Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Mei 2015

Azmin Jaga Kajang, LGE Jaga Permatang Pauh, Maka Buat Apa DSWA Bertanding Jadi Wakil Rakyat?

Maafkanla pengurus kempen saya AW, kerana saya terlalu baik maka saya dibuli
Hmm.

Apa neh?
Apa neh?

Kenapa PKR melakukan provokasi supaya membuatkan orang2 seperti aku menyindir tingkah laku songsang mereka.

Why?

Aku terprovok dengan laporan Malaysiakini ;
Dikritik tidak mampu menjaga dua kawasan jika menang di Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Ismail terus mendapat sokongan pemimpin nombor satu negeri.

Selepas Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula berjanji akan membantu menjaga Permatang Pauh jika Azizah mengekalkan kerusi PKR itu.

"Kalau Azmin kata nak jaga Kajang, saya juga akan jaga Permatang Pauh untuk Kak Wan (Azizah)," kata setiausaha agung DAP itu.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di kampung Guar Perahu malam tadi.

Sebelum ini, Wan Azizah berkata sekiranya beliau memenangi pilihan raka kecil Permatang Pauh, Dewan Undangan Negeri DUN (Kajang) akan turut diuruskan bersama Azmin bagi memastikan kedua-dua kawasan itu terjaga.

Di tangan Azmin sendiri ada dua kerusi.
Di tangan LGE pun sama. 2 kerusi. 
LGE neh siap ponteng parlimen.
Lepas tue gambar dia bercuti dan bermajlis tersebar ketika sesi parlimen diadakan.
Dan apa? JAGA KAWASAN PARLIMEN PERMATANG PAUH? KAU KAKI PONTENG KOT. MAKAN GAJI BUTA. LAGI SEMBANG KENCANG BAB NAK JAGA KAWASAN LAIN? KAWASAN SENDIRI PUN TAK TERJAGA ADA AHTI NAK JAGA KAWASAN BARU. BENGAP.

Nampak? Huruf besar. Kenapa? Aku diprovok ma.

Aku punya pendirian. 1 wakil 1 kerusi supaya kebajikan pengundi lebih terjaga dan wakil rakyat boleh beri penumpuan khusus. 

Dan betul-betul aku rasa. Haizh.

Kan bagus. Jika dia cakap. Saya akan pasti melantik 2 pembantu di Permatang Pauh jika menang dan 2 pembantu lagi di Kajang supaya pembantu2 saya berada 24 jam di kawasan tersebut untuk mengumpul semua aduan2 berkaitan permasalahan pengundi di kawasan yang saya wakili.

Saya bagi no telefon.
Saya letak banner besar2 di beberapa tempat strategik supaya pengundi alert di mana pejabat wakil rakyat (saya) bagi menyampaikan aduan.
Saya tak boleh berada 2 tempat pada 1 masa. Tetapi, saya boleh melantik pembantu2 supaya melancarkan kerja2 saya sebagai wakil rakyat. Ini jaminan saya.

Tapi Wan Azizah tak fikir macam tue. Kerana Kak Wan kita neh diarah berpolitik. Dia terlalu mengikut. Dan, LGE keluarkan statement bodoh selepas Azmin memperbodohkan diri dia. PARTISAN. Mengharapkan mereka jadi ahli politik yang bijak? Aku rasa babi terbang lagi logik.

Oh dem, terkantoi perbodohkan diri la plak

Malam tadi. Di Awani. Aku dengar Muhyiddin cakap berapi2. Nampak jujur. Telus. 

"Wan Azizah saya kenal dia. Kak Wan ini orangnya baik. Betul2 baik orangnya. Dah lama saya kenal dia dan saya tahu dia memang baik".

Lebih kurang macam tue ayatnya. Aku terkedu. Sebab Muhyiddin puji Wan Azizah.

Untuk musuh politik puji kau, bukan senang kot. Bila Muhyiddin akui yang DSWA baik maka betul la DSWA memang orangnya baik. Bila tengok wajah DSWA pun sesiapa boleh sangka dia memang seorang wanita yang baik.

