Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Jun 2015

Secara Tiba2 Saiful Tarik Semula Saman Fitnah 50 Juta Ke Atas DSAI Tanpa Sebarang Alasan.


Tanpa mengemukakan sebarang alasan atas penarikan saman tersebut. Itu yang kak Lat mention kepada pemberita.

Baca sat ;


Dalam perkembangan mengejutkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik saman fitnah RM50 juta beliau terhadap bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara atas sabitan meliwatnya.

Latheefa Koya, peguam yang mewakili Anwar bersama Shahid Adli Kamaruddin berkata, perkara itu disampaikan peguam Saiful, Zamri Idrus kepada hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan semasa pengurusan kes pagi ini.

"Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu," katanya.

Latheefa berkata, hakikat yang Saiful menarik balik tindakannya itu, lebih membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya itu pada 2008. Sebelum ini, hakim menetapkan perbicaraan untuk bermula pada 10 Ogos.

Saiful terdahulu meminda pengakuan yang mahkamah perlu mendapati Anwar bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepadanya (Saiful) selepas ketua umum PKR itu disabitkan dengan kes liwat itu.

Bagaimanapun, Anwar mengambil langkah menyekat tindakan itu, menyatakan sabitannya kerana salah laku seksual tidak boleh dipercayai untuk tindakan sivil, kata Latheefa.

Dalam kes jenayah itu, Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April tahun lepas yang Anwar bersalah meliwat Saiful, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful, 30, yang memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan yang dialaminya sejak 2008 akibat diliwat Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Saiful berkata Anwar menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi terhadapnya melalui laporan polis berhubung dakwaan liwat itu.

Saiful juga berkata, beliau tidak berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai diliwat Anwar, dan kejadian liwat itu berlaku di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di Kuala Lumpur pada 2008.

Bekas pembantu itu berkata, beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang percaya dakwaan Anwar terhadapnya, sambil menambah, beliau juga dipersendakan di media sosial.

Anwar dalam pembelaannya menafikan meliwat Saiful, mengatakan dakwaan itu palsu, sambil menambah bekas pembantunya itu tidak mempunyai sebab munasabah dalam tindakannya serta saman fitnah itu remeh, menyusahkan dan satu salah guna proses mahkamah.

Anwar berkata dalam kes sivil, beban bukti terletak pada Saiful dan beliau bersandar kepada pembelaan berdasarkan fakta yang benar, perlindungan mutlak dan perlindungan bersyarat untuk mencabar saman itu -TMI.

----------------

Hmm..

Anwar sekarang sakit. Itu yang dihebahkan oleh ahli keluarganya. Tapi respon rakyat terhadap perkara tersebut biasa-biasa sahaja bahkan ramai yang buat tak peduli.

Cerita SBA tarik balik saman lagi ramai orang peka nak ambil tahu dari kes Anwar sakit.

Dengan Pakatan Rakyat yang menuju ke arah perpecahan lagi akibat konflik dalaman yang tak berkesudahan. Nampak sangat la Anwar akan duduk kat dalam sorang-sorang dan tak dipedulikan langsung oleh kawan apatah lagi lawan.

Apa pun aku rasa tak pelik juga SBA tarik balik saman tersebut. Bukan apa. Kos nak bayar peguam je dah berapa. So dari buang duit saman menyaman apatah lagi maybe dia dah jangka Anwar takan ada kemampuan nak bayar dia sampai 50 juta jika dia menang pun, baik dia drop aje saman tersebut. Ataupun, maybe dia yang malas nak bayar kos mahkamah andai kalah dalam tuntutan saman tersebut. So better angkat kaki siang-siang dari rugi lebih teruk.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...