku telah mendapat cheque tepat pada masanya. Terima kasih juga kepada nuffnang kerana mengajar cara2 untuk mendapatkan BE. Aku akan kongsikan tips neh dengan korang pada masa akan datang. Sekarang neh masih lagi dalam peringkat testimoni. So takley nak heboh2 sangat.
Terima kasih gak dengan innity sebab ajarkan cara2 untuk jana pendapatan dengan betul menggunakan innity. Bagi korang yang beli ebook situ sana sini untuk jana pendapatan dengan innity sah2 kena tipu padahal ilmu tue percuma je beb. Yang penting kita kena bertanyakan soklan yang betul pada individu yang betul.
Dan terima kasih gak kepada advertlets sebab membuktikan bahawa dorang memang bayar bloggers. Cuma hakikat kekal hakikat iaitu pemprosesan bayaran adalah lambat. Tapi jangan takut sebab dorang bayar memang bayar.
Terima kasih gak kepada mereka yang sudi dan telah beriklan di blog aku. Akan datang beriklan lah lagi. Semua iklan diterima kecuali iklan bik mama. Heheheh..
Aku dah ucap terima kasih kepada semua sponsor aku kan? Owh lupa.. koranglah sebenarnya sponsor terbesar aku. Lupa pula aku. Hehehe. Jangan marah. Nanti cepat tua. Hehehe.
Ameno : 9 julai 2011, sapa nak jumpa turun bersih. Tahu lah aku gay sejati ke tidak masa tue. Heheheh.
0 Comment to " Babai lah digi "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.