Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 April 2015

Siapa Yang Bunuh Jalil Ibrahim - Misteri Tak Terungkai Selepas 32 Tahun Berlalu.

Kenapa saya mati dibunuh, tidakkah rakyat Malaysia mahu tahu?

Generasi sekarang macam aku dan ko mungkin tak kenal nama Jalil Ibrahim. Tapi pembunuhan Jalil Ibrahim seperti pembunuhan Altantuya juga. 

Yang membabitkan skandal ;

- Rasuah dan korupsi

- Jenayah pecah amanah

- Salah urus syarikat kewangan

- Pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.

Bank Bumiputera Malaysia Berhad. BBMB. Kini dikenali sebagai CIMB. Selepas melalui proses penjenamaan, pengabungan dan restructure organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad.

Itulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat. Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang ;

- Jujur

- Amanah

- Rajin bekerja

- Sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit account syarikat

Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang. Prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya. Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong. Bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong. 

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat. Bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan. George Tan mewakili kumpulan Carrian.

Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh PETRONAS. (Rujuk video yang mencatitkan kenyataan Lim Kit Siang). Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah ;

- Untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.

- Membantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbillion2 ringgit kerananya.

BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.

Sebelum kematian Jalil. 
Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra. Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong. Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF. Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian.

Menurut dokumentari yang mencatitkan kematian Jalil Ibrahim ;

- Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan

- Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.

- Henry Chin pada mulanya enggan. Namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim. Yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selamanya. 

- Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.

- Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group. Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu. Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya. Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu. Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.

Baca ini : Kenali Lorrain Esme Osman.

- Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil. Jalil dikatakan telah menulis ;

"Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it".

- Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan.

- Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.

- Apa yang menarik perhatian ialah ketika disoalsiasat pada awalnya Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat.

- Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.

- Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan "Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit".

Rujukan.

- Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima postcard yang menulis perkataan 'Diam itu lebih baik'.

- Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.

- Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup.

- BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF. BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion2 kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.

- Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Lebih lengkap, sila tonton video ini ;


Jika gagal load, sila klik link ini.

Bagaimana Jalil mati?

- Dibunuh pada 18 Julai 1983

- Menggunakan tali pinggang kain. (Perasan tak lepas mandi kat drama2, pelakon akan pakai satu baju kaler putih yang ada tali tue? Baju tue punya tali arh).

- Ketika mati dibunuh, Jalil dilaporkan membawa wang sebanyak 38,000 ribu matawang Hong Kong.

- Amalan itu dikatakan biasa bagi pegawai bank atasan yang mana akan serve sendiri client bertaraf VVIP mereka.

- Transaksi perniagaan berlaku di Hotel Regent, Hong Kong.

- Apa yang Jalil tidak tahu, 'perniagaan' berkenaan adalah palsu. Ia adalah bertujuan untuk mengaburi niat sebenar kenapa Jalil diumpan ke hotel berkenaan pada waktu itu.

- Jalil kemudiannya dibunuh dan mayatnya dialih keluar dari hotel menggunakan beg pakaian berwarna hitam. Mayatnya dibuang ke kebun pisang di kawasan perkampungan di Hong Kong dan ditemui 24 jam selepas dibunuh. Jalil dipindahkan melalui teksi dan kemudiannya Mak menggunakan kereta sewa bagi membawa mayat Jalil ke kebun pisang di kawasan perkampungan untuk membuang mayat Jalil.

- Henry Chin adalah individu terakhir yang bercakap dengan Jalil sebelum melaporkan kehilangan Jalil kepada penguatkuasa Hong Kong pada hari yang sama.

- Perbualan terakhir mereka berkisarkan kepada larangan Jalil kepada Henry untuk mengesahkan pinjaman bernilai 4 juta kepada Carrian. Panggilan kali kedua terputus ketika Henry dan Jalil sedang berbual atas perkara tersebut.

- Skandal kematian Jalil dianggap kes pembunuhan bertaraf antarabangsa di Hong Kong kerana membabitkan 3 negara. Iaitu Singapore, Malaysia dan Hong Kong. Identiti George Tan sebenarnya ramai yang keliru. 

George Tan ialah ;

- Warganegara Singapura.
- Lahir di Malaysia = Sarawak.
- Ahli perniagaan Hong Kong.

Itu yang membuatkan pihak media dari 3 buah negara mengikuti rapat kes pembunuhan Jalil Ibrahim.

Di Hong Kong sendiri, kes pembunuhan Jalil Ibrahim dan siasatan berkenaan merupakan satu kes terbesar dan terpanjang dalam sejarah negara (ketika itu) tersebut. 210 juta Hong Kong dihabiskan dengan memakan masa sehingga 17 tahun untuk selesai. Dengan penahanan Lorrain dan Mohammed Hashim Samsudin kes berkenaan di anggap selesai. Secara protokolnya.

