Pasal kalau aku tak syak sebegitu, aku akan syak pula dia tue menteri yang betul-betul tolol pula. Sebagai permulaan aku nak cuba menyangka baik dulu. Bahawasanya dia tue ada penyakit nyanyuk dan perlu dirawat secepat yang mungkin.
Kata Shahidan Kassim kau seperti yang dilaporkan menerusi NST ;
Point-point dia ;
1. Kem tahanan imigran yang ditinggalkan boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan aka tempat tarikan pelancong kata Shahidan Kassim.
2. Dia kata kem itu sangat cantik dan dilengkapi pula dengan kemudahan ruang untuk bersolat juga.
3. "Saya akan bagitau polis jangan musnahkan kem-kem tersebut. Saya dah melawat dah tadi. Ianya sangat cantik dan boleh dijadikan sebagai kawasan pelancongan".
4. "Dan jika lebih ramai pelancong melawat (ulang alik) ke kem tersebut, agen2 pemerdagangan manusia tidak akan berani menghampiri kawasan kem lagi".
5. Lebih kurang begitulah statement Shahidan Kassim tue.
6. Shahidan juga memaklumkan, kem yang ditinggalkan itu memerlukan masa 2 jam untuk tiba di lokasi (berbeza dari lokasi yang awal ditemui iaitu di Wang Kelian).
17 hingga kepada 28 kem yang ditemui berhampiran sekitarnya.
Siap ada tempat solat pula.
Dan Shahidan Kassim kau sangat berbangga.
Gila tak gila juga la idea dia neh. Bukan nak fikir buruk je. Tapi bukan itu yang dia patut fikir sebetulnya. Bila dia sebut kem tersebut siap ada tempat solat, bukan kah itu dah membayangkan betapa tersusunnya kumpulan yang dok terlibat dalam human trafficking?
Sapa yang solat?
Penjenayah?
Atau yang dorang bawa?
Jika dorang beri peluang kepada tahanan untuk bersolat bukan kah itu kita boleh rumuskan yang kegiatan bawa masuk dan keluar PATI sebenarnya wujud dengan kerelaan PATI itu sendiri?
Musnahkan kem bererti musnahkan bukti.
So idea musnahkan kem memang aku tak setuju.
Tapi KPN sendiri kata bahawa lokasi ke kem-kem tersebut bukan di satu kawasan yang mudah diakses apatah lagi ianya terletak di kawasan 'blindspot'.
So nak jadikan tempat pelancongan apa?
Nak keluar masuk pun payah.
Dan silap2 penyeludup boleh buat penyamaran yang mereka kumpulan pelancong untuk mengaburi mata penguatkuasa. Itu lagi haru. Dan jangan la kau cakap penguatkuasa takan bodoh nak terpedaya apa bagai sebab memang penguatkuasa kau tak bodoh mana nak trace samada yang masuk tue pelancong atau apa tapi bila duit jadi tuhan dari pandai pun boleh bertukar jadi bodoh. Ada akai guna la.
Apatah lagi tahap2 keselamatan pun tak stabil.
Silap2 depa still lari guna jalan tue dan terserempak dengan pelancong dan jadikan mereka tebusan macam mana?
Kita tengah cerita pasal nyawa orang kot.
Sebelum dok bentang apa-apa idea pasal mencari duit. Baik bentang idea macam mana nak tingkatkan tahap keselamatan dulu di lokasi yang dimaksudkan. Itu lebih afdal. Dan pastikan agensi keselamatan dan pemantauan juga bebas dari rasuahnisme. Ini kau tak buat jangan pong pang pong pang bab cari duit la. Getik aku tengok. Bab cari / jana duit laju2 dok kerah otak untuk fikir. Bab labur duit untuk keselamatan dan kepentingan rakyat buat kerja macam siput babi.
Kbai.