Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 April 2015

Siapa Bayar Kos Guaman Sirul - Sirul Diarah Tutup Mulut, Jangan Bercakap Dengan Mahathir Dedah SR.

Aku rasa ramai dari kita sebenarnya dah fikir macam neh. Kita fikir yang Sirul sebenarnya sedang 'membazir masa dengan mempermainkan perhatian rakyat Malaysia yang tertumpu ke arahnya'. Sirul sejak awal lagi tak pernah berminat dan berniat mahu mendedahkan perkara sebenar atau dalang disebalik kes pembunuhan Altantuya. Apa yang Sirul cuba buat hanya satu. Bagi menyelamatkan hayatnya. Dia perlu mencuri tumpuan dari rakyat Malaysia. Agar tiada sesiapa di luar sana berani membunuh dia atau memperlakukan dirinya, keluarganya, anak2nya sepertimana Altantuya diperlakukan. Jika terjadi sesuatu kematian yang berkait dengannya, maka seluruh rakyat Malaysia akan lebih berprasangka buruk terhadap Najib Razak dan kepimpinan negara. Ini apa yang Sirul buat. Pada aku, dia berjaya. Sampai Mahfuz pun terpesona.

Oke. Ini apa yang dilaporkan oleh portal Sarawak Report ;

1. Sirul kini bergantung sepenuhnya kepada pasukan peguam di Australia bagi mendapatkan permohonan 'Visa Perlindungan' untuk menghalang tindakan ekstradisi ke Malaysia agar menjalani hukuman gantung sampai mati.

2. Pada pertengahan April yang lepas, dilaporkan Sirul dikunjungi oleh 2 peguam yang dikaitkan dengan UMNO bagi membincangkan hal-hal yang dibangkitkan oleh Sirul seperti yang tertera melalui laporan media.

3. Sirul dinasihati agar 'tutup mulut, jika mahu terus selamat' dan 'jangan berhubungan dengan Mahathir melalui apa jua cara'.

4. Sirul juga 'dicadang jangan melibatkan peranan media'.

5. Sirul juga 'dianjurkan untuk tidak bertemu dengan sekutu Mahathir' atau peluang mendapatkan visa perlindungan semakin 'disukarkan'.

6. Dalam erti kata lain, Sirul diarah tutup mulut jika masih sayangkan nyawa.

7. Sarawak Report juga mempersoalkan, siapa yang menanggung kos guaman untuk mewakili Sirul. Baik di Malaysia mahupun di Australia. 

8. Selain itu, anak Sirul di Australia juga telah dijaga dan tidak diketahui sumbernya (siapa yang tanggung kos).

9. Menurut Sarawak Report, kos guaman yang perlu ditanggung Sirul adalah 'mahal' dan tidak diketahui dari mana Sirul mendapatkan wang untuk membayar kepada peguam2 tersebut.

10. Hasnal Rezua Merican ialah pimpinan ketua UMNO Bahagian. Manakala Kamarul Hisham Kamarudin pula telah mendapat gelaran 'DATUK' pada February yang lepas dedah SR.

----------------------

Fikir.

Aku tatau sebenarnya siapa Hasnal dan siapa Kamarul. Tapi bila Sarawak Report dedahkan kaitan mereka dengan UMNO, tetiba ia dapat menjawab beberapa persoalan yang meragukan diri aku.

Patutlah. Kenyataan Hasnal suatu ketika dahulu, rujuk sini ;

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/10/sirul-rayu-hormati-kedudukannya/

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, anak guamnya itu telah menghubunginya pada Khamis dan meminta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya agar "benar-benar melindungi kepentingannya".
"Dia mohon dan merayu kepada semua pihak tak kira ahli politik, pembangkang dan orang ramai yang prihatin serta simpati dengannya supaya bertimbang rasa dengan posisi undang-undang yang dihadapinya sekarang dan menghormati kedudukannya.
"Jika benar-benar mahu melindungi kepentingannya, dia minta supaya berhenti mengheret kes ini ke kancah politik atau ke dalam apa jua bentuk kancah sekali pun. Dia minta biarlah kes ini dikendalikan oleh proses undang-undang," katanya kepada mStar Online, Khamis.
Kata Hasnal lagi, menerusi perbualan telefon dengan Sirul, bekas komando itu tetap dengan pendirian untuk kekal di negara itu terutama selepas dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh model Mongolia itu.

Dan, patut la juga. Peguam Sirul si Kamarul tue pernah bercakap di Astro Awani. Saya tatau dengan siapa Sirul bercakap. Merujuk pada telesidang Mahfuz. Dekat sini kaitannya nak mematahkan intergriti pembangkang. Siot. Dengan aku-aku sekali terpengaruh kot.

Dan bila gambar ibu Sirul bersama Mahathir tersebar, dan-dan pula Sirul dilaporkan bercakap ;

http://www.utusan.com.my/berita/politik/sirul-kecewa-ibunya-diperalat-1.79506

 
 Peguam Sirul kata Sirul kecewa, peguam Sirul kata Sirul taknak, peguam Sirul kata Sirul tak pernah bersetuju, peguam Sirul kata Sirul blablablabla itu ini itu ini.. ya. Peguam Sirul yang kata. Kita tak pernah dengar Sirul kata. Kita dengar peguam dia je yang kata. Faham? Kita dengar peguam dia yang KATA.

WOW.

Aku akan perhatikan keadaan dulu. Nak tangguh bentangkan apa yang aku fikir. Pendedahan Sarawak Report memang perlu pengesahan. Tapi pada aku sekurang-kurangnya 50% apa yang didedahkan oleh Sarawak Report memang berbaloi untuk dipercayai. Kenapa?

Sarawak Report kerap kena hack. Kena serang dengan DDOS.
Dan sekarang portal Sarawak Report juga gagal diakses melainkan kau guna IP luar.
Dah kena block. Kerajaan takan mudah2 block website lucah atau porno macam dia block website politik yang membahayakan kekuasaan mereka.

Pada saat SKMM block website-website politik, kerajaan baru je bagi klue dan hint kat orang ramai, website itu melaporkan kebenaran. Ini kerana di Malaysia menjadi jujur, bercakap benar merupakan jenayah. Faham?

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...