Sebenarnya ramai yang tanya aku sapa ambiga neh? Yang tanya2 aku neh bukan lah bebudak pro umno. Tapi bebudak pakatan dan atas pagar. Overall dorang support for bersih 2.0. Tapi tak support for ambiga. Actually aku pun tak kenal sapa ambiga neh. Jangan taktau weh. Aku kenal dia bila aku tahu bahawa dia neh pengerusi bersih. Selain dari ini aku taktahu satu haramjadah pun pasal dia. FB pun dia takde. So sapa ambiga neh? Bloggers umno banyak tulis pasal dia.
Bukan aku nak kutuk beb. Tapi cara penulisan bloggers umno tue siap menghina2 keturunan india segala bagai. Cakap sembah patung lah. Babitkan agama lah. Pergghh kasar gila. Siyes cetuskan rasa amarah orang india. Tak boleh macam tue kawan2. Ya walaupun mereka bloggers umno aku tetap anggap mereka kawan2. Namun mereka tetap insan yang bodoh. Tak boleh dinafikan. Lihat bawah ;
1. Ambiga pengerusi bersih.
2. Ambiga keturunan india
3. Ambiga seorang peguam
4. Ambiga tidak condong kepada kerajaan
Jadi kalau bloggers umno nak benci ambiga maka benci lah atas sebab2 yang benar. Iaitu kerana ambiga ialah ambiga yang mengetuai bersih. Bukan hina bangsa dia. Jangan hina bangsa orang lain. Penyokong umno cukup2 suka hina bangsa orang lain. Lepas tue mengangkat bangsa sendiri. Katanya perjuangan untuk orang melayu. Boleh berjuang untuk bangsa, tapi angkat dulu akidah masing2. Iaitu islam. Bila akidah sendiri dah mantop, maka bangsa juga akan jadi mantop.
Lagi satu aku bukan nak hina bloggers umno. Dorang kan dok kutuk2 ambiga paria segala bagai, cina babi segala bagai tapi kan muka dorang kan sebijik cam ambiga bhai. Apa citer tue? Takan lupa asal usul kot. Walaupun aku hidup tak lama mana tapi melayu tulen memang takde macam rupa dorang.
kah kah kah
Okey sambung balik pasal ambiga tadi. Aku melakukan carian google pasal ambiga. Ataupun lebih tepat nak cari kaitan dia dengan ifc. Tapi pandangan yang sahih = neutral aku tak jumpa. Yang ada cuma posting dari bloggers umno. Sekarang neh aku bersangka baik. Anggaplah mereka berkata2 benar. So aku pun review lah penulisan mereka.
Hasil yang aku dapati ialah ;
1. Ambiga tiada kaitan dengan IFC. Aku dah godek blog2 umno. Dia memang menerima memo daripada IFC. Tetapi dia tiada kaitan dengan IFC. Menerima memo + membuat memo = adakah perkara ini sama? Baik lah ko cakap paklah tue pro IFC. Pasal paklah pun dapat memo. Cuma dia tolak je usul tersebut. Namun tidak bererti ambiga tidak sokong perjuangan IFC walaupun dia bukan pembuat memo. Bab sokongan dia condong kepada mana aku takley ulas. Samada dia sokong IFC ataupun tidak aku taktau.
2. Forum yang membincangkan kes murtad lina joy turut dihadiri ABIM. Ambiga secara lantang menyokong kes murtad patut dibicarakan di bawah mahkamah sivil kerana ianya ada kaitan dengan peruntukan undang2. Jika undang2 kata boleh, maka apa hak pas + umno menafikan hak lina joy. Yang ini aku petik dari blog bebas. Aku cenderung mempercayai kata2 penulis bebas. Jadi kata2 bloggers umno bahawa ambiga ada kaitan dengan lina joy mungkin ada kebenaran nya disitu.
Cuma kebenaran tue belum menyeluruh. Selain dari ambiga, umno + seluruh kerajaan malaysia kecuali PAS + NGOs islam sahaja yang tiada kaitan dengan isu neh. Sebab hanya PAS + NGOs sahaja yang lantang menentang isu murtad. Umno = sokong = melalui perlembagaan negara = dibuat oleh umno sendiri = ketika zaman british. Jadi ini bererti umno = ambiga = sama sahaja.
Lain2 perkara yang dikaitkan dengan ambiga ialah anti melayu dan anti islam. Yang neh aku tak sure. Sebab blog umno tulis tanpa bukti. Dia cuma canangkan bahawa majlis peguam buat forum "memeluk islam" dan forum tersebut bertujuan untuk mempersoalkan agama islam. Entah betul entah tidak. Pas tue kaitkan dengan ambiga. Macam mana ambiga boleh terkait dalam isu neh aku taktahu. Sebab tiada line yang jelas yang aku boleh tuduh ambiga itu dan ini. Kalau korang ada info leh share sini.
Bab dia sebagai pengerusi bersih 2.0 ialah cuma atas kertas je. Dia pun takde apa2 jasa. Dia juga takan dapat highlight yang banyak pada hari itu nanti. Dia bukan wira pada hari itu. Yang wira pada hari itu ialah kita. Ambiga cuma kambing hitam yang bakal dikorbankan apabila bersih dikenakan tindakan undang2. Dia lawyer. Dia boleh lawan balik. Biar dia buat kerja dia kat atas sana. Pasal undang2 kita jangan campur. Dia bukan lead kita pun.
Tapi yang neh bloggers umno sebenarnya faham. Cuma sahaja api2kan situasi. Yang lead hari tue nanti ialah kita iaitu rakyat. Kita lantik diri kita sebagai pemimpin. Dan pejuang. Jadi tak sepatutnya timbul isu aku sokong ambiga + ifc + murtad. Pasal aku bukan pergi sana untuk sokong ambiga. Sapa tah dia neh aku pun tak kenal. Takan bangang2 nak mampos g sokong dia plak. Aku g sana pasal sokong pas. Itu niat aku. Sendiri faham niat sendiri sudey.
Cuma nya kita kena belajar memahami lah. Bagi aku, ambiga faham undang2. Dan ikut ilmu dia, tak salah dia sokong murtad. Bagi sesetengah orang islam yang tak faham undang2 akan benci ambiga. Bagi orang islam + faham undang2 tahu bahawa apa yang ambiga buat ialah kerana ambiga tak faham islam sungguhpun dia faham undang2. So dari sini aku menyimpulkan bahawa sungguhpun ambiga pandai undang2 tapi dia tak pernah baca Alquran. Jadi aku kena hormat kekurangan ilmu dia. Yang aku tak faham kenapa bloggers umno taknak faham yang ambiga tak baca Alquran sama macam yang mereka + najib baca? Kalau mereka faham sudah tentu mereka tahu sebabnya kenapa ambiga sokong murtad.
Lagi satu perjuangan bersih tiada kaitan dengan penyokongan kepada murtad ataupun ifc. Bersih ialah anti korupsi. Luahan rakyat malaysia. Walaupun aku dan ambiga ada perbezaan pandangan dalam isu agama namun dalam isu korupsi nampaknya kami sependapat. So apa salahnya dalam isu korupsi kita berganding bahu jatuhkan yang zalim dan dalam isu islam kita lawan habis habisan pula? Menyokong bersih bukan bererti menyokong ambiga. Kena faham tue bloggers umno. Cuba belajar untuk faham. Sekian
Ameno : Ambik angin jap
0 Comment to " Kaitan Ambiga dengan IFC dan murtad Lina Joy. "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.