Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 April 2015

Ahmad Maslan Dilabel Pengecut Oleh Netizens - Konon Nak Sembang GST Tanpa Henti, Ajak Debat Dia Lari.

Perdebatan jangan dibaca seperti mengajak bergaduh atau bertumbuk sambil tarik-tarik rambut. Jika itu bacaan Ahmad Maslan memang tak aneh dia memilih untuk lari atau mengelak dari terlibat dalam sebarang forum anjuran pembangkang atau NGO bagi membincangkan atau membahaskan perkara berkaitan GST secara kupasan ilmiah.

Pada 25 April tak silap aku, AMK ada menghantar satu surat jemputan kepada Ahmad Maslan. 

Lihat gambar.


Jumpa Ahmad Maslan depan-depan.
Dan hantar surat jemputan juga depan-depan.

Ahmad Maslan pun terbuka menerima surat jemputan tersebut. Tetapi setakat terima surat jemputan la. Bukan menerima jemputan untuk hadir ke forum berkenaan.

Forum yang diadakan oleh AMK sebenarnya satu platform yang baik untuk Ahmad Maslan secara berdepan menafikan permainan dan manipulasi pembangkang jika benar la pembangkang berbohong dalam isu GST seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh Ahmad Maslan melalui laporan media massa.

Tak payah sorok-sorok. Direct setempek kau tembak pembangkang di platform pembangkang sendiri. Tapi Ahmad Maslan haram nak sambut pelawaan debat tersebut.

AMK anjurkan satu forum yang diberi nama ; GST - Realiti atau propaganda. Tajuk dia je dah superb untuk Ahmad Maslan bidas pembangkang jika benar la pembangkang berpropaganda dalam isu pelaksanaan GST.

Diadakan secara terbuka. Ahmad Maslan bebas juga jemput penyokong-penyokongnya.

Bukan itu sahaja. Punya la open minded, AMK siap kata Ahmad Maslan berhak tentukan tempat, tarikh dan masa perdebatan / forum yang bakal dianjurkan.

Nampak?

Bahkan. Jika mahu. AMK juga berbesar ahti andai Ahmad Maslan mahu turut mengundang pihak lain agar bersama-samanya menjadi panelis di forum berkenaan. Contoh. Ajak Hasan Malek sekali ke. Boleh juga Ahmad Maslan jemput media seperti Utusan dan TV3 untuk cover live forum berkenaan. Takde masalah. Pembangkang yang kena lauk. Almaklumla. Pembangkang yang berpropaganda, kan?

Tapi kenapa pihak yang dituduh berpropaganda pula beria2 mahu anjurkan debat dan pihak yang kononnya tidak menfitnah, tidak menipu, tidak memanipulasi dan jujur gile dalam soal pelaksanaan GST pula yang memilih untuk tutup ruang perbincangan secara terbuka dan telus?

Nampak?

Pengecut.

Jika dulu sekadar bodoh. Sekarang tambah satu title. Pengecut.

Bukan aku yang bagi label. Aku petik apa yang netizens umpat tentang kau Ahmad Maslan oi.

Terus terang. Kau yang sembang berapi tentang kebaikan pelaksanaan GST. Kau juga yang declare akan sembang tentang GST tanpa henti. Sampai rakyat faham. Sehingga rakyat terima. Supaya rakyat redha. Dengan GST.

Tapi bila kita anjur debat, beri dia pentas untuk dia ceramah GST tanpa henti, dia sendiri yang lari. Apehal?

Mahathir kritik GST. Kau kata dia tak faham.

Mahathir PM paling lama dalam sejarah negara. PM itu maksudnya Perdana Menteri bukan PRIVATE MESSAGE Ahmad Maslan oi.

Jawatan yang Najib sandang sekarang tau. 

Perdana menteri 22 tahun tak faham GST. Jadi macam mana rakyat nak faham GST? AMK anjur forum untuk Ahmad Maslan terang tentang GST pada kami yang tak faham GST. Daripada sembang kutuk pembangkang jadi jaguh di media sendiri. Meh la tembak pembangkang depan2 dengan lagak berani.

Tapi Ahmad Maslan says NO. Itu platform pembangkang, katanya. Kalau begitu. Ahmad Maslan anjur la. Kemudian jemput pembangkang.

Kita tengok siapa lari. Itupun kalau ada keberanian nak anjur. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...