Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Jun 2015

Ini Senarai Skandal Jutaan Ringgit YG Dikaitkan DGN Pentadbiran Mahathir & Abdullah Badwi.



Terbitan oleh Harakah versi cetakan. Aku salin semula untuk rujukan semua. Macam neh punya info baru la bersemangat nak baca paper Harakah. Kalau tidak hmmmmm.. lue fikirlah sendiri ek.

KAH KAH KAH

Ehmm. 

Aku baca Harakah semalam. Dia ada tulis mengenai beberapa skandal atau isu-isu yang menjadi kontroversi ataupun polemik ketika zaman Mahathir dan Abdullah Badwi mentadbir negara. Lebih kurang macam Najib la juga la. Takde beza. Dari UMNO (pencuri) ke UMNO (perompak) maka UMNO (penyamun) la hasilnya.

Berikut aku salin semula untuk catitan dan peringatan kita semua. Kalau aku rajin nanti aku nak godek satu persatu isu yang dinyatakan oleh penulis. Ada di antaranya aku nak imbas kembali macam skandal BBMB tue. Penulisan itu viral dan ramai yang bertanyakan pada aku.

Actually, aku pun godek2 je. Ada maklumat bleh la share. Takde maklumat nak share macam mana. Cuma bagus juga kalau kita buka ingatan kes lama-lama yang mana orang mungkin dah lupa atau taktau (macam aku le). 

Senang sikit nak tarbiah minda karat yang masih sokong UMNO. Aku tak kata apa yang si penulis sebutkan di bawah ialah fakta (aku salin semula) tapi at least ini langkah pertama untuk kita review skandal2 lampau dan dapatkan lebih banyak fakta2 menarik supaya generasi akan datang sedar apa itu BAZIRAN NASIONAL. Eh silap, BARISAN NASIONAL.

KAH KAH KAH

Oke.

Ini skandal-skandal yang terkumpul ketika zaman Mahathir.

1. Suntikan modal 750 juta kepada BBMB sebelum diambilalih oleh Bank Of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce.

2. Pengambilalihan CELCOM sebuah anak syarikat TRI oleh TELEKOM.

3. Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar.

4. Bank Negara mendakwa kerugian 10.1billion pada tahun 1992 & 5.7billion pada tahun 1993.

5. Penyelewengan wang 40 juta PPRT.

6. Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji.

7. Kerugian 15 billion di Bank Negara.

8. Kerugian 40 juta AIM.

9. Kerugian LRT Putra dan LRT Star terpaksa dibailout menggunakan dana awam.

10. Memaksa KWSP untuk membiayai projek LRT Putra dan menyelamatkan L&G dari PLUS BERHAD.

11. Memaksa PETRONAS membeli saham PROTON.

12. Memaksa PETRONAS mengambil-alih litar SEPANG.

13. Memaksa DANAHARTA menanggung segala hutang lapuk 39.362billion milik BBMB, SIME DARBY dan 66 institusi kewangan yang lain.

14. Mengambilalih syarikat pro (kroni) UMNO, RENONG dan UEM oleh kerajaan melalui DANAHARTA.

15. Kemerosotan keuntungan KWSP hampir 600 juta pada tahun 2000.

16. Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

17. Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta 1b ketika berusia 28 tahun.

18. Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan (berkaitan kerajaan).

Ini skandal-skandal terkumpul di zaman Abdullah Badwi.

1. Kerajaan terpaksa menanggung bebanan bernilai 4.6billion akibat kegagalan projek pembangunan Pelabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ)

2. Menyelamatkan kroni dan syarikat besar sebanyak 11billion.

3. Penswastaan dan bailout kroni.

4. SCOMI dapat membaikpulih 1,500 gerabak keretapi KTM RM50juta.

5. SCOMI dapat projek bina 400 badan bas dari syarikat prasarana negara bernilai 120 juta.

6. SCOMI dapat projek angkut arang batu 500,000 tan sebulan kepada TNB mulai Oktober 2006 dan diikat krontrak selama 3 tahun.

7. Dikaitkan dengan projek monerail di Pulau Pinang bernilai 1.1b dan 1.5b projek berkaitan Petronas.

8. KJ dilaporkan telah membeli saham ECM sebanyak 3% saham dengan harga 9.2juta.

Hish hish hish hish hish.

Macam-macam cerita yang membabitkan pentadbiran Mahathir dan Pak Lah kan. Patutlah Najib taknak mengalah. Dia pun nak melakar sejarah juga. Kalau la berkesempatan memang aku nak godek satu persatu skandal yang dimaksudkan. Boleh calculate dengan tepat berapa banyak sebenarnya rakyat Malaysia dah rugi sebab menanggung keputusan2 perniagaan, pelaburan dan politik yang salah sepanjang BN memerintah negara!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...