Rabu, 3 Jun 2015

Analisa Campur Tangan DAP Dalam Muktamar PAS.



Sebelum dan semasa pemilihan parti PAS sedang berlangsung, kita dapati DAP tak henti-henti keluarkan kenyataan provokasi bagi masuk campur dalam urusan pemilihan parti PAS. Bahkan ada di antara kenyataan-kenyataan berkenaan seolah-olah sengaja dibuat bagi menyakiti ahti dan perasaan ahli2 PAS secara keterlaluan.

Antara yang meroyan sakan buat posting dok menyemak dalam pemilihan parti PAS ialah Nga Kor Ming.

DAP sebenarnya takde la power mana pun dari segi bab membahaskan masalah rakyat secara general kecuali isu2 yang menyentuh kaum cina dan non muslim tetapi kalau dibanding dari segi gerak kerja dan propaganda, PKR dan PAS memang jauh ketinggalan la.

DAP nak raih sokongan rakyat.
Tapi dia tahu rakyat takan buta-buta sokong dia.
Dan dia sedar jika dia gunakan taktikal, sokongan akan berpihak kepadanya.

DAP selalu gunakan akal dalam mendekati pengundi.

Pada tahun 2008, sebelum, semasa dan selepas PRU, DAP sanggup salin kulit turun padang ke perkampungan melayu, heret hadis, baca Alquran, jaja nama Khalifah Umar, masuk masjid dan surat, dekati orang melayu demi meraih kepercayaan masyarakat melayu.

Dan pada tahun-tahun selepasnya, DAP buat pembaharuan dengan mendekati golongan muda melayu agar mereka masuk ke dalam parti.

Melayu2 muda dalam DAP ini diangkat dan dijadikan sebagai icon untuk mempengaruhi orang melayu khususnya golongan muda agar bersikap terbuka terhadap DAP dan DAP tidak lagi di anggap sebagai parti racisma yang tidak pro kepada masalah-masalah kaum melayu.

Ini kita sebut sebagai strategi dan tidak pula silap DAP merencana. Sebagai parti, mencari sokongan memang perkara yang betul juga.

Tetapi kenapa agaknya selepas Kajang Movie, sikap menolak hudud oleh DAP ditunjukkan secara keras.

Tidak kah DAP mahu undi orang melayu lagi?

Apa yang membuatkan DAP gagal untuk berkompromi agar bersetuju untuk tidak bersetuju dalam perihal hudud sedangkan sebelum ini DAP sendiri pernah menyebut bahawa mereka hormat hak PAS dalam pendirian hudud.

Bukan juga DAP tidak tahu bahawa HUDUD tidak akan direalisasikan di Kelantan apatah lagi Malaysia disebabkan kekangan yang terdapat dalam perlembagaan negara.

Begitu juga DAP sedia faham bahawa tidak pula PAS beria-ria mahu PUSH ke arah pelaksanaan hudud (kecuali selepas insiden Kajang Movie) disebabkan Hadi sendiri pernah menyebut bahawa masalah kemiskinan dan sebagainya haruslah diselesaikan terlebih dahulu sebelum melaksanakan hudud. Ini bagi menjawab kenapa hudud ditiadakan dalam manisfesto PR dalam PRU yang lepas.

Kalau DAP buat diam saja dan menjalankan tugas masing2 dengan membahaskan masalah rakyat dan biar PAS melagukan hudud rasanya provokasi kedua-dua belah pihak tidak akan terjadi.

Tetapi DAP sengaja melayan permainan PAS dalam isu hudud.
DAP sengaja menambahkan rasa benci, meluat dan geram pengikut2 PAS kepadanya.

Kenapa?

Mungkin ini sebab-sebabnya.

Pertama. 

DAP dengan sengaja beria-ria memprovokasi PAS, agar PAS keluar dari PR. Ini kerana DAP tidak mahu lagi berkompromi atas ikatan bersetuju untuk tidak bersetuju. Sebaliknya DAP mahu melawan hudud terang2an sepertimana MCA dan GERAKAN bagi mengekalkan undi kaum cina memandangkan TAKTIKAL POLITIK MCA DAN GERAKAN semakin mengancam kedudukan DAP dalam PRU mendatang. Bukan hanya soal hudud, bahkan soal-soal yang menjaga kepentingan kaum cina dan non muslim juga. DAP memperlihatkan sikap play safe demi menjaga ahti rakan dalam PAS dan PKR dan DAP merasakan sikap itu akan menjauhkan undi kaum cina dan non muslim darinya jika GERAKAN dan MCA berjaya menggunakan kesempatan itu untuk mencuri sokongan dari non muslims. Almaklumla, di kawasan majoriti cina, DAP banyak bertanding disini.

