Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Jun 2015

Tiba2 Ada Sekumpulan Penyokong YG Sambut Muhyiddin Di KLIA Selepas Najib Arah Berhenti Jika Tidak Sokong 1MDB.

Nampak sangat.

Nampak sangat yang Najib VS Muhyiddin sekarang neh.

KAH KAH KAH

Laporan oleh Agenda Daily ;

 
Suasana di depan bilik VIP Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 'agak meriah' Selasa malam.Ini ekoran kehadiran ramai wartawan dan jurugambar.
Mereka berkumpul di situ sejak jam 8 malam untuk menanti kepulangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari bercuti di Australia.Beliau dijadual tiba 9 malam.
Ia bukan satu kebiasaan wartawan dan jurugambar tunggu beliau pulang dari bercuti.
Namun kali ini gara-gara tersebar meluas di media sosial kononya akan ada satu himpunan besar sambut kepulangannya ekoran situasia politik semasa.
Ini lebih-lebih berikutan laporan media mengenai mesyuarat kabinet Jumaat lalu dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan beri pilihan kepada mana-mana menteri yang tidak puashati hati dan tidak setuju soal pengendalian isu 1MDB letak jawatan.
Gambaran yang diberi menerusi oleh posting pelbagai pihak di media sosial seolah Timbalan Perdana Menteri akan buat 'pengumuman besar' sejurus pulang.
Kegairahan untuk tahu apa jadi semasa Muhyiddin tiba cukup nyata.Malah sebilangan pembaca Agendadaily sendiri menelefon berkali-kali untuk bertanya apa cerita di KLIA.
Sekitar hampir 100 orang berada di KLIA untuk sambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri.Ada yang masuk ke bilik VIP untuk sambut beliau dan ada yang tunggu di luar.
Para wartawan dan jurugambar yang menunggu lama untuk kemungkinan ada sesuatu berita besar seperti yang digembar gembur pulang tangan kosong.
Muhyiddin keluar menerusi bilik VIP jam 9.30 malam.Beliau kelihatan relaks dan melambai tangan kepada mereka di situ.
Timbalan Perdana Menteri tidak bercakap dengan para wartawan.Beliau terus berjalan ke keretanya untuk pulang sambil terus diikuti oleh para wartawan.
Sementara itu seorang pegawai Timbalan Perdana Menteri yang ditemui di situ menjelaskan apa yang didakwa satu himpunan untuk sambut beliau seperti yang tersebar di media sosial bukanlah anjuran pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Ada beberapa orang yang ditemui kata mereka pun datang setelah terima SMS dari rakan-rakan.
Ada yang kata datang nak tengok-tengok ekoran kehangatan kisah Timbalan Perdana Menteri nak pulang di media sosial.

Makan popcorn le kita jawabnya.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...