Namun, kes berkenaan sebenarnya tidak pernah selesai bagi pemerhati dan mereka yang mengikuti perbicaraan pembunuhan Jalil Ibrahim. Kenapa?

1. Motif pembunuhan Jalil sehingga kini tidak dapat dirungkai.

2. Mak ialah ahli perniagaan (kononnya) yang tidak pernah berurusan langsung dengan BMF ataupun BBMB serta Jalil. 

3. Tidak pernah didedahkan apakah jenis perniagaan yang diuruskan oleh Mak Foon Than. Tiada nama syarikat, alamat ataupun jenis perniagaan direkodkan.

4. Mak pernah membuat pengakuan bahawa dia ialah orang tengah yang menerima sogokan untuk menteri (orang kenamaan dari Malaysia). Dia akan berulang-alik dari Hong Kong ke Malaysia bagi mengambil wang berkenaan. Namun. Dokumentasi pengakuan berkenaan hilang dalam siasatan polis Hong Kong. Apabila disoal siasat dalam kamar mahkamah, Mak menafikan pernah membuat pengakuan berkenaan.

5. Ketika kejadian, Jalil dilaporkan membawa 38,000 HK Dollar. Ini satu jumlah yang besar dan amat mustahil untuk juruaudit yang bernekad mahu menghapuskan salah laku dalam pentadbiran BMF akan membuat tindakan berkenaan. Lorrain juga dilaporkan mengeluarkan 2 kenyataan berkenaan tindakan Jalil. Katanya, Jalil mungkin diugut. Ini kerana Jalil seringkali menemui orang tertentu sehingga lewat malam di hotel. 

Pandangan peribadi aku pula, boleh jadi inila taktik Jalil untuk memerangkap pihak tertentu. 2 kali panggilan dari bilik hotel kepada Henry Chin menandakan sesuatu. Contoh. Jika A mahu membunuh B, mahukah dia membuat pesanan kepada pelayan hotel? Bukan kah itu akan membuktikan kehadiran dia di tempat kejadian? Jika A mahu membunuh B, mahukah dia membenarkan B menggunakan telefon untuk menghubungi rakan B? Dan mahukah dia mencekik B ketika B sedang bercakap di talian telefon dengan rakannya? Bukan kah itu akan mendatangkan saksi dan bukti? Jangan2. Jalil secara sendirinya sedar yang dia terpenjara di bilik hotel apabila mengesan ada sesuatu yang tak kena. Kedatangan 2 wakil Carrian ketika Jalil tiada di pejabat dengan membawa surat jaminan yang diluluskan oleh Larrione sebenarnya menguatkan sangkaan bahawa pinjaman 4 juta hanya boleh release jika Jalil tiada di pejabat dengan menekan Henry Chin.

Jika pembunuhan terancang, apa perlunya keluar membeli bagasi bagi memuatkan tubuh Jalil? Baik beli siap-siap.

Jika pembunuhan terancang, apakah perlunya membunuh Jalil menggunakan tali baju dan tinggalkan bahan bukti di tempat pembuangan mayat?

Jalil merekodkan temujanji tersebut di dalam diari peribadinya. 

Mak, individu yang dituduh membunuh Jalil juga tidak la sebesar mana. Jalil juga boleh melawan sebenarnya. Melainkan ada individu ketiga yang turut membantu Mak, atau Mak membantu individu berkenaan untuk membunuh Jalil.

Mak Foon Than sehingga kini tidak pernah mengakui bersalah membunuh Jalil. Bukti ditempat kejadian yang menyebabkan dia didapati bersalah oleh juri ketika perbicaraan.

6. Selepas kematian Jalil, satu siasatan khas ditubuhkan di Malaysia bagi memahami dan menyiasat kes pembunuhan berkenaan. Siasatan berkenaan diwakili oleh 3 individu iaitu Tan Sri Ahmad Nordin, Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim. Sebanyak 6,000 mukasurat dengan 13 bab laporan disediakan bagi merungkai misteri kematian Jalil Ibrahim. Ini antara apa yang didedahkan menerusi laporan berkenaan ;

- Pihak atasan BBMB enggan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Nordin.

- Carrian Group tidak akan wujud tanpa BMF. Ini berdasarkan kepada rekod dalam BMF sendiri. Jawatankuasa siasatan BMF juga mendedahkan ada 3 pelan utama dirancang bagi memanfaatkan pelaburan dari BBMB iaitu ;

Tahap pertama - Ambil alih syarikat Mai Hoon kemudiannya dijenamakan semula sebagai Carrian Investiment Limited.

