Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 April 2015

Mahathir Mahu Jumpa Ahli UMNO, Minta Beri Peluang Dengar Penjelasan Mahathir Kenapa Lawan Najib.

Apa petunjuknya? Mudah.
- Mahathir sekarang dalam usaha untuk memujuk dan mempengaruhi ahli2 UMNO bermula dari peringkt bawahan agar bersama-sama tolak kepimpinan Najib.

- Majoriti ahli UMNO = orang biasa.
- Pimpinan UMNO atasan = minoriti.
- Konsep yang Mahathir nak buat ialah majoriti kena tentukan apa yang minoriti perlu buat.
Sebab tue Mahathir nak jumpa dengan ahli2 UMNO. Berdiskusi dan minta mereka mendengar pendapatnya kenapa dia menolak Najib. Ada harapan Mahathir akan menang dalam pencaturannya.
Masih ingat tentang Kedah?
Di Kedah, ia adalah gerak kerja team pro Mahathir bagi memastikan BN merampas Kedah semula kepada BN.
Di Selangor ialah gerak kerja team Najib. BN gagal merampas Selangor dari PR. Tetapi Mahathir berjaya dalam pencaturan politiknya.
Maksudnya. Kalau bab politik Mahathir memang genius. Dia tahu cara mana nak mendapatkan kuasa dan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan dia mencapai matlamat yang dia sasarkan. Jika Mahathir berjaya jatuhkan Najib, PR berkemungkinan besar akan kehilangan Selangor. Wait and see analisis ini. Betul ke tidak.
Baca ;
1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.
3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.
4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.
5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.
6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.
Sumber : Mahathir Mohammed fb page.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...