Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label DIGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIGI. Papar semua catatan

Isnin, 12 September 2011

Soal-jawab cukai prepaid yang anda mesti tahu.

Aku dah agak benda neh akan berlaku. Malahan aku percaya ramai di kalangan kita pun dah agak benda yang sama. Jadi straight to the point je larh. 

1. Kenaikan cukai prepaid tiada kena mengena dengan kerajaan.

Bohong. Kenaikan cukai prepaid memang ada kaitan dengan kerajaan. Lihat bawah neh ;


Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.




Statement di atas ialah sebahagian dari hansard parlimen yang pernah dibentangkan di dalam parlimen untuk kelulusan, yakni dah diluluskan pun iaitu pada tahun lepas. Apa yang anda perlu faham ialah ;

- cukai perkhidmatan telah diwujudkan oleh kerajaan malaysia sejak zaman berzaman.

- kadar bayaran dan cara / kaedah nya mungkin mengalami revolusi bersesuaian dengan kehendak kerajaan.

- dulu kadarnya 5% tapi sekarang dah naik 1% menjadikan ia kepada 6%.

- Sila lihat  [b] (ii) = astro dulu tak dikenakan cukai perkhidmatan, tetapi kerajaan wujudkan cukai jenis neh bagi mengollect cukai perkhidmatan. Astro sudah semestinya membayar cukai perniagaan dan lain2 cukai kepada kerajaan tetapi nampaknya tak cukup sehingga kerajaan sanggup minta duit cukai dari kita.

2. Okey, tapi kerajaan bukan suruh rakyat bayar.. dia suruh syarikat telekomunikasi yang bayar. Cukai neh dulu diserap oleh syarikat dan sekarang syarikat malas nak serap cukai neh lalu dia alihkan beban kepada rakyat. Of course larh kita kena marah syarikat telekomunikasi bukannya kerajaan.

Rujuk perenggan [b] (i) disitu. Betul ke syarikat telekomunikasi serap cukai kita? Boleh percaya ke cakap dorang? Contohnya begini ;

- Ali meniaga nasi lemak. Dia kena membayar cukai kepada kerajaan dalam 2 bentuk. Satu cukai perniagaan yang ditolak dari keuntungan tahunan, satu lagi cukai perkhidmatan atas perkhidmatan nasi lemak yang dia jual.

- Melalui peruntukkan cukai yang ada di dalam akta percukaian, dia boleh memilih untuk mengalihkan cukai tersebut kepada rakyat secara langsung [terus], ataupun mengenakan bayaran kepada pelanggan melalui harga nasi lemak bercukai dengan meletakkan notis pemberitahuan di setiap pek nasi lemak bahawa perkhidmatan neh termasuk cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6%.

Maksudnya disini memang sejak awal lagi kita membayar cukai 5% neh. Tidak mungkin celcom, maxis, digi dan lain2 syarikat telekomunikasi membayar untuk kita. Apakah korang fikir peniaga akan berbuat demikian? Bayarkan cukai untuk korang? What a joke dude. Tiada mana2 peniaga akan bayarkan cukai untuk korang. Walaupun korang mahu tetapi ia tidak akan berlaku. Lihat bawah neh ;

Sejujurnya ikut persepsi aku [ belum terbukti benar ]  ;

1. Kerajaan mungkin telah mengubah cara / kaedah dorang mengenakan cukai kepada syarikat telco neh.

2. Jika dulu kerajaan mengenakan ia secara kolektif. Maksudnya disini maxis menawarkan perkhidmatan prepaid, setiap keuntungan yang maxis raih melalui perkhidmatan neh di tolak sebanyak 5% untuk cukai tetapi sekarang kerajaan mengira per individu. Jadi ini mungkin memeningkan pihak telco. 

