Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 April 2015

Ajak Bahas GST Dia Lari, Lepas tue Bajet Hero Sembang Depan TV, Itulah Dia Ahmad Maslan Si Menteri.

Ouchhhhhh geramnya aku dengan Ahmad Maslan. Ouchhhhh Ahmad Maslan menyakiti ahti aku. Masa neh kalau ada batu dan dia depan aku memang aku baling sungguh. Lepas baling kalau dia nak tangkap aku, aku akan baling lagi. Dan beri hujah defend diri. Dia yang kata rela dibaling batu. Pasal apa pula nak tangkap aku sebab aku membaling batu. Kan.

Sebenarnya.

Melihat Ahmad Maslan di berita tak sama macam melihat percakapan dia di kaca TV. Di berita. Gambar dia statik. Kita baca berita dengan suara dan gaya percakapan kita. Bukan dia. Maka rasa sakit ahti itu tak la teruk sepertimana melihat Ahmad Maslan bercakap menggunakan mulutnya sendiri dalam bercerita soal GST.

Tadinya di Bernama TV. Pukul 9.30 malam tadi. Entah kenapa. Mungkin secara tiba-tiba. Atau memang dijadualkan sejak awal. Aku tidak tahu. Ahmad Maslan muncul di kata TV. Membebel tentang GST. Semua point yang dia bahaskan. Aku dah tahu sebab itula point-point yang dia ulang-ulang kat forum, kat berita, depan wartawan dan di mana sahaja. Atas pentas ceramah ke luar pentas ceramah ke point-point dia untuk backup GST sama sahaja sampai aku dah hafal dalam kepala hotak. Dengan completely. Tak payah catit dah untuk take note point-point dia supaya aku boleh recall time nak mengata dia di blog. Pasal takde apa yang berubah pun. Takde yang baru.

Macam biasa. Aku rasa nak cekik leher dia laju2. Bila dia asyik ulang cakap kebaikan GST tue. Dia asyik ulang-ulang point neh ke mana dia pergi aku dah naik meluat dengar.

- GST turunkan cukai pendapatan individu 1-3%

- GST turunkan cukai korporat 1%

- GST turunkan cukai SME 1%

- GST turunkan cukai KOPERASI 1%

- GST mahsuhkan cukai eksport

- GST turunkan cukai SST 10% kepada 6 percent. Ada yang 5 kepada 0. Makanan asas pun zero GST. 

Ooo. Cukai eksport. Ini apa kaitan dengan pengguna. Kalau peniaga ye la untung. Tapi kenapa pengguna macam kita untung pula kan. Benda tue jual kat luar Malaysia. Peniaga terkesan la. Tapi kita neh apa kaitan pula. 

Memang kerajaan kurangkan cukai tertentu. Tapi kerajaan amek balik dengan cara mencukai GST. Maksudnya. Ko tolak di sana tapi kau ambil balik dengan cara begini. Takde apa yang berkurangan pun pada beban rakyat. Bertambah lagi ada. Kurang 1% pun tak guna kalau naik 10-20% pada perkara lain. Fikirlah bil air dan api pun ada GST. Dulu takde. Tak pecah kepala kau nak bayar?

Konon GST akan membolehkan kerajaan dapat 24 billion setahun. Kerajaan sasar 142 billion melalui kutipan cukai dan hasil dari GST 24 billion setahun (jer) yakni kerajaan punya sumber cukai yang lain lebih banyak jika dibandingkan dengan GST.

Point perbodohkan orang. Pecahan yang aku ingat.

- Cukai korporat
- Cukai individu (pendapatan)
- Cukai tanah (pemilikan)
- Cukai SME
- Cukai KOPERASI
- Cukai penjualan hartanah

Yang Ahmad Maslan sebut sebagai cukai langsung. Kerajaan persekutuan ada beberapa sumber kewangan. Cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dan apa lagi la yang aku tak ingat. G la godek buku pengajian am. Baca sendiri.

Jadi. Point GST 24b setahun tue tak valid la. Mana boleh kau banding 1 jenis cukai (Ahmad Maslan kata GST cukai tak langsung) dengan 7 cukai yang digabungkan.

Sepatutnya 1 lawan 1 baru betul. Atau 1 kumpulan lawan 1 kumpulan. Cukai langsung VS cukai tak langsung. Ini baru perbandingan yang tepat. Aku tatau mana lagi banyak. Cuma perbandingan yang Ahmad Maslan buat tue tak tepat.

Satu lagi. Semasa panggilan masuk. Aku tengok Ahmad Maslan pun cuak2 juga jika panggilan tersebut akan membidas dia secara direct. 2 je panggilan yang diterima masuk sedangkan aku percaya jika dibiar program tersebut 3,4 jam mahu tak henti2 panggilan masuk semata2 nak balon Ahmad Maslan secara LIVE. Bukan senang kot.

Almaklumla. Dalam program yang sama sebelum neh, Ahmad Maslan memang pernah kena hentam dengan pemanggil. Bezanya, dia bukan tetamu ketika kena balon.

Rujuk sini dan sini.

