Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Jun 2015

Jangan Lawan UMNO Selagi Allah Tak Suruh Kata PAS Perak - Membetulkan Fitnah The Malaysian Insider Terhadap Muktamar PAS.

TMI neh memang kurang ajar betul la. Aku dah kutuk dia selepas membaca laporan kat bawah neh menerusi portal The Malaysian Insider ;



Bukan aku je.

Bahkan ramai yang kutuk wakil pemuda PAS Perak kerana mempercayai dia mengeluarkan statement berkenaan. Padahal hakikatnya lain dia cakap lain yang TMI lapor. Fak. Kau neh nak melapor ka nak menfitnah ke macam mana? Ke tak faham kenyataan tersebut sampai kau tersalah lapor?

Baca jap ;


Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein mendakwa beliau di hina oleh pelayar Internet selepas portal The Malaysian Insider (TMI) melaporkan beliau sebagai mendakwa PAS tidak menentang Umno kerana belum mendapat wahyu daripada Allah.

Beliau berkata laporan itu menggambarkan seolah-olah beliau mendapat wahyu daripada Allah SWT yang jauh tersasar daripada intipati ucapannya pada sidang perbahasan pagi tadi.

Laporan TMI itu memetik Syakiran sebagai mendakwa PAS tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh menentang parti berkenaan.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno,"

TMI memetik Syakirin sebagai berkata semasa sesi perbahasan Pemuda PAS pagi tadi.

"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," Syakirin dilaporkan berkata dalam portal TMI.

Syakirin berkata akibat laporan itu, beliau dikecam dan dihina oleh pelayar internet.

"The Malaysian Insider kena bertanggungjawab dengan apa yang mereka laporkan termasuk komen-komen yang ada serta penghinaan kepada agama dan sebagainya. Contohnya, seolah-olah saya mendapat (wahyu) daripada Allah SWT...sedangkan apa yang saya katakan itu jauh berketepatan dengan apa yang dilaporkan.

"Itu satu manipulasi yang biadap dan tidak dapat diterima.

"The Malaysian Insider mesti meminta maaf kepada saya kerana mencemar kesucian," katanya ketika ditemui pemberita.

Rakaman video Antarapos menunjukkan Syakirin hanya menegaskan bahawa perjuangan politik PAS adalah kerana Allah.

Justeru, kata beliau, perjuangan PAS lebih untuk menegakkan syiar Islam dan bukan semata-mata kerana perbedaan politik dengan DAP mahupun Umno.

"Maka sama-sama kita jaga ketulenan perjuangan kita, sebab itu tuan-tuan, saya hendak menyebut, jangan sekali-kali mudah mengatakan kita lawan kerana apa? kerana Umno? Kita tentang kerana apa? Kerana Umno?

"Kita lawan DAP kerana apa? kerana Umno? Islam tidak mengajar kita lawan kerana Umno tetapi Allah mengajar kita melawan kerana Allah SWT, dan apa yang kita perjuang hari ini, kita mesti lawan dan berjuang kerana Allah, kita tidak lawan Umno sekiranya selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya dalam rakaman video itu.

Ketika sesi perbahasan, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi berkali-kali mendesak agar TMI memohon maaf dan menarik balik laporan itu.

"Tarik balik..kita minta TMI tarik balik berita tersebut...tarik balik...tarik balik..tarik balik...," desaknya di dalam Dewan Muktamar.

Perwakilan yang hadir turut meluahkan rasa marah dan mengherdik wartawan TMI yang sedang membuat liputan sidang perbahasan berkenaan.

Keadaan kembali reda seketika kemudian selepas campurtangan Unit Amal lapor - AntaraPos

Ini pula sumber video dari Malaysiakini. Nilaikan sendiri dan banding dengan laporan TMI. Jelas mislead dari context sebenar. Tak memasal dia kena maki, aku sebar fitnah. Apa pun tak boleh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...