3. Ada beza yang sangat besar bila kiraan per individu atau kiraan kolektif digunapakai atau kedua2nya sekali. [cukai perkhidmatan + GST] 

4. Sebab apa aku cakap macam neh? Mudah je jika cara pengiraan cukai 6% sama macam 5% yang dulu, syarikat telco rasanya tak perlu susah payah naikkan harga prepaid dorang. Sudah tentu dorang pandai belit2 di mana wang prepaid rm10 yang kita beli tetap boleh dapat rm10 di dalam nya dengan menawarkan perkhidmatan belit2 macam yang dorang buat sekarang.

Contohnya ;
tutt.. tutt..tutt.. tutt.. tutt.. haiii.. anda kini sedang memasuki voice mail.. demmm! Potong 33sen aku. Celaka anakharamjadah. <-- antara perkhidmatan belit2 syarikat telco untuk sebat wang kita bagi membayar cukai perkhidmatan.

0124346788 nak call gay larh..  tett.. haii saya gay..saya sedang sibuk tak dapat nak jawab telefon sekarang..  demmm!!!! Lebur lagi 33sen aku. Haramjadah. Call tak dapat cakap.. duit tetap kena potong <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

122 check baki ada rm7.. takpe baru hilang 66sen je wa banyak duit neh... nak call azie larh.... 012blablabla.. harap maaf, kredit anda telah tamat tempoh, sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya..  demmm!!! ada rm7 lagi larh woitt..tapi kena paksa topup tiap2 minggu <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

Dorang dah memang pakar dalam benda neh. Dulu 3 naik kepada 5 dorang tetap maintain padahal naik 2%. Tapi napa bila 5 naik kepada 6 dorang jadi kelam kabut? Dorang boleh je ubahsuai kandungan perkhidmatan agar tidak menjejaskan pendapatan / keuntungan dorang. Melainkan ada perubahan besar selain dari kenaikan, kaedah pengiraan cukai juga mungkin telah di ubah.  

Apa pun benda neh bukan lah fakta. Ia sekadar persepsi aku. Boleh percaya, boleh taknak percaya tetapi jangan anggap ia fakta selagi belum terbukti benar.

Cuma apa yang aku faham ialah ;

1. Fakta nya ialah memang kerajaan yang menaikkan cukai perkhidmatan prepaid dan lain2 perkhidmatan termasuklah broadband [incoming]

2. Akta cukai yang membolehkan syarikat mengalihkan cukai kepada pelanggan memang sudah sedia wujud. Malahan syarikat diberikan sepenuh kebebasan oleh akta neh melalui kerajaan samada memilih untuk meminta secara direct dari pelanggan ataupun menitipkan notis bahawa perkhidmatan sejenis neh, bayaran yang dibuat termasuklah dengan cukai.

3. Bila kerajaan menyeru syarikat telco menangguhkan cukai perkhidmatan neh bermaksud tangguhkan dulu, bukan batalkan terus. Maksudnya disini kerajaan sendiri bersedia menangguhkan kenaikan [ mengenakan ] cukai perkhidmatan kepada syarikat telco sebab itu dorang buat statement macam neh.

4. Bila kerajaan menyeru syarikat telco agar mengkaji cukai perkhidmatan bermaksud kerajaan sendiri sedang mengkaji adakah cukai perkhidmatan boleh diteruskan kepada syarikat telco ataupun tidak, at least for sekarang. Sebab itu setiap statement yang dibuat oleh kerajaan akan disusuli oleh syarikat telco. 

5. Bila kerajaan jamin bahawa cukai 6% tidak akan dikenakan ke atas pelanggan prepaid, sehingga mendapat kelulusan kabinet, itu bermaksud kerajaan telah menarik balik / hold sementara keputusan yang telah dibuat. 

Isu neh sama macam astro. Bezanya tentangan terhadap prepaid lebih besar berbanding astro sebab prepaid di pakai majoriti rakyat malaysia bukan macam astro. Nanti tak berprepaid lagi susah. Public phone memanjang je rosak. Samada kena abuse ataupun takley masuk syilling ada je peel dorang. Kalau urgent tengah2 malam lagi payah. Satu hal lagi nak mengembara cari public phone pula. Sebab tue ramai yang bangkit dan marah.