Cuma 1 je yang aku puji Ahmad Maslan bila dia berjaya mengantoikan pembekap2 Mydin. Aku dah kata. MYDIN tidak tanggung atau serap cukai GST. Apa yang MYDIN buat sama macam yang Ahmad Maslan sebutkan tadi. Iaitu turunkan harga barang sebelum GST dilaksanakan disebabkan peralihan cukai tadinya tue. Memang nampak macam rugi tapi peniaga boleh claim cukai. Mereka tak rugi. Mereka hanya tak boleh claim cukai yang pengguna bayar. Yang dorang bayar, dorang boleh reclaim. Membeli di MYDIN. Kita yang bayar cukai. Sebab tue MYDIN masukkan berapa GST yang kita kena bayar. Bukan la MYDIN yang tanggung. Macam Ahmad Maslan sebut tadi. Seolah2 nampak macam MYDIN yang bayar atau serap GST tetapi sebenarnya apa yang berlaku harga kos jual beli barang dah berkurangan dengan GST yang membuatkan MYDIN mampu menjual dengan lebih murah berbanding kedai lain. Taktik MYDIN ialah dia suruh semua SUPPLIER dia register GST. Itu yang Ahmad Maslan kata. Maka, semua boleh claim GST yang dibayar kepada kerajaan.

Kata dia lagi. Perkara inila yang mewujudkan persaingan harga antara 1 kedai dengan kedai yang lain.

Nak kata MYDIN murah pun tak betul gak.

Sebab pendedahan yang dibuat oleh Oh Media baru-baru neh ;

Berikut adalah laporan yang diterima:
"Saya singgah ke Mydin Selayang semasa balik kerja, kerana diwar-warkan lebih murah. Serap GST kononnya. Bila keesokan hari, saya ke Pasaraya Syed - Sungai Buloh pula yang berhampiran rumah saya untuk membeli sayur dan ikan. Selepas saya membeli, saya membezakan semula dengan resit Mydin semalam yang saya simpan di kereta untuk saja membandingkan harga... apa yang memeranjatkan lihatlah perbezaan tersebut - Nescafe 3in1, lipton tea, twister, kerana marah sperti tertipu saya beli balik barangan yang sama untuk tatapan semua. saya cadang pengguna lain buat perbandingan harga dahulu sebelum membeli, jangan tertipu macam saya".
Mungkin ada yang dia murah atau ada yang dia mahal. Tapi berhentila beranggapan MYDIN serap kos GST. Memang bukan itupun yang berlaku. Kurang2 memang itu juga yang disahkan oleh Ahmad Maslan. Live di kaca tv kot.

Dan yang meluat juga. Bila ajak berbincang depan2 tentang GST dia lari. Tapi kemain lagi dok kutuk peniaga 'pembangkang'. Sindir pembangkang. Sindir Mahathir, MAZA dan AGUS. Konon tak arif tentang hal GST. Dia punya tak malu siap kata ;

1. Semua pihak yang mengkritik GST perlu belajar dahulu tentang sistem percukaian tersebut sebelum kata dia BODOH. Merujuk pada Mahathir, Prof Agus dan MAZA la tue. Dirinya sendiri dah belajar dan hadam habis bab GST. Pengakuan dia.

2. Pembangkang takut dengan dia sebab bercakap tentang GST. Merujuk pada laporan konon terdapat beberapa pimpinan UMNO menasihati Ahmad Maslan agar berhenti bercakap tentang GST. Aku tak pasti bab beberapa tetapi seorang pimpinan UMNO memang ada buat kenyataan terbuka meminta Ahmad Maslan berhenti sembang bab GST sebab memalukan UMNO. Tapi part dia kata pembangkang takut tue betul2 perasan la dia.

Sebab, bila kita ajak dia berforum supaya ;

- Dia boleh didik kita, Mahathir, MAZA dan AGUS tentang GST, dia tolak.

- Supaya dia boleh buktikan yang pembangkang penipu dalam isu GST, dia taknak.

Kenapa dia berani kutuk kita tapi bila berdepan dengan kita dia taknak. Tapi dia persoalkan orang yang kutuk dia. Dan konon dah maafkan semua. Yang dia kutuk, sindir dan menipu kita nak kira macam mana? Dia dah maafkan dirinya sendiri juga ke?

Sebab tue aku rasa geram sangat. 1 sebab taktau no telefon dan geram sebab tak dapat tembak dia menerusi panggilan. Kalau ada tersiar no telefon memang kena AHMAD MASLAN dengan point2 aku. Aku nak serang dia tentang kad topup dan tindakan dia yang lari dari debat. Kedua sebab dia dengan muka poyo dia slumber je tipu orang. Padahal dia tahu point2 tue point2 yang menipu. Tapi dia tetap ulang-ulang sampai memperbodohkan diri. Ouchhhh. Betul2 aku nak baling batu kat dia. Kalau berkesempatan memang sungguh. Nak kata aku jahat ke biadap ke lantak la. Dah dia sendiri yang rela, aku cuma nak sahut pelawaan aje. Dia ikhlas dibaling aku lagiiiiii ikhlas nak membaling. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...