Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Jun 2011

Hadiah untuk gambar provokasi terbaik dan polis bagi amaran kepada penjual tshirt bersih.

Adoii pas. Korang neh kenapa? Kenapa kenapa dan kenapa buat aku bersemangat neh. Adehh.. dah lah hari neh aku malas pasal tak berapa sihat. Aku ingat malas dah nak update apa2 entry hari neh kat blog neh. Sebab tak sihat badan. Bila badan tak sihat ianya sedikit sebanyak menganggu gak lah cara akal aku berfikir. Tapi pas macam tahu2 je nak cucuk nafsu menulis aku pada hari neh.

Kah kah kah

Korang tahu tak pas ada buat satu contest baru sempena bersih nanti? Bukan yang pasal video tue. Yang bab2 video toksah hadap aku lah. Aku bab2 edit video neh memang fail. Gila arh. Guna video movie maker pun tak khatam2 lagi sampai sekarang. Baru2 neh ada lah aku download video ucapan najib. Nak edit bahagian2 penting kat movie maker tak leh lak sebab video tue kena convert dulu. Jenuh aku download macam2 converter tp still takley convert. Bengkek siot ahti aku. Camne arhh nak buat tue. Aku dah siap sedia nak hempas laptop dah. Panas punya pasal. Heh.

Wehhhh.. malaysia dah menang bola. Woowww satu kejayaan dan cipta sejarah neh. Macam neh baru syok nak tengok bola. Hahaha.. okey sambung topic asal balik.

Selain dari contest buat video bersih, PAS juga ada buat contest gambar provokasi yang terbaik. Kita kena tengok provokasi-provokasi yang berlaku dan snap gambar2 ketika adegan provokasi sedang berlaku. Ini senang neh. Aku leh buat. Sejuta kali lagi senang dari edit video. Cuma nak kena fikir sket lah. Kita kena duduk kat tempat2 yang berkemungkinan akan berlaku provokasi. Peh tue kita snap. Nak balon hadiah otak kena cekap ma. Heh

So kalau korang berminat nak hadiah2 yang aku pun taktau hadiah2 apa, tapi pas kata lumayan so kita sama2 lah snap gambar2 then hantar kat.. er kat mana hah? Dorang tak cakap pun kat mana. Maybe akan umumkan kelak kot. Hahaha.. nanti2 lah aku update.

Lagi satu sekarang pihak polis dah bagi amaran kepada semua penjual tshirt bersih. Aku tak pasti samada polis bagi amaran kepada penjual tshirt bersih secara terbuka je kot ataupun meliputi penjualan2 online sekali cuma aku leh cakap polis tertentu neh bodoh piang. 

Macam neh citer nya napa aku cakap polis tertentu bodoh piang. Matematik aku ialah ;

1. penjualan tshirt bersih illegal = sebab prhimpunan takde permit = bersih.

2. perkasa + umno buat tshirt, banner utk hari tersebut apa pula? Dorang jual ke tak jual ke sama je. Aku dapat info dorang buat tshirt. Mungkin lah tak buat secara besar-besaran sebab tak laku kan tapi still buat gak. Dan sudah tentu lah dorang tetap jual juga secara kecil2an kepada orang2 yg berminat nak tempah kan? 

Yang penting aku faham alasan polis tertentu ialah perhimpunan bersih = takde permit = maka penjualan tshirt pun jadi haram.

Jadi tshirt perkasa + umno = pun harus haram juga disebabkan perhimpunan mereka takde permit. Tak kiralah samada tshirt dorang ada sambutan ke takde sambutan. Itu bukan isu pokok. Isu pokok ialah kesemua perhimpunan pun takde permit dan kalau bersih tak ley jual or buat tshirt maka peraturan ini haruslah termaktub kepada semua pihak dan bukan hanya tertumpu kepada bersih sahaja ataupun polis tertentu mungkin suka dikatakan sebagai 

FARK?

Okey incik polis tertentu yang bagi arahan, anda pilih. Saya rakyat perlukan keadilan. Dan saya mahu anda tahu bahawa keadilan itu tiada paksi politik. Dan saya juga mahu anda tahu bahawa menindas rakyat berdosa dunia akhirat. Sekian.

Ameno : Polis tertentu?

[ADS] Psttt ada berita hot dari samsung. Klik sini

Share this

0 Comment to " Hadiah untuk gambar provokasi terbaik dan polis bagi amaran kepada penjual tshirt bersih. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...