Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 April 2015

DSWA Menjawab Isu Maahad Hamidiah, Terima Kasih, Tetapi Saya Bukan Blogger UMNO.

Kesilapan yang terlalu kecil. Oleh kerana dia manusia dan aku juga manusia, maka lupakanlah. Aku nak ulang semula. Aku tidak pernah berpartisan. Aku tidak pernah jatuh cinta pada parti politik. Aku tidak jatuh cinta pada BN. Dan aku juga tidak jatuh cinta pada PR. Aku tidak jatuh cinta pada mana-mana parti politik. Jadi, jangan kaitkan aku dengan mereka. Lalang? Aku juga tidak jatuh cinta pada tumbuhan ini. Idelogi aku bukan kebiasaan di negara ini. Aku sebenarnya tidak berpartisi. Tolong faham.

Ini jawapan DSWA berkenaan projek berkenaan ;

Sebelum itu ;

Baca : Sekolah Agama Ini Bermasalah - Wakil Rakyat, Awak Di Mana?

Respon DSWA ;

Umno dan fitnah tidak boleh dipisahkan. Hari ini blogger Ameno World memfitnah Kak Wan. Mereka menuduh Kak Wan mengabaikan Sekolah Agama Maahad Hamidiah, Kajang.. apabila wujudnya pembinaan yang didakwa menyalahi peraturan di hadapan sekolah berkenaan.

Usaha mereka semata-mata hendak memburuk-burukkan Kak Wan yang bertanding di Permatang Pauh sekarang ini. Tetapi malangnya mereka tersilap fakta yang amat besar.
Pertamanya, projek pembinaan di hadapan Sekolah Hamidiah, telah pun diluluskan oleh MPKj sejak tahun 2012. Kak Wan menjadi ADUN Kajang pada tahun 2014.


Kedua, Sekolah Hamidiah, Kajang, terletak dalam DUN Bangi, iaitu di bawah Parlimen Serdang. Sedangkan DUN Kajang, terletak di bawah Parlimen Hulu Langat.
Berikutan fakta Pertama dan Kedua, sepatutnya kes ini tidak boleh dipersalahkan kepada ADUN Kajang.


Namun, atas dasar pertanggungjawaban dan keprihatinan Kak Wan dalam isu-isu yang menyentuh rakyat, Selasa minggu lepas ada seorang bapa pelajar mengadu kepada Kak Wan. Setelah meneliti aduan beliau, Kak Wan menghubungi Dato' Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya. Kak Wan juga maklumkan hal ini kepada YDP MPKj.


Alhamdulillah Dato' MB telah mengarahkan 'stop work order'.


Oleh itu puak-puak Umno tidak perlulah nak buang masa fitnah Kak Wan, fitnah DSAI yang tidak habis-habis. Lebih baik mereka jawab 'fitnah' Dr Mahathir terhadap Najib. ‪#‎KakWan4PP‬


Sumber.

1. Maaf jika aku salah sangka, tetapi kenapa aku rasa macam penulisan di atas sebenarnya tidak mencerminkan keseluruhan pandangan dari DSWA?

2. Jika ianya dikemaskini oleh pegawainya, adakah karangan di atas sebenarnya apa yang ingin disampaikan oleh DSWA sepenuhnya?

3. Ke tajuk utama. 

Aku membaca penjelasan DSWA. Aku mahu betulkan fakta aku kerana salah. Tapi aku nak bagitau. Fakta kedua itu sepatutnya fakta pertama dan fakta pertama itu ialah fakta yang tak layak dijadikan alasan.

Oleh kerana bacaan aku Maahad Hamidiah terletak di Kajang. Berkaitan pula dengan Majlis Perbandaran Kajang maka laju2 la aku fikir kedudukan sekolah itu adalah menjadi tanggungjawab Adun Kajang untuk peduli.

Aku fikir ini kes yang ke berapa kali tah. Setiap kali dibangkitkan permasalahan di kawasan Kajang, Bangi adalah jawapan yang kita cari.

Kes masalah bazar ramadhan yang dirobohkan. Lokasi Kajang. Tapi Bangi punya bidang tugas.

Kes masalah kedai dirobohkan. Kawasan Kajang. Bangi punya bidang tugas.

Macam mana untuk kita menjadi tahu masalah ini siapa yang kena serve jika tempat bermasalah di Kajang tetapi itu Bangi punya kerja? Aku rasa yang neh ramai yang keliru la.

Oke. Bab tue. Wan Azizah berkata. Bukan bidang tugas dia. Itu Bangi punya kerja. Oke. Kesilapan itu ada, maka aku akan akur.

Fakta pertama. MPKJ lulus tahun bila tak penting. Yang penting perkara itu menimbulkan masalah pada hari ini, ketika ini, saat ini. Wan Azizah jadi ADUN KAJANG pada tahun bila pun tak penting. Yang penting itu BANGI PUNYA BIDANG TUGAS. Kan? Bangi yang kita kena cari. Bukan Kajang, kan? Jadi, abaikanla. Pass aje masalah ini ke Bangi. Sekarang kita direct dengan Bangi punya representative.