So bila kerajaan melihat reaction rakyat huge dalam isu neh maka dorang dengan sendirinya jadi serba salah dan mula buat statement2 bodoh. Dari awal hingga akhir memang ada campurtangan kerajaan dalam isu neh. Melarikan diri daripada tindakan yang telah dibuat ialah kerajaan dayus. Aku tak harap kerajaan aku maksum pasal aku pun bukan lah sesempurna mana. Tetapi at least mesti ada keberanian dan ketegasan. Kalau kerajaan rasa cukai neh wajar maka berdiri lah di depan2 betul2, debat dengan rakyat.

Jangan main pusing2 cakap neh. Takut sangat sedangkan keputusan dibuat oleh diri sendiri. Macam mana seorang perdana menteri berani buat keputusan tapi tak berani hadapi tentangan? Perdana menteri pengecut macam neh kena reject je. Siyes aku cakap. Penakut nak mampos tapi lead negara? Ceh.. 

Ameno : Kalau dah berani jadi leader, kena berani terima kritikan.

Isnin, 20 Jun 2011

Babai lah digi

Nampak sangat aku tak amek port pasal pertandingan neh. Lagi dua jam nak tutup baru aku tahu undian blogger of the year akan berakhir pada malam neh. Sudah lah hari tue sebulan lebih berlalu baru aku tahu aku tersenarai sebagai calon.

kah kah kah

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat korang. Tak kesah yang vote ke tak vote ke sebab jasa korang kat sebenarnya banyak. Ce fikir ke dalam sikit yerk.

Kalau korang vote aku = aku menang = aku dapat duit kan? = jasa orang yang vote.

Okey gak tue memang best pasal dapat duit. Gila arh sapa tak suka. Heh.

Kalau korang tak vote aku = aku tak menang = kekal misteri = kekal gay. = jasa orang yang tak vote.

Dua2 ada jasa neh. Tapi aku sebenarnya memang tak berapa nak menang pun. Cukuplah tersenarai antara toplist pun jadi lah. Sebab kalau jadi toplist maka semakin ramai yang baca blog aku maka semakin banyaklah madah aku diketahui oleh maka semakin besar lah harapan untuk dorang undi PR. 

Apa pun entry neh ditulis untuk ucapkan terima kasih kepada DG sebab beri peluang untuk aku masuk bertanding walaupun aku tak berapa nak amek port last2 lupa terus yang aku bertanding.

kah kah kah

Sebab apa kalau korang baca syarat2 dia sebenarnya BLOG POLITIK dilarang sama sekali masuk bertanding. Entah macam mana aku nya blog leh terlepas aku pun taktau. Padahal aku bukan nya ada rasuah dorang segala bagai ke apa ke. Mungkin pasal aku kuat kempen kuning2 kot. Dorang ingat aku kempen dorang lah tue. Hehehe..

Dah alang2 nak ucapkan terima kasih kan, so aku nak ucap sekali harung pasal aku malas sangat nak buat entry2 macam neh almaklumlah entry membodek tak sama macam entry mengetuk. Lazim aku mengetuk. Bila kena bodek rasa kekok plak. Heh

Terima kasih kepada churp2 kerana aku telah mendapat cheque tepat pada masanya. Terima kasih juga kepada nuffnang kerana mengajar cara2 untuk mendapatkan BE. Aku akan kongsikan tips neh dengan korang pada masa akan datang. Sekarang neh masih lagi dalam peringkat testimoni. So takley nak heboh2 sangat.

Terima kasih gak dengan innity sebab ajarkan cara2 untuk jana pendapatan dengan betul menggunakan innity. Bagi korang yang beli ebook situ sana sini untuk jana pendapatan dengan innity sah2 kena tipu padahal ilmu tue percuma je beb. Yang penting kita kena bertanyakan soklan yang betul pada individu yang betul.

