Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 April 2015

Secara Tiba-Tiba Malaysia Dipenuhi Dengan Kumpulan Pengganas..

Dekat sebulan dan lebih.

Sangat senada. 

Time itulah ada POTA. Time itu juga akta ISA diperkukuhkan. Tak masuk bab POCA dan SOSMA lagi. Selain ISA, ketiga-tiga akta lain memang aku tak hadam langsung disebabkan kekurangan input dan tak faham sangat.

Sebelum POTA dibentang. Sebelum ISA diperkukuhkan. Media kita telah menghidangkan pelbagai berita yang kononnya IS sedang merekruit ahli di kalangan rakyat tempatan. Mungkin ada benarnya. Tapi yang aku pelik. Bermula bulan March hingga la kepada April. Asyik ada cerita pengganas aje di media. Kemudian, diselangselikan dengan cerita perkauman. Cina gaduh india la. India gaduh melayu la. Melayu kacau kristian la. Islam dipersendakanlah.

Yang kena tahan. Ramai. Yang kena siasat pun ramai.
Yang kononnya nak buat bom.
Yang nak serang KL pun ada.

Kemudian. POTA dibentang. ISA dipinda.

POTA, lulus.
Pindaan ISA pun lulus.

Dan kerajaan beri alasan. Ia untuk mencegah keganasan yang semakin berleluasa di negara. Beri bukti dan hujah contoh kes-kes yang pernah dilaporkan media.

Nampak?

Terbaru. 12 ditahan. Semalam.

Ini gambar ketika kejadian.


Polis kata ;

- 12 individu berjaya ditahan.

- Mereka ini berusia di antara 17 tahun hingga 41 tahun.

- Ditahan kerana terlibat dengan kumpulan militan dan merancang melakukan keganasan.

- Kumpulan berkenaan bercadang mengebom beberapa bangunan kerajaan, tempat2 strategik di sekitar Lembah Klang dan tempat2 maksiat.

- Motif? Kerana menyahut seruan pimpinan kanan IS yang berpengkalan di Syria kata polis. 

- Polis mempercayai mereka ada kaitan dengan IS. Sungguhpun tiada seorang pun dari mereka pernah ke Syria mahupun Iraq.

- Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin meminta rakyat Malaysia agar tidak bimbang kerana PDRM berusaha keras bagi membanteras kegiatan berkenaan.

- Kesemua yang ditahan akan disiasat melalui kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Oke. Apa yang buat aku fikir benda neh pelik. Bukan setakat secara tiba2 aje kumpulan2 pengganas neh wujud bahkan siap dengan gambar semua lagi tue. Semua tue pelik pada aku. Dulu. Kita semua pernah persoalkan apa bukti yang kumpulan pengganas yang polis tahan nak mengebom beberapa lokasi sekitar KL. Ingat tak? Kes bulan lepas. Kita tanya dan sindir polis tentang gambar. Tentang bahan bukti. Tup-tup. Polis kau kali neh edar gambar. Bukan setakat edar gambar yang dikatakan anggota militan bahkan siap dengan bahan bukti lagi.

Kau tengok.



Sebelum cerita pasal benda di atas, kita cerita pasal gambar pertama dulu. Kalau korang semua perasan, gambar2 polis semua bercover muka. Yela. Maybe SB. Menyamar. Tapi pendapat aku gile ah buat macam tue. Dah alang2 perlu menyamar dan cover identiti kenapa perlu bergambar sejak awal? Cabut je la p belakang kamera ramai2. Lagipun. Setakat tutup muka. Alahai. Kalau itu kawan2 kau sekelip mata je boleh kenal beb. Jadah apa bertutup muka tah. Pelik aku.

And then. Gambar kedua. Bahan2 yang digunakan untuk buat bom. Aku tak reti sangat buat bom-bom neh. Tapi komen2 yang aku terbaca adalah disebut batang paip tue mana boleh guna PVC. Dan satu lagi. Mancis nak digunakan untuk trigger letupan? Gila ke. Alang2 kau nak karang skrip patut letak lilin lagi logik. Sekurang2nya api dia bertahan juga. Nak lebih molek kau guna je pelita. Bertutup. Takde la ditiup angin kan.

KAH KAH KAH

Itu tak masuk lagi bab bahan kimia. Setakat 2 paket macam paket gula cadang nak bom ;

- Beberapa bangunan kerajaan

- Beberapa bangunan di kawasan strategik dan komersil

- Kawasan2 maksiat

Buat lawak eh polis kau neh?

Yang aku pelik juga. Setahu aku la. Bahan bukti kau kena cover betul2 beb. Ini kau siap letak sticker untuk lekat kertas yang kau print out. Pejadah macam tue? Bukan bahan bukti kena proses cap jari dan dna apa bagai dulu ke?

Masukkan dalam berkas plastik bertutup agar tidak rosak dan bukti penting tidak hilang.

Ini siap tampal2 dan letak atas meja bagai lagi.

Adoiyai. Macam neh ka POLIS proses bahan bukti? Cuai gile.

Sesiapa pun boleh pegang, macam tue ka? Cuba tengok gambar pertama. Ada dorang pakai sarung tangan? Takda. Lepas tue nak p tangkap kumpulan yang proses bom. Tak takut ka kena tembak kawan? Ini keselamatan kot. Jaket keselamatan pun tak pakai. Kalau sungguh depa militan, mesti depa kaw2 punya cover tempat dan buat rondaan bimbang2 jika polis ambush tempat latihan dan persembunyian mereka. Ini tidak. Relax aje. Budak 17 tahun pun boleh. 

Aku teringat kes pensyarah yang rekruit ahli2 untuk sertai jihad di luar negara. Yang tue pasal apa aku percaya? Sebab organise beb. Bertahun2. Baru kantoi. Itupun sebab watak penting terdedah. Kalau tak sampai sekarang kita tatau kegiatan mereka. Bukan setakat rekruit ahli bahkan mengumpul wang bagi mencapai matlamat mereka. Betul2 terancang dan rahsia habis. Semua orang tatau. Dan, ini apa yang polis kau buat? 12 orang rancang nak bom bangunan kerajaan? Dan-dan terkantoi buta tengah hutan? Guna mancis nak nyalakan bom? Zaman sekarang orang main picit2 butang je la. Adoyaii. Polis. Kasi jalan cerita yang solid la. Bagi aku gerun. Skrip korang buat aku gelak je la. Kelakar sial.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...