Kedua.

DAP dengan sengaja memprovokasi PAS agar PAS keluar dari PR dan membatalkan kerjasama mereka seterusnya langkah ini akan diatasi oleh DAP dan PKR dengan mula merangka strategi baru bagi menawan ahti pengundi2 melayu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS.

Tidak pelik juga jika berlaku undi 3 penjuru. Satu calon BN. Satu calon PAS. Satu calon PR. Undi2 sudah tentu akan terpecah dengan penyokong2 BN akan undi BN, penyokong2 PAS akan undi PAS, manakala penyokong2 DAP + PKR akan memilih PR. Boleh jadi disebabkan undi berpecah, peluang PR (kerjasama DAP + PKR) untuk menang akan menjadi lebih besar.

Ketiga.

DAP sebenarnya hanya mahu membatalkan kerjasama dengan Hadi. Tetapi tersilap langkah apabila kempen2 kebencian mereka terhadap Hadi bertukar menjadi kempen2 simpati terhadap geng2 yang dilabel pro ulama dalam PAS sehingga menjatuhkan kedudukan geng2 yang dilabel jebon kerana mahu mengekalkan matlamat asal PR dalam kerjasama PAS-DAP.

Keempat.

DAP sebenarnya mahu berpecah dan mula mengorak langkah sebagai parti individual dan hanya bekerjasama dengan PKR dan PAS dalam tajuk-tajuk tertentu. Tidak dalam pentadbiran negeri atau parti secara ikatan. Provokasi demi provokasi dilancarkan demi memutuskan ikatan tersebut. Untuk DAP angkat kaki dan dipersalahkan, mungkin akan membantutkan hasrat DAP bagi memenangi PRU mendatang. Jadi provokasi dilakukan agar PR berpecah dan seterusnya hasrat DAP untuk bergerak solo sebagai sebuah parti politik tercapai. Tambahan pula, DAP berkeyakinan parti dia paling cemerlang dari segi competency dan kebolehan (memang betul pula tue) dalam urusan politik dan membahaskan masalah rakyat. Sudah la tak dapat jadi big-boss, kena ikut arahan PKR dan perlu tunduk pada perbezaan dengan PAS. Semacam tak kena orang bijak dipimpin oleh orang yang kurang bijak.

Kelima.

DAP sebenarnya berlakon aje serang PAS demi menjayakan rancangan Hadi bagi memenangi muktamar memandangkan sokongan ke atas Hadi mulai merundum pada akhir tahun 2012. Namun selepas pertengahan tahun 2013, sokongan ke atas Hadi kian meningkat akibat serangan demi serangan dari DAP ke atas batang tubuh presiden PAS.

Keenam.

DAP sebenarnya bertujuan melingkupkan PR. Memang DAP menyerang PAS tetapi pada hakikatnya menyekat laluan PKR dalam rancangan menawan Malaysia dalam PRU ke 14. DAP secara diam2 telah menerima sesuatu dari BN yang memanfaatkan parti mereka. Contohnya. BN akan bersetuju untuk melabur dalam kerajaan negeri asal sahaja DAP memainkan sesuatu peranan secara diam-diam. 

Ketujuh.

DAP sebenarnya sengaja memprovokasi PAS agar penyokong2 PAS memilih kumpulan pro Hadi dalam pemilihan dan seterusnya menyaksikan sendiri bagaimana kumpulan2 ini akan menyatukan PAS dan UMNO memandangkan mereka enggan menerima kenyataan DAP. Mungkin tindakan adalah lebih baik bagi membuka mata ahli2 PAS dan PR secara khusus.

Kelapan.

DAP sebenarnya memang takde apa-apa plan langsung. Depa memang fikir kosong time kutuk PAS. Yang mereka tahu, mereka kritik PAS sebab tak boleh terima dengan idelogi2 tertentu dari PAS dan suara mereka perlu sampai kepada PAS dengan sejujurnya. Samada PAS nak terima ke taknak terima ke nak berpecah ke berpisah ke apa ke lantak la. Yang penting mereka dah cuba menjadi seikhlas yang mungkin dalam menyampaikan POV.

Kesembilan.

DAP, PAS dan PKR berlakon gaduh untuk memperdayakan BN.

Kesepuluh.

DAP, PKR dan PAS sebenarnya tak bergaduh. Sebaliknya kita semua sedang bermimpi bersama-sama dan tak bangun2 lagi sejak dari PRU ke 13 hari tue. Tak boleh terima PR kalah, kita masuk gua beramai2 dan tidur. Sampai la neh tak bangun-bangun.

Macam mana.

Mana lue rasa tepat merujuk kepada provokasi melampau DAP terhadap muktamar PAS yang sedang berlangsung ketika ini?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...