Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Jun 2015

Kenapa 1MDB Menanggung Hutang 42b - Ini Senarai Pelaburan Yang Didedahkan CEO.


Setakat bagi list macam neh bukan kira valid. Tapi boleh la juga kita jadikan rujukan. Tunggu kita dapat akses maklumat kewangan yang akan didedahkan kepada umum tak berapa lama lagi.

Berikut jawapan Arul Kanda mengenai butiran terperinci di manakah 1MDB membelanjakan wang mereka sehingga menanggung hutang hampir 42b banyaknya.

Jawapan dipetik menerusi Malaysiakini ;

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan senarai perbelanjaannya yang menyebabkan firma itu menanggung hutang RM41.8 bilion.

Ia bagi menjawab dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tidak dapat dikesan.

“Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa 'tidak ditemui' atau 'hilang'.

"Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari dari hutang RM42 bilion, maklumat yang sudah didedahkan dalam akaun 1MDB yang diaudit dan boleh didapati orang orang ramai dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

"Kami percaya penjelasan ini akan membantu menerangkan apa-apa kekeliruan mengenai perkara ini,” kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulan, Arul Kanda dalam satu kenyataan.

Arul menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut:

RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas

  • RM8.5 bilion untuk Powertek
  • RM2.3 bilion untuk KLPP
  • RM1.2 bilion untuk Jimah
  • RM6 bilion dari hutang yang diwarisi

RM1.7 bilion untuk pembelian tanah
  • RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange
  • RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia
  • RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang

RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan
  • RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal
  • RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing
  • RM0.4 bilion untuk cukai

16.4 bilion untuk dana pelaburan
  • RM6.1 bilion dalam Brazen Sky
  • RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit
  • RM5.1 bilion dalam GIL Funds

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...