Harapan juga. Jangan Bangi pula bagi alasan. Masa tue saya bukan wakil rakyat lagi disitu. Sudah la.

Pendapat aku, DUN Kajang mungkin boleh minta DUN Bangi peduli apa yang berlaku di Maahad Hamidiah. Ini kerana arahan 'STOP WORK ORDER' di anggap retorik politik pada pejuang2 hak sekolah berkenaan. Bukan cerita tipu.

Ini buktinya ;


Itu sebab aku link pada artikel sebelumnya. Untuk sesiapa saja, wakil rakyat Bangi ka Kajang ka MPKJ ka sesiapa pun la membaca, meneliti, memahami dan mengambil tahu apa sebenarnya perbincangan yang berlaku dalam page berkenaan.

'STOP WORK ORDER' harus dimanifestokan sebagai MEMBATALKAN TERUS PEMBINAAN PROJEK BERKENAAN.

'STOP WORK ORDER' kalau bermaksud TANGGUH SEKEJAP, ia bukan menyelesaikan masalah. Ia bermaksud kau sedang fikir apa langkah seterusnya untuk menenangkan situasi sebelum menyambung semula projek berkenaan.

Tengok ;


Penghadang masih tidak dialihkan. Masih ada.

Jalan yang sedia sempit disempitkan lagi dengan penghadang berkenaan.

Dan aku tertarik dengan aspirasi serta usaha Maahad berkenaan. Mereka cuba elak dari memperjuangkan hak mereka melalui kerangka politik. Harapan mereka cuma satu. Batalkan projek berkenaan, selamatkan sekolah mereka. Jadi, MPKJ melalui kuasa yang ada pada Azmin Ali, perlu batalkan projek berkenaan. Ia adalah kesalahan MPKJ dari awal yang meluluskan projek berkenaan pada tahun 2012, maka MPKJ kena la bertanggungjawab. Bukan arahan STOP WORK ORDER semata sebaliknya STOP THE PROJECT ITSELF. Tamatkan riwayatnya.

Perenggan akhir. Memang buang masa aku ulas berkali-kali.

Jika kritikan itu bacaannya fitnah pada ahli politik, maka setiap hari inila kerja aku. Menfitnah.

Bahkan, itu juga kerja pembangkang. Mereka, menfitnah kerajaan.

Walau bukan masalah ini, di Kajang tetap ada masalah lain. Yang DSWA perlu turun padang dan selesaikan. 

Walau bukan DSWA, sesiapa pun yang menjadi calon dan memegang dua kerusi, DUN dan PARLIMEN, aku tak pernah sokong. Bukan kali pertama aku kongsikan pendapat ini. Berkali2 dah. BN atau PR. Sama je aku punya view. 1 orang 1 kerusi. That's.

Wan Azizah 'terfitnah' aku sebagai blogger UMNO mungkin kerana suasana politik di Malaysia, yang mahu menjadi penyokong bermaksud memuji dan memuja bukan berkata benar dan menjelaskan sesuatu perkara dari sudut kepentingan rakyat. Keterbiasaan ini menjadikan ahli politik melihat kenyataan kritikan sebagai suatu fitnah atau tanda kebencian. Siapa pun taknak assume yang kritikan itu mungkin tanda sayang. Selalu kalau kita benci, instead of kritik, kita pilih jalan maki. Ini pendapat aku la. Selagi mana kita masih mahu mengkritik, itu tanda kita hormat dan peduli. Dan mungkin juga, sayang.

Blogger UMNO pula membalas 'fitnah' tersebut dengan mengkritik kecuaian remeh DSWA. Kata mereka, aku blogger Pakatan Rakyat. Dan itu juga merupakan satu fitnah.

Hakikatnya. Aku bukan di sisi Barisan atau Pakatan. Aku sebenarnya bawa diri aku je. 2010. Untuk berpolitik tidak perlu berpartisan. Ini aku punya trademark. Aku letak lama di blog. Tapi aku kesian tengok bloggers UMNO. Yang beria2 up kesilapan kecil dari take note point2 yang dibahaskan oleh DSWA. Sebab dari awal lagi mereka hanya mahu menulis atas sentimen politik, bukan sebab nak pangku perjuangan sekolah tue pun. 

Apa pun, terima kasih pada Wan Azizah. Pada aku ianya rahmat, pada Maahad, ianya perhatian. Ini akibat.

Rahmat, sebab aku tahu. Yang Wan Azizah peduli juga dengan apa yang aku bebelkan. Lain kali, aku akan lebih keras membangkang. Dengan menyimpan perasaan, mungkin wakil rakyat mahu peduli.

Perhatian, sebab dengan 700 ribu followers dan lebih, ia memberikan impak yang bagus kepada perjuangan Maahad berkenaan. Lebih ramai yang tahu maka peluang untuk lebih ramai yang peduli dan sokong, lebih besar.

Dan, kali ini aku dan yang lain telah belajar. Kajang itu bukan la semestinya Kajang. Kadang-kadang ia mungkin Kajang yang Bangi, kan?

Oke,bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...