Tetapi menjadi baik sehingga dipergunakan, diperbodohkan, diperpuppetkan dan dipertindaskan orang itu maksudnya kebaikan kita melemahkan diri dan kredibliti kita.

Oleh kerana Wan Azizah baik, maka pengurus kempen dia dalam Permatang Pauh asyik up isu-isu bodoh lagi membodohkan imej dan intergriti Wan Azizah.

Dek kerana baik, mungkin Wan Azizah menurut aje kempen2 yang pengurus dia rancang.
Dek kerana baik, mungkin Wan Azizah sangka masak cekodok ke, pegang kipas dan pusing roti canai, dan sebagainya dilaporkan secara berleluasa menerusi media sosial dan berita merupakan satu cara terbaik untuk rakyat fikir Wan Azizah pandai menyelesaikan masalah rakyat.

Sesiapa yang pekerja kedai makan bercuti mungkin boleh meminta khidmat Wan Azizah, begitu ke?

BN dah lancar manifesto untuk Permatang Pauh. Untuk Rompin aku takde fakta. Dengar di berita saja.

PKR? Aku tatau. Ada atau takde. Kalau ada dan orang tatau maka pengurus kempen dia memang bangang la. Kalau takde, 2 kali bangang.

1 kali bangang. Sebab kau tak promote apa yang Wan Azizah sasarkan di Permatang Pauh. Kau heboh sebar gambar2 dan kempen kutuk2 sindir2 perli2 Rosmah macam la itu boleh selesaikan masalah rakyat.

2 kali bangang? Sebab dah bertahun2 bertanding di PRK Permatang Pauh, haram ada perubahan cara korang berkempen sekalipun.

Ya. Kita boleh gelak hihi haha huhu hehe keke lawaknya kutuk Rosmah debab gemuk gila kuasa dan harta.

TETAPI.

Itu tak menyelesaikan masalah. Apetah lagi jika kau sebagai CALON, ini yang PENGURUS KEMPEN KAU CUBA TERAPKAN DALAM KEMPEN2 KAU MENDEKATI RAKYAT. 

Jika ahli biasa buat, kita buat aku dan kau orang tak heran. Tetapi jika PENGURUS KEMPEN YANG BUAT MAKA orang akan fikir. Ooo. Sindir Rosmah. So, masalah aku sebagai pengundi neh dah selesai ke selepas kau sindir Rosmah bagai neh beb?

Kau semua buka wall Abu Nawas yang guna nama Rosly Yusof. Sekarang. Ada video kempen tentang Permatang Pauh. Dicadangkan dengan SEGALA HORMATNYA UNTUK PENGURUS KEMPEN WAN AZIZAH BELAJAR DARI INDIVIDU TERSEBUT BAGAIMANA NAK BERKEMPEN MENAIKKAN CALON YANG PARTI ANDA WAKILI.

Kelakar video tue. Aku rasa nak ketuk kepala lepas tengok. Tapi sebenarnya itula yang rakyat Permatang Pauh hadap. Itu masalah mereka. Yang sebenar2nya. Realiti. Jadi dari buang masa sindir Rosmah atau bajet kau pro rakyat dengan tebar roti canai atau buat teh tarik atau lawat rumah terbakar konon baik cari masalah rakyat, analisis dan bahas. Anjur forum debat antara calon di atas satu pentas pun boleh. Calon2 parti bertanding bahas manifesto masing2 untuk pengundi nilai pun boleh. Cari la kempen ilmiah. Berubah la. Masih di takuk lama. Kempen2 politik masih bodoh memperbodohkan orang lagi. Sebab zaman semakin canggih. Maka kempen kena ber-evolusi. Dah berapa lama merdeka neh? Zaman masyarakat celik IT celik politik. Dari layan kempen2 yang tetiba semua calon jadi dewa ekpress baik makan MAGGIE. Dan jangan lupa bayar GST.

KAH KAH KAH

Kbai.

Saya MB, saya PKR dan saya puji wakil rakyat sendiri, nampak tak? Kita tak perlu collect kaji selidik dari pengundi yang terkesan pun. Saya bercakap bagi pihak mereka dah cukup la.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...