Dan terima kasih gak kepada advertlets sebab membuktikan bahawa dorang memang bayar bloggers. Cuma hakikat kekal hakikat iaitu pemprosesan bayaran adalah lambat. Tapi jangan takut sebab dorang bayar memang bayar.

Terima kasih gak kepada mereka yang sudi dan telah beriklan di blog aku. Akan datang beriklan lah lagi. Semua iklan diterima kecuali iklan bik mama. Heheheh..

Aku dah ucap terima kasih kepada semua sponsor aku kan? Owh lupa.. koranglah sebenarnya sponsor terbesar aku. Lupa pula aku. Hehehe. Jangan marah. Nanti cepat tua. Hehehe.

Ameno : 9 julai 2011, sapa nak jumpa turun bersih. Tahu lah aku gay sejati ke tidak masa tue. Heheheh.

Jumaat, 11 Mac 2011

Tawaran Hebat! Broadband rm38 sebulan!

Digi sekarang buat tawaran menarik. Memang hebat lah tawaran dia. Aku pun rasa cam teruja. Patut ke aku tukar kepada digi yerk? RM38 + 3G = sebulan beb. Murah tue. Pakej yang aku guna sekarang maxis tapi mahal mana ada rm38 sebulan dapat 3GB.. rugi aku rasa. Digi siap bagi free modem dan tiada kontrak. Tengok bawah beb ;


Nampak tak? rm38 = 3G. Promosi neh sampai ble aku taktahu. Cuba korang check sini. Yang aku tahu kalau kat kawasan line digi okey dan dia tak amek pakej neh dia memang rugi. Pasal pe rugi? Sebab promosi neh ;

- tiada kontrak. Maknanya korang tak yah ikat kontrak lah. Nak guna, guna, taknak guna kasi terminate tanpa perlu fikir charge termination.

- murah sebab dengan rm38 ko dapat access internet sampai 3GB.  Kalau maxis? rm48 =1.5 GB beb. Kalau maxis nak buat offer cam DIGI pun bagus gak. Tunggu2 gak neh.. ada ke?

- Free modem. Modem yang free neh aku tak sure macam mana dan apa kapasiti kelajuan dia. Yang neh korang kena check sendiri kat sini, website digi.

TAPI tak silap aku kena bayar rm100 untuk bayaran permulaan bagi mana-mana pakej broadband digi. Tak tahu tawaran promosi neh korang kena bayar ke tidak. Korang kena selidik lhar kalau berminat kan.

Selain dari pakej promosi broadband neh, digi ada buat usahasama dengan bonuslink. Setiap kali bayar bill broadband korang dapat mata bonuslink. Bonuslink neh apa hah? Aku tak pernah pakai tapi digi cakap dapat 500 kredit bonuslink ble korang berlanggan broadband dengan digi. Check sini weh.

Digi turut buat promosi untuk pengguna IPHONE sedia-ada. Pengguna IPHONE digi yang sedia-ada kalau upgrade pelan internet, boleh membeli IPHONE di DIGI tanpa perlu langgan pakej internet. Maksudnya beli iphone tanpa pakej internet. Aku tak faham sangat tang mana istimewa promosi neh.. tapi maybe harga IPHONE jadi murah kot sebab tak perlu langgan internet. Check sini.

Digi nampaknya tidak melupakan pelanggan prabayar mereka juga. Bermula dari 1 march hingga 31 march 2011, digi akan memberikan ganjaran tertentu setiap kali korang reload handphone. Korang leh baca sini untuk lebih detail.

Dalam pada itu, MAS ada buat contest. Nak tahu hadiah untuk para pemenang peraduan MAS?

- ke africa selatan
- atau ke korea

mana satu idaman korang? Heh. Nak masuk peraduan neh pun simple. Apa yang perlu korang buat ialah UPLOAD video. Masuk sini untuk dapatkan cara-cara yang lebih detail.

Ameno : Maxis ada buat promotion broadband rm99 @ prepaid + modem. Aku dah tengok semalam.. tak menarik broadband tue.. lama nya fashion dan kelajuan plak.. tak secepat broadband fashion baru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...