Isnin, 1 Jun 2015

Tak Sokong 1MDB, Sila Letak Jawatan - Najib Kepada Anggota Kabinet (Menteri2 Malaysia).


Memetik laporan dari Malaysiakini ;

Selepas beberapa menteri dilaporkan mempersoalkan kemelut 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah meminta anggota kabinet untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersama dengannya dalam perkara itu.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, Najib memberi kata dua itu dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu, selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.

Akhbar itu berkata portal dalam talian Malaysia-today.net juga melaporkan hal yang sama dan Utusan memetik sumber kabinet sebagai berkata tidak seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

“Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata laporan Utusan itu.
Di bawah pelan rasionalisasi yang yang diumumkan oleh Husni (gambar),  International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sebuah konsortium perbankan antarabangsa yang menuntut pembayaran empat bulan lebih awal daripada jadual.

Perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan kira-kira RM3.5 bilion dalam masa kurang dari seminggu.

Transaksi tambahan - di mana butirannya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM12 bilion dan RM12.5 bilion.

Pada masa yang sama, dua pembangunan utama di bawah 1MDB - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia - akan digunakan untuk mengumpul dana dan membantu membayar hutang syarikat berkenaan.
--------------------------

Bapak gila terdesak PM kau neh.

1. Tak mustahil juga ada anggota kabinet yang tak boleh terima isu 1MDB sebegitu sahaja apatah lagi ianya terpalit dengan pelbagai kontroversi.

2. Kemungkinan besar, Najib sound Muhyiddin, Shafie dan Zahid. Mereka bertiga kan dikatakan satu geng untuk perjatuhkan dan sabotaj kepimpinan Najib Razak.

3. Dalam sisi positif pula, arahan Najib itu sebenarnya betul juga. Kau tak sokong 1MDB kau letak la jawatan. Baru la boleh buktikan kekonsistensinan kau tue. Bahawa kau betul2 melawan 1MDB by hook or by crook dan tak peduli la jika hilang jawatan demi pertahankan hak rakyat sekalipun.

4. Tapi apa yang berlaku sebenarnya (di kalangan pemimpin / menteri BN) ialah mereka sokong untuk jatuhkan sesuatu pihak yang lain atas nama perebutan kuasa dan kedudukan. Bukan demi rakyat. Sembang saja kencang demi rakyat tapi apa pun takde. Haram.

5. Oleh kerana Najib dah cabar secara terbuka suruh letak jawatan kepada sesiapa yang tak sokong dia dalam isu 1MDB dan takde pula mana-mana pihak yang mahu meletak jawatan selepas arahan itu dikeluarkan secara automatik kita dah boleh anggap semua anggota kabinet bersetuju dengan 1MDB. Maka selepas ini bukan Najib je patut kena maki atas skandal 1MDB bahkan yang sama bersubahat dan tak buat apa2 langkah pun boleh gak kita maki ramai-ramai. Kerana mereka menyusahkan rakyat dalam skandal berkenaan.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...