 - Membeli Gammon House pada nilai 200 juta US. Kemudian menjualkan kepada kerajaan Malaysia pada nilai 250 juta US.

- Menubuhkan Plesley Investment Limited sebagai 'alat tengah' bagi menyalurkan semua pinjaman BMF kepada Carrian Group.

Tahap kedua - Membeli Grand Marine Holdings Limited pada harga 800 juta US. Yang kemudiannya dijual semula kepada kerajaan Malaysia pada nilai 1 billion US.

Tahap ketiga - Tidak berjaya dilaksanakan apabila Carrian mengalami masalah aliran modal tunai dan dirumitkan lagi dengan skandal pembunuhan Jalil Ibrahim.

7. Pengerusi BBMB (ketika itu) Dr. Nawawi Mat Awin bertemu Gabenor Bank Negara Tan Sri Abdul Aziz Taha sekitar bulan November 1982 dan mendedahkan bahawa dia bertindak atas arahan menteri kewangan ketika itu iaitu Tengku Razaleigh merujuk kepada urusniaga Gammon House. Ku Li bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

8. Apa yang berlaku ialah, rakyat tertanya kenapa kerajaan membeli Gammon House dan Grand Marine menerusi Carrion sedangkan urusniaga tersebut boleh dilakukan secara rundingan terus antara kerajaan dengan pihak yang terbabit. Kenapa peranan third party = Carrion Group digunakan?

9. Kenapa BBMB memberikan pinjaman mudah kepada Carrian Group yang mana akhirnya pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli Grand Marine dan Gammon House dan dijual semula kepada kerajaan Malaysia dan menguntungkan Carrian Group?

10. Sudahla meniaga dengan zero modal dan itupun Carrian Group gagal membayar semula hutang perniagaan ke atas BMF? Carrian Group sekurang2nya mencatatkan 2 keuntungan berturut2 apabila kerajaan membeli 2 aset dari syarikat berkenaan. 

11. Pada 26 Oktober 1982, Carrian mengumumkan mereka menghadapi masalah aliran tunai dan gagal membuat bayaran namun selepas 3 hari, BMF meluluskan pinjaman yang dimohon oleh Carrian. Carrian meminta pinjaman sebanyak 30 juta namun BMF memberikan pinjaman sebanyak 30.2 juta.

12. BMF juga cuba 'menutup pinjaman' dari 7 syarikat yang dikaitkan dengan George Tan. 7 syarikat berkenaan membuat pinjaman sebanyak 138 juta US dan 100 juta US. Pada awalnya, pihak BMF menggunakan saluran undang2 untuk menuntut pinjaman yang tidak berbayar kepada 7 syarikat berkenaan menerusi writ saman, namun bank induk BBMB mengarahkan BMF agar 'menutup kes'. 

Tindakan ini sekaligus membuktikan yang Jalil bukan sekadar berperanan mengaudit akaun syarikat BMF dan menghalang urusniaga yang tidak sepatutnya bahkan ketika proses pengauditan berlaku, Jalil sebenarnya telah menemui sesuatu. Selepas memproses bukti, laporan lengkap dihantar kepada bank induk untuk merungkai persoalan-persoalan yang direkodkan oleh Jalil. Namun akhirnya, jawapan yang diharap tak kunjung tiba. Jalil akhirnya mati dibunuh. Itulah kata penyiasat. Jalil Ibrahim. Seorang pegawai bank yang tahu terlalu banyak rahsia. Kematiannya, menutup jenayah korupsi terbesar negara ketika itu.

Mak Foon Than. Yang membunuh dipenjara seumur hidup dan enggan mengaku bersalah.
Larrione, selepas melalui hukuman penjara 2 bulan akhirnya memilih mati bersama rahsia.
Mohammed Hashim juga memilih untuk membisu dan menjalani hukuman penjara dengan tenang.

Jalil Ibrahim tidak mati bersendirian. Salah urus niaga yang membabitkan kerajaan dan BBMB juga turut mati bersama-samanya. Misteri, unsolved.

Rujukan.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=235890

http://btmmari.blogspot.com/2012/02/misteri-kehilangan-wang-bumiputra-52.html

http://suraupanjang.blogspot.com/2013/09/dokumentari-siapa-bunuh-jalil-ibrahim.html

http://www.asiasentinel.com/society/bank-bumi-mystery-figure-dies/

http://www.tristupe.com/2005/11/remembering-late-op-jalil-ibrahim.html

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-346062.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...